Thursday, 2 May 2019

Titik Kelima: Rukya adalah hujah terhadap pemiliknya


Titik Kelima:

Rukya adalah hujah terhadap pemiliknya

Kemudian masalah keempat yang digunakan oleh yang menolak hujah kuat rukya dengan mengatakan bahawa hujah rukya pada pemiliknya, yang melihatnya bukan kepada manusia umum, Dan orang yang mengatakan ungkapan ini tidak membantahnya melainkan selepas ketiadaan dalil pada mereka bagi menafikan hujah kuat rukya itu, tetapi rukya-rukya mereka banyak bilangannya dari riwayat Ahl Al-Bayt (as) jadi mereka meminta pertolongan cara baru untuk menyelubungi manusia, Dengan cara ini, tidak ada cabaran kepada orang yang melihat rukya itu pada zahirnya dan memastikan orang-orang tidak mempercayai hujah ilahiyah ini, semua itu adalah alat bagi syaitan dari mana mereka tahu atau tidak tahu, mereka menghalangi manusia dari jalan Aali Muhammad (as).

Dan sesiapa yang tidak mengetahui kebenaran memberitahunya: Ya, rukya adalah hujah pada orang yang melihat rukya itu, dan ia adalah hujah kepada kepada orang lain yang telah mendengar rukyanya atau adalah perkara rukya khusus untuknya, dan ini telah disahkan oleh Aali Muhammad (as) dalam banyak dan pelbagai jenis hadits-hadits:

Bahawa Aali Muhammad (as) dengan pernyataan paling jelas menerangkan bahawa rukya itu bukan khusus untuk yang melihatnya sahaja, tetapi jika orang yang melihatnya itu rukya orang mukmin dan kamu mengira rukya ini pada kaca mata (pandangan) Ahl Al-Bayt sebagai risalah dari Allah Taala, dan berikut ini disahkan oleh merela (as) beberapa hadits, antaranya:

• Yang diriwayatkan dari Abi Al-Darda’, dari nabi (S) mengenai firman Allah:
﴿لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ  
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.[1]
Baginda bersada, Ia adalah rukya orang baik (rukya Al-Solehah) yang dilihat orang Islam atau kamu melihatnya, ia adalah berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan berita gembira di akhirat adalah syurga. [2]

Apa yang telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah: "Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia," Baginda bersada: Ia adalah rukya yang baik (rukya Al-Hasanah) yang dilihat seorang muslim untuk dirinya sendiri atau untuk sebahagian saudara-saudaranya. [3]

------------------------
1 - Yunus 10: 64
2 - Bihar Al-Anwar - Al-3alamah Al-Majlisi J 58 hal,191-194:
3 - Bihar Al-Anwar: J 58 hal,191-194

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 34

• Apa yang telah diriwayatkan dari Ibn Abbas juga, dari Nabi (S), Baginda bersada, bahawa sesungguhnya tidak tersjsa berita-berita gembira nubuwah melainkan rukya orang baik (rukya Al-Solehah) yang dilihat seorang muslim atau kamu melihatnya [1]

• Hadits diriwayatkan dari Ibadah bin Al-Shamat, dari baginda (S), mengenai firman Allah: "Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia," Baginda bersada: Ia adalah rukya orang baik (rukya Al-Solehah) yang dilihat seorang mukmin untuk dirinya sendiri atau untuk kamu melihatnya, [2]

• Hadits terdahulu dengan Imam Al-Kadzim, yang melewati kita pada masa lalu dan pada masanya: ... hendaklah mengakuinya iaitu dengan wilayah Amirul Mukminin, dan berada dalam keadaan berdiam diri, kemudian tidak dilihat oleh seseorang bercakap selepas itu sebelum ia melihat rukya yang baik dan dia melihatnya, dan kemudian terputus rukya darinya dan pada suatu malam dia melihat Aba Abdillah (as) dalam tidurnya dan dia tidak puas hati oleh terputus rukyanya itu. Dia berkata: "Jangan sedih, jika seorang mukmin tetap imannya, akan ditinggikan rukya padanya." [3]

Lihatlah wahai saudara pembaca yang mulia, hadits-hadits Ahl Al-Bait ini tidak jauh daripada penyampaian ilahiyah dalam rukya seseorang yang melihatnya, tetapi diperluas kepada rukya orang-orang mukmin yang percaya kepada rukya mereka untuk segala-galanya yang berkaitan dengan orang-orang mukmin, dan hari ini dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan Yamani Aali Muhammad (as) adalah bagi semua orang yang beriman tanpa pengecualian, dan rukya mengenainya meliputi kesemuanya tanpa pengecualian.

Aali Muhammad (as) menegaskan kewibawaan rukya terhadap semua orang dari sudut-sudut lain, termasuk kata-kata (Al-Mubasysyirat - berita-berita gembira), apakah maksud kata-kata Aali Muhammad (as) adalah berita gembira bagi seseorang yang melihatnya atau menyeluruh kepada semua masyarakat dan begitu juga halnya dengan berita peringatan. Sebenarnya Rasulullah (S) dan keluarganya yang suci telah menerangkan berita-berita gembira dan berita-berita peringatan (amaran) termasuk kesemuanya dengan dalil bahawa Rasulullah (S) mengatakannya kepada semua orang dan menjadikan ianya sebagai nash. Maka sekiranya perkara ini berkaitan dengan orang yang melihatnya, Rasulullah (S) tidak akan peduli dengan rukya ini, kepedulian dengan rukya ini hendaklah disesuaikan dengan nubuwah: Dan mereka mengatakana: Wahyu telah terputus dan yang tinggal adalah berita-berita gembira. lihatlah, dan dengarkanlah kata-kata mereka, dan hakimilah ianya sendiri:

Dari Rasulullah (S), Baginda bersada: Tiada nubuwah selepasku kecuali berita-berita gembira. Telah dikatakan: Wahai Rasulullah, apa dia berita-berita gembira itu? Baginda bersada: Rukya orang baik (rukya Al-Solehah). [4]

-----------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 58 hal,191-194
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal,191-194
3- Bashair Al-Darajat – oleh Al-Shaffar: hal,274  Al-Tsaqib Fi Al-Manaqib - oleh Al-Thusi: hal,456, Bihar Al-Anwar: J 58 hal,189
4- Bihar Al-Anwar: J 58 hal, 192, Musnad Ahmad, J 5 hal, 454.


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 35

Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: Tiada yang tersisa mengenai nubuwah melainkan berita-berita gembira, mereka berkata: apa dia berita-berita gembira? Baginda bersada: Rukya orang baik (rukya Al-Solehah). [1]

Dari mereka (as): "Wahyu telah terputus dan yang tinggal adalah berita-berita gembira, iaitu dalam tidur orang-orang yang soleh lelaki dan perempuan." [2]

Dari mereka (as): Nubuwah telah pergi dan yang tinggal adalah berita-berita gembira, rukya orang baik (rukya Al-Solehah) yang dilihat seorang muslim atau kamu melihatnya, [3]

Imam Al-Redha meriwayatkan dari Rasulullah (S), dia berkata: "Rasulullah apabila waktu pagi akan bertanya kepada sahabatnya: Adakah sesiapa yang ada berita-berita gembira? Iaitu rukya. [4]

Dari Rasulullah (S) bersabda kepada sahabat baginda: Sesingguhnya risalah dan nubuwah telah terputus, tiada rasul selepasku tiada juga nabi. Baginda bersabda: "Maka hal ini akan memberatkan manusia." Dia berkata: baginda bersabda: Tetapi masih ada Al-Mubasysyirat. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apa itu Al-Mubasysyirat? baginda bersabda: Rukya manusia, Ia adalah sebahagian dari bahagian-bahagian nubuwah. [5] 

Terdapat banyak lagi hadits yang lain, maka sesiapa yang suka bolehlah metujuknya di tempatnya.

Pada asalnya berita-berita (khabar-khabar) adalah dari Al-Hujah, dan ada seorang hujah pada setiap zaman, Ia adalah petunjuk adalah untuk hujah ke atas penciptaan dan tidak diterima kepelbagaian dari sudut ini. Jika tidak, ada banyak jalan yang lurus dan ini tidak mungkin, bahkan menafikan Syari’at Islam, dan ia adalah sesuatu yang bertentangan apabila mengambil selain jalan Islam.

Pemberi maklumat dalam suatu rukya jika ia adalah seorang maksum tidak ada pertikaian pada hujahnya sama ada aku yang melihat rukya itu atau orang lain, Allah memberi petunjuk kepada kita apa yang Dia suka dan dan yang diredhaiNya). [6]

Selepas semua itu kita katakan: bahawa rukya jika ia dilihat oleh satu atau dua atau tiga orang boleh membawa kesalahan atau dikhususkan pada orang yang melihatnya atau ... atau ... kepada selain dari itu apa yang boleh dikatakan,


-------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 58 hal 177
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal 176 dan seterusnya dalam penghumpul khabar-khabar.
3- Bihar Al-Anwar: J 58 hal 178
4- Mizan Al-Hiknah - Muhammad Muhammad Al-Risyahri: J 2 hal 1010
5- Musnad Ahmad: J 3 hal 267
6- Ya, rukya menjadi perumpamaan dari bimbingan arahan khusus pada yang melihatnya, tetapi kata-kata kita mengenai rukya yang diterima ramai mengenai arahan tertentu adalah umum untuk semua, dalam menerangkan dan menguji kesahihan kebenaran yang diragui oleh manusia.


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 36


Tetapi apa yang boleh dikatakan mengenai beribu-ribu rukya yang dilihat oleh ansar dalam urusan washi dan utusan Imam Mahdi, Al-Syed Ahmed Al-Hassan (as)?? Salam kepada Ali bin Abi Thalib, di mana dalam tamsilnya dia berkata:

Saya mahu dia terus hidup tetapi dia mahu membunuhku
Dalihmu kerana temanmu dari ia menginginkanku

Kesimpulannya, saya katakan kepada mereka yang menginginkan kebenaran, Bahawa Ali (as) berkata mengenai rukya: (Rukya adalah kata-kata yang diucapkan oleh Tuhanmu kepada hambaNya).

Sesiapa yang mahu mempercayai Ali bin Abi Talib (as) dia dalam nikmat, jika tidak, ada neraka yang menunggu.


✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas





No comments:

Post a Comment