Friday 17 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 38 - 40


Kisah Rukyah: Halaman 38 - 40



sejauh mana dengan mengemukakan salah satu dari yang lain di mana ini hanya berlaku dari Allah melalui jalan Rukya Al-Shadiqah. Ketika mana mendengar dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan selepas rukya ini terus memasuki dakwah Al-Haq oleh Imam Mahdi (as). Dengan kekuatan dan dorongan yang hebat dan disampaikan oleh Allah dengan banyak rukya pada para imam (as) telah menyokong kesahihan arahannya dan mula menyebarkan dakwah di antara keluarganya dan teman dekatnya dan membuat pertemuan perbincangan dengan orang lain yang ada banyak masalah dan ada salah seorang dari -rakannya sebelum ini dan salah seorang musuh ketatnya yang tidak menerima perkara ini, dan atas sebab kedekatannya dengan Abu Muhammad, dia menggunakan kaedah menghindar untuk mencabar dan memalukan kebenaran, ejekan-ejekan, mentertawakan dengan mempebodoh-bodohkannya, dia menuduhnya dan menuduh setiap lapisan dalam perkara ini dan menasihatinya supaya bertaubat kerana ia adalah sia-sia semata-mata dan akan terus begitu setiap hari, dan di mana-mana sahaja mengganggu dengan menggunakan kaedah syaitan ini, sehingga ia menjadi seperti mimpi ngeri lagi terkutuk. Selepas beberapa hari orang berdosa ini datang kepada urusan Imam, dia merendahkan diri mengalah kepada Abu Muhammad, dia menceritakan rukyanya yang menakutkan yang dilihatnya sendiri dalam alam rukya dia bertelanjang, berdiri pada kedudukan pesalah dan menundukkan kepala sebagai yang tertuduh di hadapan Imam Mahdi (as) dan di belakang imam itu berdiri dua orang lelaki yang menggerunkan sedang memegang pedang. Imam (as) mengarahkan kedua-dua lelaki itu untuk membawa orang ini untuk disiksa. Dan dia berusaha memberi alasan, meminta maaf dan menyangkal apa yang dia lakukan dan dia tidak dapat berdiri di atas kakinya. Dan mereka menariknya, dia tidak mempunyai kekuatan melainkan mengeluh, menangis, dan merayu. Selepas membawanya agak jauh Imam (as) berteriak dalam nada marah, mereka mengembalikannya dan meninggalkannya pada Imam (as) yang tidak berpuas dengannya. Ini adalah satu pengajaran yang besar untuk orang itu, dan selepas melihat rukya ini, orang ini tidak berani mengejek-ejek atau berbincang mengenai perkara ini. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Hussein - Misan


Rukya ini adalah oleh anak berusia 12 tahun, ia sebagai berikut:

Seseorang telah memberikan kertas kepada bapa saya yang dikirim oleh Imam Mahdi (as) dicop dengan cap nama Ahmad dan memberitahu bapa: Kita akan pergi ziarah (ziarah tempat-tempat suci) dan terdapat enam orang dalam rukya yang saya ingat mereka dua orang dan mereka yang ikut pergi bersama bapa saya dan orang lain saya tidak mengenali mereka dan seolah-olah bapa saya dalam rukya itu tidak berhasrat untuk membawa saya bersamanya untuk pergi ziarah, menyebabkan saya sangat berduka cita. Seolah-olah dalam rukya itu memperlihatkan orang-orang bersolat dan beribadah. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah. Selepas tujuh hari berlalu rukya itu kanak-kanak itu telah didatangi salah seorang dari orang-orang yang dikenali dalam rukya tersebut, ternyata adalah ansar Imam Mahdi yang telah dicap dengan nama Ahmad berkata: -

Esok kita akan pergi ke Najaf untuk mengumumkan kezuhuran utusan Imam Mahdi (as) dalam perarakan para ansar. Adakah kamu ingin untuk mengambil bahagian walaupun kamu belum beriman dengan dakwah ini, dia meyakinkan bapa kanak-kanak itu. bahawa ini adalah benar-benar risalah dari Imam Mahdi (as) dan dan bersesuaian rukya dengan kenyataan dan berita ghaib yang murni maka ia tidak lain adalah risalah dari Allah untuk berjalan di jalan yang benar dan bahawa ia segera pergi dan meninggalkan segala-galanya di belakangnya, tidak kira apa jua. Maha Suci Allah yang memberi sesiapa yang meminta kepadaNya dan pada sesiapa tidak meminta kepadaNya yang menginginkan ; rahmat dariNya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Perwakilan Ansar
(Pelajar Hauzah) ke Baghdad

Telah pergi satu perwakilan seramai lima orang, salah seorang dari mereka memakai Asyghab dan ikat kepala – igal (pakaian Arab) dan empat orang memakai serban,. Mereka ingin berjumpa ketua-ketua puak dan apabila mereka tiba di kawasan kejiranan Hai Al-Amin untuk menyampailan dakwah ditujukan kepada ketua (Syeikh) Kadzim Abu Jawad ketua Al-khaza3al dan apabila mereka mengemukakan kepadanya dia tidak terkejut, tetapi mulai bertakbir dan berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad dan berkata (tiga hari yang lalu, seorang wanita memberitahu kami dari kerabat kami, yang taat dan faqir datang kepada kami setiap masa dan membantu mereka secara luaran apa yang boleh pada kami dan dia sangat yakin, katanya: akan datang kepada kamu selepas tiga hari tiga orang anggota tentera dan dua orang bersama mereka berdakwah mengajak kamu kepada Imam Mahdi (as) dan jangan kamu membatasi mereka) dan para ansar itu tidak tahu maknanya tetapi selepas sebulan berlaku fitnah di kalangan ansar dan gugur (terkeluar) dua orang daripada mereka dalam fitnah tersebut tinggal tiga orang dan mereka ini Insya Allah adalah tentera Imam (as). Dan perkara lain yang mesti disebut dalam kejadian ini adalah orang yang membangkitkan di sisi ketua-ketua dan dalil mereka adalah kerabat seorang ansar dan yang tidak tahu apa-apa pun adalah dari perintah utusan Imam, dan selepas dia diberi taklimat mengenai butiran tersebut dia memberitahu bahawa Imam Mahdi (as) telah datang kepadanya di alam rukya sepuluh hari sebelumnya dan memberitahunya empat orang memakai serban dan seorang memakai ikat kepala – igal - akan datang kepada kamu. Ansari ini perlu kamu alu-alukan mereka dan melayan mereka dengan baik). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Shakir - Najaf


Saya melihat dalam mimpi Imam Mahdi (as), dia memberi isyarat kepada saya supaya pergi kepada seseorang (supaya membina Hussieniyah dari tanah liat di samping ladangnya di dunia sebenar) dan memberitahu mereka bahawa imam mahu meletakkan kubah hijau di atas Al-Husseiniyah itu. Awal-awal pagi lagi saya telah pergi untuk mengetahui kebenaran perkara itu, maka tidak ada Husseiniyah, tetapi ada sebuah bilik yang besar dari tanah liat yang tidak membayangkan ia akan dijadikan sebuah Husseiniyah. Apabila saya bertanya kepada orang-orang yang membinanya, mereka memberitahu saya ia adalah Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as) Lalu saya bertahmid pada Allah dan memujiNya dan memberitahu mereka semua tentang rukya saya itu, jadi setiap orang hendaklah mematuhi perintah Imam (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.




Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas


No comments:

Post a Comment