Monday 13 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 29 - 31


Kisah Rukyah: Halaman 29 - 31


berbagai peringkat dari mereka yang berpakaian Arab lama, termasuk (baju dan seluar) dan orang-orang itu duduk di hadapan Imam Mahdi (as) dalam rangka, untuk menguji mereka. dan saya duduk di sebelah kanan Imam Mahdi (as) dan rapat dengan beliau dan orang-orang berada di hadapan kami. Di hadapan Imam Mahdi (as) ada kertas putih dan di tangannya ada pen dakwat hitam dan beliau menulis pada kertas itu (ujian dalam hal (dakwah) Imam Mahdi) dan kemudian beliau menulis satu soalan yang kemudiannya diedarkan kepada mereka kertas ujian itu dan orang ramai melihat soalan mereka masing-masing dan mereka keliru tidak boleh menjawabnya. Mereka sibuk berfikir untuk menyelesaikan ujian ini dan kemudian saya melihat apa yang tertulis di dalam kertas soalan itu dan saya dapati ia soalan yang sangat mudah dan tidak sepatutnya mereka terfikir-fikir dengan semua soalan ini dan saya pelik mengapa orang-orang tidak boleh menjawab soalan ini, dan Al-hamdu Lillahi saya telah mencapai rukya ini.


Abu Taqi - Najaf


Selepas saya bertukar kepada seruan dakwah Imam Mahdi (as) saya bermohon kepada Allah melihat Imam Mahdi (as) dalam rukya dan tetap menekankan dengan permintaan ini selama beberapa hari dan pada suatu malam saya melihat dalam mimpi bahawa saya mencari Imam Mahdi (as) di beberapa tempat dan kemudian saya masuk ke dalam sebuah tempat khusus untuk berwudhuk untuk solat dan di mana ramai orang berwudhuk untuk bersolat, jadi saya pergi ke salah sebuah sinki dan saya dapati seorang yang besar berwudhuk dan orang itu berpaling ke arah saya, Dia telah seleai membasuh tangan kirinya, dan terlihat wajahnya yang berseri-seri sehingga saya sangat terkejut dengan kehebatan dan cahaya wajahnya dan saya mengetahui bahawa dia adalah Imam Mahdi (as). Saya mendekatinya dan memberi salam kepadanya dan saya melihat ke mukanya, dan saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa Imam Mahdi (as) di pipi kanannya ada tahi lalat seperti yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat. Saya melihat di pipi kanannya ada tahi lalat pada pipi kanannya (as) itu. Imam jauh lebih tinggi daripada saya dan dia terpaksa membongkok kepada saya. Dia menasihatkan saya pada tiga nasihat, tetapi malangnya apabila saya bangun dari tidur saya terlupa segala nasihat itu, dan Allah adalah saksi atas apa yang saya katakan. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Zahra - Najaf


Selepas hampir setahun setengah bersama dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as). Pada suatu malam saya berjalan bersama Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan saya merasakan bahawa akan berlaku suatu ujian dan percubaan kepada ansar Imam Mahdi (as), saya memberitahu Al-Syed Ahmad mengenainya. kata Al-Syed: Ya, ia akan menjadi ujian yang susah. Kami bermohon kepada Allah supaya memperkukuh pertolongan kepada Imam Mahdi (as). Jadi saya menyembunyikan perkara itu dan pulang ke rumah dengan penuh kesedihan dan memencilkan diri di dalam bilik saya untuk bersolat dan berdoa dan bermohon kepada Allah SWT dengan hak Fatimah Al-Zahra’ (as) supaya menjadikan saya orang yang teguh mendokong Imam Mahdi (as) dan sehingga ianya membawa saya keletihan dan saya melihat dalam alam mimpi: Saya berada di dalam sebuah bilik dan bersama saya ada sekumpulan ansar, lalu datang kepada kami Fatimah Al-Zahra’ (as) berpakaian hitam berdiri di hadapan kami dan berkata: Kamu adalah umat yang terbaik, Kamu adalah umat yang terbaik, Kamu adalah umat yang terbaik,... dan Allah adalah saksi atas apa yang saya katakan. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Hassan - Nasiriyah

Dalam alam rukya saya telah melihat bahawa saya membaca Doa Al-3ahd... dan saya melihat Imam Mahdi (as) dan juga saya melihat orang lain dalam rukya itu. dan Imam berkata kepada saya: Orang ini akan masuk ke dalam dakwah ini dan namanya adalah (Fulan bin Fulan) dan rukya berakhir. Pada waktu paginya saya memberitahu keluarga dan saudara-saudara saya rukya saya itu dan nama orang tersebut tetapi mereka semuanya berkata yang mereka tidak mengenalinya, Hanya beberapa jam kemudian datang kepada keluarga saya untuk bertanya tentang dakwah ini dan apa yang perlu diketahui apabila masuk dakwah ini dan namanya adalah nama yang sama yang diberitahu Imam kepada saya. Maka saya beritahu keluarga saya megenainya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Al-Syeikh Al-Khadim makam Al-Dafas (3alahi Al-Rahmah)


Diriwayatkan Al-Syeikh Al-Khadim di makam Al-Syed Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahadh Al-Dafas – 3alahi Al-Rahmah - (yang telah mati syahid dalam perlawanan menentang kezaliman Abbasiyah) di daerah Al-Dafas di Al-Imarah (Maisan) ia adalah Sheikh yang dijangkiti penyakit yang sangat teruk dan banyak mengganggunya, dan dia menceritakan rukya ini, yang telah memberi kesan sembuh ke atas penyakitnya sepenuhnya: -

Pada satu hari, ketika saya sedang tidur datang kepada saya dalam alam rukya, suara dan cahaya yang saya kenal bahawa ia adalah suara Imam Mahdi (as) dan saya sedang tidur dalam rukya lalu dikejutkan oleh Imam Mahdi (as) dari tidur dan berkata kepada saya: aku datang kepadamu untuk menutupinya. Dalam sekelip mata aku telah di tutupi jubah, saya melihat saya memakainya dan Ia ditutup dengan bulu hijau, dan apabila saya meletakkannya saya merasa ringan, dan di samping itu penyakit saya hilang. Kemudian saya meminta kepada Imam (as) untuk terbang dengan sayap-sayap ini dan kemudian dia membiarkan saya terbang di atas makam seperti burung. Maka saya melihat beribu-ribu orang ramai memenuhi tempat di antara jalan dan makam dan kemudian Imam (as) memberi isyarat untuk mendarat dan saya mematuhinya
 ... Imam Mahdi (as) berkata kepada saya, yang merujuk kepada beberapa orang yang berdiri di belakangnya (mereka ini para ansarku, mereka akan datang kepadamu dan terimalah dari mereka dan layanlah mereka), rukya berakhir.

Beberapa hari kemudian datang arahan kepada ansar supaya pergi ke makam Al-Syed Al-Dafas kepada ansar dari pejabar (di bandar Al-Imarah) dan ia adalah sangat sukar, bagaimana hendak meyakinkan Khadam Al-Syed Al-Dafas mengenainya terutamanya mengenai dakwah ini yang tidak dialu-alukan oleh orang ramai dan hauzah itu dan apabila beberapa ansar pergi mencari Al-Syeikh dan mereka teragak-agak dan nampak jelas seperti yang dijangkakan penolakan itu dan mereka tidak menyelesaikan kata-kata mereka sehingga mata Al-Syeikh berlinangan dengan air mata dan mereka terkunci untuk mengatakannya sebelum mereka selesai bercakap - Al-Syeikh berkata - (telah datang kepada saya Imam Mahdi (as) dalam alam rukya, dan saya melihat rupa kamu, diri kamu sendiri dan bersama ada kamu orang-orang lain yang menyuruh saya supaya menerima kamu dan saya sedia berkhidmat kepada kamu semua dan apa yang kamu semua mahukan).


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment