Saturday 18 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 44 - 48


Kisah Rukyah: Halaman 44 - 48


Syed Dhia’ – Najaf


Lima atau enam tahun lalu, saya melihat dalam alam rukya, seolah-olah saya sedang duduk di sebuah kedai membaiki perakam. Saya adalah bekas pekerja di kedai itu. Tiba-tiba Rasulullah (S) datang kepada saya dan saya berkata kepada baginda: Ya Rasulullah ajarkanlah aku solat yang betul (saya adalah seorang yang solat), Lalu baginda bersabda kepada saya: akan datang kepada kamu selepas lima minit.
Seperti yang saya fahami bahawa solat yang betul adalah membai’ah Imam Mahdi (as).


Abu Murtadha – Najaf


Enam atau tujuh tahun yang lalu saya melihat di alam rukya seolah-olah Imam Mahdi (as) solat berjamaah bersama sekumpulan orang dan saya bersolat di belakang Imam Mahdi (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Umm Haidar - Nasiriyah


Saya melihat di alam rukya saya bersama anak saya yang paling tua telah menziarahi makam Imam Amirul Mukminin (as) dan kemudian kami pergi ke kuburannya dan mendapati Imam sedang duduk dan kemudian saya membawa anak saya bermain-main dengan Imam, Kemudian menemukan sesuatu yang asing dengan tingkah laku anak saya tetapi Imam Ali (as) meredhainya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Ali - Najaf


Saya mendengar suara dalam alam rukya mengatakan bahawa Al-Husseiniyah adalah hari Allah yang teragung (atau yang agung) seolah-olah suara itu keluar dari Rasulullah (S)


Abu Zahra’ - Karbala


Saya melihat dalam alam rukya, bersama saya ada beberapa orang ansar dan di hadapan kami Nabi (S) berdiri dengan memakai (Asymagh hijau) di kepalanya, dan berdiri di belakangnya seorang lelaki memakai serban putih, yang tidak dikenali, dalam masa yang sama, turun sekumpulan malaikat dari langit, membawa sesuatu ... dan Nabi (S) berteriak kepada mereka: Ke mana kemu semua hendak pergi, dan apa yang kamu semua bawa, Maka semua malaikat berhenti, lalu mereka berkata, Kami membawa rahmat kepada Al-Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as). Maka Al-Rasul (S) bersabda kepada mereka, Datanglah kamu semua... Letakkan sesuatu dari apa yang ada pada mereka dan baginda bersabda demikian juga dari saya ((pada mereka Kekayaan manusia dan kurangkannya, dan kamu akan menjadi anggotanya)). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Penutup


Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari (Jandal bin Janadah ibn Jabir Al-Yahudi masuk menemui Rasulullah (S) lalu dia berkata (... Kemudian saya lihat kelmarin dalam tidur Musa bin Imran berkata:. 'Ya Jandal masuklah Islam di tangan Muhammad, penutup para Nabi dan berpeganglah kamu dengan aushiaknya selepasnya, Aku berkata: masuklah Islam: Maka pujian kepada Allah. Aku masuk Islam dan bimbinglah aku. Kemudian dia berkata, "Khabarkan padaku, ya Rasulullah, aushiakmu selepasmu supaya aku dapat berpegang dengan mereka. Baginda bersabda: aushiakku ada dua belas orang.  Jandal berkata: Maka kami dapati mereka ini dalam Taurat dan berkata, Wahai Rasulullah namakanlah mereka kepadaku. Baginda bersabda...) Ilzam Al-Nashab J 1 hal. 178.

Dari Muhammad bin Abi Nasr Al-Baizanthi berkata, Aku bertanya kepada Imam Al-Redha (as) berkenaan rukya, Imam Al-Redha (as) berkata (Sekiranya kami memberi kepadamu semua yang kamu mahu nescaya akan terputus leher pemilik urusan ini), sebagai penutup, saya memohon kepada Allah apa yang berhubung dengan rukya yang akan memutuskan leher pemilik urusan ini? Adakah kamu bertanya pada diri kamu sendiri? Adakah kita memberi perhatian kepada hadits Aali Muhammad?
               

Al-Syed  Al-Shafi

3 / Rabi3 Al-Tsani 1425 H

﴿قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ ۚ قُلِ اللَّـهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ ۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰ ۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ 

(Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekuturmu ada yang menunjukkan kepada kebenaran?" Katakanlah "Allah-lah yang menunjukkan kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjukkan kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?) (Yunus: dari ayat 35)


Sebelum✡✡Menu✡✡ Halaqah 3



No comments:

Post a Comment