Titik ketiga:
Rukya Yang Berguna Dan Tidak
Berguna
Persoalan yang khusus adalah tetap pada (tiada
rukya yang benar pada sebahagian penduduk). Jika rukya itu wahi (khabar) dari
Allah SWT, maka kegunaannya harus menjadi kenyataan di atas muka bumi jasmani. Sebenarnya
untuk menjawab kekeliruan ini mempunyai beberapa bentuk, tetapi sebelum itu,
perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan di antara (tiada rukya benar) dengan
(rukya yang tidak berguna), rukya yang kita perkatakan sekarang adalah mengenai
tiada yang berguna melainkan rukya pada Al-Maksum yang tidak boleh seseorang pun
mendustakannya, Kita tinggalkan perbezaannya kepada pembaca yang bijaksana
Rukya yang tidak berguna boleh dijelaskan
dalam banyak cara, antaranya:
Rukya adalah (wahyu dari Allah) yang disampaikan
oleh (Malaikat) sebagai wakil memindahkan rukya ini atau ianya untuk kita, dan
dalam banyak keadaan ia tidak terhad pada masa, ada kemungkinan bahawa rukya
boleh diguna selepas satu atau dua hari, Supaya rukya itu terpanggil dalam
fikiran yang berpasangan dengan manusia di antara rukya dan kenyataan kebendaan
untuk melihat berita ghaib yang didedahkan oleh rukya itu. Rukya juga boleh terpisah
(tidak terpakai) oleh selang waktu yang panjang sehingga empat puluh tahun ...
kebanyakan orang tidak dapat menggabungkan rukya dan kegunaannya di atas muka
bumi nyata ini. Rukya mempunyai simbol dan petunjuk yang diketahui oleh (Aali Muhammad),
ianya adalah wahyu ilahi, simbol dan petunjuk dalam banyak keadaannya. Dan ini
tidak semestinya rukya digunakan itu di atas muka bumi nyata ini; kerana ia
disulitkan seperti yang dikatakan, mungkin kalian melihat rukya yang
memberitahu ini dan itu dan bertujuan untuk mengaitkan perkara-perkara itu
dengan yang lain, dan perakuan ini banyak terdapat dalam hadits Ahl Al-Bayt
(as), di antaranya tafsiran mereka mengenai (tongkat) atau (anak kecil),
(cincin) atau banyak perkara lain yang diberikan pleh Ahl Al-Bayt (as) yang sebahagiannya
kadangkala sebagai kunci-kunci pembuka simbolnya.
Sebahagiannya ada yang diriwayatkan dari
Imam Al-Kadzim (as) untuk memberikan sesuatu dari simbol ini semasa bercakap
dengan salah seorang pengikutnya, di mana beliau berkata: ... Telah datang
kepadaku khabar dari Rasulullah (S), kemudian aku melihat baginda dan melihat orang-orang
yang bersama baginda dan begitu juga tidak
berwasiat seorang pun daripada kami sehibgga datang khabar dari Rasulullah (S) dan
datukku Ali (as) dan aku melihat pada Rasulullah (as) ada sebentuk cincin, sebilah
pedang, sebatang tpngkat, sebuah kitab dan sehelai serban, dan aku berkata: apa
ini wahai Rasulullah? Baginda berkata kepadaku:
....... ...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 28
Adapun serban, itu adalah kuasa Allah AWJ, pedang
adalah kemuliaan Allah TWT, Kitab adalah cahaya Allah TWT, tongkat adalah kekuatan Allah. dan adapun cincin
itu adalah pengumpul semua urusan ini bersama-sama. [1]
Manusia tidak tahu tafsir (takwil, ta’bir) rukyanya,
kerana ia adalah rahsia dari rahsia-rahsia. Ini tidak bermakna tidak terpakai
ke atas muka bumi nyata, rukya membawa banyak rahsia-rahsia ketuhanan yang belum
didedahkan secara terbuka, Khususnya rukya yang berkaitan kezuhuran suci bagi
Imam kita (as). Jika rukya terdedah menjadi jelas dalam semua bentuknya bagi
mendedahkan pergerakan Aali Muhammad (as), dan adalah mudah untuk mengetahui
pergerakan masa depan mereka (as), dan ini memungkinkan terdorong untuk mereka
(as) serangan yang datang dalam bentuk yang sangat besar (Semoga Allah membentengi
mereka dari segala kejahatan). Oleh itu, Aali Muhammad (as) berhemat supaya tidak
memberi penjelasan mengenai beberapa simbol rukya dan tafsirannya, dan sebagai
contoh atas perkara ini berikut adalah hadits dari Imam Al-Redha (as):
Telah diriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad
bin Abi Nashr, katamya: (Aku bertanya kepada Aba Al-Hasan (as) Ali bin Musa Al-Redha
(as) mengenai rukya yang kupegang dan kemudian beliau berkata: Jika sesungguhnya
kami berikan kepadamu apa yang kamu semua inginkan ia akan merugikan (memburukkan)
kamu dan mengambil leher pemilik urusan ini. [2]
Seperti hadits yang hampir sama
diriwayatkan dari Imam Abi Ja'far Al-Baqir (as), di mana dia berkata: "Rahsia
Wilayah Allah djserahkan kepada Jibrail (as), dan Jibrail (as), menyerahkan rahsia
itu kepada Muhammad (S), dan Muhammad (S) menyerahkan kepada,Ali (as), dan Ali
(as) menyerahkan rahsia itu kepada kepada sesiapa yang dikehendakinya, Kemudian
kamu menyebarkannya dari orang yang memegang huruf-huruf yang didengarnya. [3]
Rukya mungkin tidak berlaku di atas muka
bumi nyata, kerana ia datang sebagai ujian yang dikenakan kepada orang mukmin. Allah
SWT akan menguji Syiah Amirul Mukminin (as) dengan rukya. Dan kerana itulah mereka
diperlihatkan rukya sebagai hujah dari Allah SWT, Ia adalah wahyu Allah yang mengukur
manusia mendekati sedekat-dekatnya di sisi Allah TWT. Ini disebut dalam riwayat
Aali Muhammad (as). Inilah ujian Allah yang paling rendah kepada para pengikut (syiah)
Muhammad dan Aali Muhammad (as). adalah dengan memperlihat mereka rukya yang menggusarkan
mereka, dan di antara riwayat-riwayat tersebut adalah dari Zaid Al-Nursi,
beliau berkata : Aku berkata kepada Abi Al-Hassan Musa (as): Seorang lelaki
yang berwali kepada kamu telah diketahui dia minum arak dan melakukan kerja-kerja
binasa dan dosa maka kami berlepas diri darinya?
-------------------------------------
1- Ushul Al-Kafi: J 1 hal.315 - 314
2- Mukhtashar Bashair Al-Darajat – Al-Hasan
Bin Sulaiman Al-Hili: hal. 104
3- Mukhtashar Bashair Al-Darajat: hal. 104
....... ...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 29
Dia berkata: "berlepas diri darinya dengan
apa yang dilakukannya dan bukan berlepas diri dari dirinya, mengasihi dan membenci
amalanannya." Aku berkata: Bolehkah kami mengatakan: Penjahat (fasiq) penderhaka?
Dia berkata: Tidak, yang jahat yang derhaka: (adalah) orang kafir: orang yang menolak
kami, Al-Nashib (yang bertegas memusuh) auliak kita, Allah enggan menjadikan
wali kita kepada orang yang jahat lagi yang derhaka, Beramal apa yang dia
amalkan. Tetapi kamu mengatakan amalan Penjahat (fasiq) amalan penderhaka,
orang mukmin jiwanya melakukan kejahatan, Ruh dan tubuh yang baik, dan Allah
tidak keluarkan wali kita dari dunia kecuali Allah, Rasul-Nya dan kita
meredhainya, Allah mengumpulkannya dosa-dosa untuk memutihkan wajahnya, menyembunyikan
rasa malunya, menyelamatkan kemuliaannya, tiada ketakutan kepadanya, dan tidak
(pula) kesedihan, dan bahawa ia tidak keluar dari dunia ini walaupun disucikan
dari dosa-dosa, sama ada bencana dalam bentuk wang atau maupun anak atau
penyakit, dan yang paling rendah adalah apa yang dibersihkan oleh wali kita
yang Allah perlihatkan padanya suatu rukya yang hebat dan menjadi sedih apabila
dia melihatnya dan ia adalah kafarah baginya, atau ketakutan yang dibalaskan padanya
dari penduduk negeri batil, atau menghimbaunya pada masa kematian, Allah akan
membersihkan dosa-dosanya, menyelamatkan kemuliaannya melalui Muhammad (S) dan
Amirul Mukminin (as), dan kemudian dia berada di hadapan salah satu daripada
dua perkara: keluasan rahmat Allah, yang lebih luas daripada dosa-dosa seluruh penduduk
bumi, serta syafaat Muhammad dan Amirul Mukminin (Shalla Allahu 3alaihima),
maka dia akan menerima rahmat Tuhannya yang luas. "(1)
Dalam hadits lain yang disampaikan kepada kita
Imam Al-Shadiq (as) yang maksudnya untuk mengetahui melaluinya bahawa Allah
memberi ujian kepada orang-orang mukmin dengan rukya peringatan (ancaman),
diriwayatkan dari Al-Shadiq (as), beliau berkata: Jika seorang hamba itu bermaksiat
kepada Allah (AWJ) dan Allah mahukan kebaikan padanya akan diperlihatkan di
dalam tidurnya rukya yang menggusarkannya dengan maksiat itu, dan rukya yang benar adalah sebahagian
dari tujuh puluh nubuwah. [2]
Wahai pembaca, jangan lupa persoalan (Al-Bada’
- (penetapan
dan pemansuhan)), dan dengan rukya ia diliputi oleh peraturan Al-Bada’ Al-Ilahiyah
dan diketahui ia adalah: pada seorang hamba Allah, apa yang lebih utama pada Al-Bada’.
Seperti yang diriwayatkan, dari Aali Muhammad (as).
Dan mengenainya banyak hadis-hadis yang meramalkan
kematian seseorang atau rukya yang memberi khabar mengenai kematiannya, dengan demikian
kita akan bersedekah atau berbuat baik.
-------------------------------
1. Bihar Al-Anwar: J 65 hal 147-148
2. Al-Ikhtishash: hal 241
...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 30
Ini adalah mencukupi bagi mereka yang
percaya pada hadits Aali Muhammad (as). Kami telah membawakan hadits mereka
untuk menekankan dan membenarkan rukya. Jika tidak, sesiapa yang menyangkal
semua hadits-hadits ini dan bergantung hanya pada fikirannya dan tiada yang
lain kerana ia tidak selaras dengan pemikiran bahawa ia benar-benar suatu
kesilapan kerana dia menyalahi Al-Maksum. Kami tinggalkan para pembaca menghakiminya.
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment