Thursday 23 May 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 58 – 60


Kisah Rukyah 2: Halaman 58 – 60


6. Waktu-waktu khusus untuk rukya menjadikan ianya rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah), di antaranya yang diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (as) rukya tidur di siang hari

7. Rukya di mana disebutkan nama Allah di dalamnya dari rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah) juga dari Aali Al-Bayt (as) .

Di dalam kitab ini kami ringkaskan kepada rukya yang dihiasi dengan Al-Maksumin (as) dan sebahagian kecil dari hamba-hamba Allah yang soleh dan menjadi penyampaian yang nyata ini dari Allah SWT. Melalui penjelajahan mudah ini didedahkan kepada kita riwayat-riwayat Aali Muhammad bahawa rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah) ditentukan peraturan yang tidak boleh syaitan melampauinya, Maka mengapa mereka tetap mendustakan keluarga Muhammad (S) dan bagaimana mungkin kita boleh membimbing mereka yang berkeras mendustakan ayat-ayat Allah SWT, Maka saya meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, wahai pembaca supaya saudara tidak menjadi golongan yang terpengaruh dengan syaitan terhadap auliak Allah, Maka dengarkanlah suara kebenaran dan tanya diri saudara sendiri adakah rukya-rukya yang banyak ini hanya wahyu yang besar dari Allah SWT kepada manusia, Lihatlah ke mana sahaja saudara pergi, penafian ayat-ayat Allah juga adalah penolakan terhadap para nabi dan Rasul-rasul atau terhadap hamba yang serba kurang yang menyeru: Wahai manusia utusan itu berkata kepadamu, Jalan Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah benar. Maka dengarlah dan taatilah.

Hari ini kami mengusahakan penyusunan kitab ini dengan menghadap WajahMu ya Karim, Di dalamnya terdapat banyak rukya yang dilihat ileh para ansar di tempat-tempat yang berbeza-beza dan juga sebahagian orang-orang yang melihat rukya itu bukan dari golongan ansar pada asasnya dan semua apa yang dimuatkan di sini, pemiliknya bersedia untuk bersumpah di atasnya, Al-Hamdu Lillah, dari awal hingga akhir, dan yang zahir dan batin Al-Hamdu Lillah yang tidak terhingga dan tak terhitung jumlahnya




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، مالك الملك ،مجري الفلك ، مسخر الرياح، فالق الإصباح ، ديان الدين ، رب العالمين،

الحمد لله الذي من خشيته ترعد السماء وسكانها وترجف الأرض و عمارها ، وتموج البحار ومن يسبح في غمراتها .

اللهم صل على محمد وال محمد الفلك الجارية في اللجج الغامرة ،يأمن من ركبها ويغرق من تركها ،

Syed Dhia’ - Nasiriyah

                   
Saya melihat Imam Mahdi (as) di dalam tidur dan ada surat terbentang di hadapan saya, surat itu daripada beliau kepada saya, lalu saya membacanya dan tertulis di dalamnya: Kami memerintahkan – kamu dengan segera, jika tidak membantu kami kamu termasuk orang-orang yang binasa dan kamu akan diazab dengan azab yang pedih, dan kemudian kata-kata itu saya tidak mengingatinya dan pada akhir surat itu di sebelah kanan tertulis nama Imam Mahdi (as) dan tandatangan beliau dan saya tidak ingat tandatangan itu dan di sudut kiri tertulis nama Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan tandatangannya dan saya tidak ingat tandatangan itu dan kesan dari rukya ini saya beriman dengan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Al-Hamdu Lillah.


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam tidur seolah-olah saya bersolat bersama sekumpulan ansar yang bersolat jamaah dan di dalam Qunut telah dibaca doa
 (لا يَنْفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْراً )
((tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.)
Ya Allah, jadikanlah kami memperoleh syahadah bersama Ahmad Al-Hassan, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ...}.


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam tidur ada malaikat membaca ayat
(وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ)
(Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk rahmat bagi semesta alam.).[Al-Anbia 21:107] 
Dengan bacaan ini
(وما أرسلناك إلا احمد للعالمين)
(Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan Ahmad (sangat dipuji) bagi semesta alam) yang dimaksudkan adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Dan saya berkata kepadanya bagaimana boleh begitu? Dia berkata kepada saya: Al-Rahmah maksudnya di langit adalah Ahmad dan saya mengambil penerangan itu bagaimana jika Al-Rahmah adalah Ahmad pada asal Al-Quran.


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Selepas pembinaan Husainiyah ansar Imam Mahdi di Nasiriyah, saya melihat dalam tidur seolah-olah makam Imam Ali (as) yang dibina buat kali pertamanya di Nasiriyah, dan saya pergi menziarahinya bersama salah seorang ansar dan saya melihat rumah burung merpati.

Dua hari kemudian saya pergi ke Husainiyah ansar Imam Mahdi di Nasiriyah dan mendapati merpati yang sama di Husseiniyah, maka saya tahu kesucian Husseiniyah ansar Imam Mahdi seperti sucinya makam Imam Ali (as).

Juga saya melihat rukya kedua yang maknanya bahawa kesucian Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as) di Nasiriyah, adalah kesucian makam Imam Ali (as).


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam tidur Nabi Muhammad (S) berjalan di jalan berhabuk, bersama-sama dengan sekumpulan kecil orang-orang yang beriman dengan baginda dan ramai orang-orang yang mengejek-ejek baginda. Baginda bersabda: Bapaku Ibrahim (as) menolong umatnya dengan dua rakaat (solat). jika aku mahu menolong umatku dengan mengangkat tanganku kepada Allah, lalu saya pergi menghadap Rasulullah, maka baginda (S) dengan penggunaan;kata-kata mengatakan: Syed Ahmad benar dan perkataannya satu, dia tidak akan disisihkan. Adapun para imam (as) mereka mungkin disisihkan kerana mereka berada dalam berhemah (taqiyah) dengan para penzalim dan kemudian saya melihat malaikat di langit menyeru supaya datang kepada perintah Allah dan saya duduk dekat Rasulullah dan saya menangis.


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam rukya Al-Syed Ahmad Al-Hassan memasuki Husseiniyah dan berkata: Imam Mahdi (as) akan kembali dan meminta kami untuk membuat persediaan pada Husseiniyah untuk menyambut Imam Mahdi (as) dan Imam (as) berhampiran dengan Husseiniyah dan dia akan datang kepada kita.


Syed Dhia’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam suatu rukya seolah-olah saya mahu menziarahi makam Imam Ali (as) dan saya mendapati pintu ditutup dan sukar untuk memasukimya dan tiada yang dapat memasukimya, tetapi saya dapat memasukinya dengan susah payah dan menziarahi Imam Ali (as) dan kemudian saya melihat rupa salah seorang marajik di sebelah kiri dan di wajahnya ada tompok hitam yang meliputi mata, bahagian dahi dan hidung. Kemudian saya melihat imej seorang marajik lain di belakang saya dengan janggut dan misainya berguguran dia memakai serban dan kemudian saya melihat imej seorang lagi marajik yang lain serbannya koyak dan mukanya juga terkoyak dan hodoh, kemudian saya memandang ke arah kiblat dan melihat Imam Ali (as) di atas seekor kuda putih dan di belakangnya adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang juga di atas seekor kuda dan dia memakai perisai Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dan kedua mereka bergerak pantas.


Sebelum✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment