Tuesday, 14 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 32 - 34


Kisah Rukyah: Halaman 32 - 34


Abu Hassan – Al-Imarah


Abu Hassan adalah seorang ansar, yang tergolong di antara orang yang terawal beriman dengan dakwah ini melalui jalan rukya dan seperti yang kelihatan, orang ini mempunyai kesucian dengan Allah yang jawapannya datang dari Allah. Setiap kali bertemu dangan masalah dia akan menghadap Allah supaya memberikan jawapanNya yang banyak menyembuhkannya dalam usaha pencariannya, yang boleh membahayakannya dengan menunjukkan manfaat kepadanya, dan kita akan meringkaskan hanya dua rukya: -

Apabila beliau diberi keutamaan dari sekumpulan perwakilan syeikh-syeikh oleh Al-Syed utusan Imam (as) untuk menyampaikan dakwah di wilayah-wilayah mereka dangan memberikan ceramah di hadapan para ansar, dan sifat mereka berat atasnya dan keraguan masuk dalam hati sebahagian yang berpandangan sempit dan cetek sebagaimana Al-Shadiq (as) berkata: (urusan kami sulit dan menyukarkan) dan apabila Abu Hassan pergi kepada keluarganya selepas tengah malam dia bermohon kepada Tuhan semesta alam supaya menjelaskan kepadanya kebenaran dan membuang darinya keraguan ini jika urusan ini adalah benar dan jawapan ini seperti yang diceritakan: -

Telah datang kepada saya salah seorang ansar dalam alam rukya dan dia memimpin tangan saya pergi ke rumah Imam Al-Shadiq (as) dia ingin bertanya kepadanya mengenai perkara ini dan kami berjalan di jalan-jalan dan lorong-lorong sehingga kami sampai di sebuah rumah lama dan apabila kami mengetuk pintu Imam (as) sendiri membuka pintu dan berjabat tangan dengan kami, Dan saya demi Allah merasakan kehangatan dan kelembutan telapak tangannya seolah-olah saya benar-benar menyentuhnya ............ Beliau memberi isyarat supaya kami masuk dan apabila kami tiba di ruang terbuka rumah itu kami duduk di sofa yang lama dan duduk di hadapannya ... katanya kepada kami: Ketahuilah bahawa syaitan telah mewas-waskan kamu berdua, saya berkata kepadanya: Wahai tuan, Adakah apa yang mereka katakan ini benar. Beliau menjawab sambil tersenyum .. (Kami telah memilih pemimpin untuk kamu ... dan ya  dialah pemimpin). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Rukya kedua - Abu Hassan


Selepas berlaku fitnah yang mengguncangkan ansar gagal, Abu Hassan meminta perlindungan kepada Allah untuk menunjukkan kepadanya kebenaran (Al-Haq), dia meminta kepada Allah untuk melihat Imam Mahdi (as) dan berdoa untuk itu sebanyak mungkin tetapi tidak mendapat jawapannya. Pada malam keda, dia tidak senang kembali dan meminta sekali lagi, dalam bentuk yang lebih giat, tetapi masih tidak ada apa-apa. Dan pada malam ketiga, beliau bersumpah kepada Allah dan dengan bersungguh-sungguh meminta dan berdoa sebanyak-banyaknya. Jawapannya adalah dari Yang Maha Mengetahui lagi:Yang Maha Mulia: -

Bahawa dalam suatu alam rukya, ada suara di langit pada kedatangan Imam Mahdi (as) dan manusia berlumba-lumba dari segenap tempat untuk berserah diri (menerima) kepada Imam Mahdi (as). Maka dengan segera Abu Hassan bersama manusia berserah diri (menerima) kepada Imam Mahdi (as) dan ketika ia mendekatinya dan mengambil pengenalan roman wajahnya riba-tiba ia adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan sendiri lalu dia memeluknya dan menangis. Apabila rukya ini diceritakan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan, telah ditafsirkannya bahawa ia adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang mewakili Imam Mahdi (as) dan dia bukanlah Imam untuk diberi perhatian dan menganggap beliau sebagai zahir rukya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Ihsan - Najaf

Seruan dakwah Imam Mahdi (as) dijalankan dengan keluarnya para ansar di bandar-bandar Iraq untuk menyebarkan dakwah tersebut, ia termasuklah empat orang anak-anak Al-Syeikh Hattab dan diceritakan sendiri apa yang berlaku selepas selesai menyampaikan keterangan-keterangan di sebahagian besar wilayah Iraq hingga ke kota suci Najaf dengan saudara-saudara ansar mereka untuk tujuan yang sama tetapi mereka tidak kembali. Selepas 17 hari maka dimulakan dengan beberapa orang ansar mencari mereka dan kami berpendapat bahawa mereka ditahan atau ditakluk kepada musibah oleh kumpulan-kumpulan yang menentang dakwah. Kami tidak menemui dan mengesan mereka selepas mencari di semua penjara dan markaz-markaz malah hospital-hospital. Selepas rasa pilu dan rasa putus asa dalam hati kami, kami hanya berharap dari rahmat Allah yang merupakan limpah kurnia Ilahi.

Maka dalam suatu alam rukya seolah-olah saya berputar-putar di jalan-jalan di Najaf, pada waktu malam yang gelap dan seolah-olah keluar dari mata saya cahaya yang kuat bersinar menerangi jalan-jalan di bandar dan saya dapati mereka duduk atau berbaring di sebelah dinding berwarna kuning di jalan yang saya tidak tahu dengan tepat, selain Jalan Al-Thusi. Pada awal pagi lagi saya memberitahu para ansar yang saya dapati anak-anak itu masih hidup dan berada di Najaf. dan kami akan pergi hari ini untuk mendapatkan mereka. Mereka bertanya di mana? Saya memberitahu mereka supaya membawa saya ke Jalan Al-Thusi. Semua orang mencemuh saya, dan mereka berkata, mana mungkin mereka berada di sana selama ini di jalan yang penuh sesak dengan pejalan kaki dan orang yang berziarah, dan bagaimana orang tidak perasan kehadiran mereka, satu demi satu desakan kuat dari mereka. Kemudian kami menaiki kereta dan saya dapati mereka berhampiran dengan dinding kuning pada penghujung Jalan Al-Thusi sebagaimana yang saya lihat mereka di dalam mimpi. Mereka sedang mengedar kad-kad. Kami memeluk dan menegur mereka dengan kuat atas tingkah laku mereka ini dan bagaimana mereka boleh meletakkan kami dalam keadaan putus asa dan sangat bimbang. dan apabila kami bertanya mengapa terjadi demikian, salah seorang dari mereka memberitahu kami, Ada seorang yang dikaitkan dengan utusan Imam (as) yang kami berikan keterangan mengenai dakwah di daerah Najaf dan dia akan menunggu kami di hadapan Masjid Al-Thusi dan akan membawa mereka kepada utusan Imam dan saudara-saudara ansar. Dengan demikian sehingga kami akan berjalan kaki ke Karbala untuk ziarah Al-Hussein (as), yang mana kami mendapat dari sebuah tempat ke tempat yang dipersetujui oleh orang itu dan para sahabatnya dan kami telah menunggu di tempat ini sejak hari itu kerana mematuhi perintah Imam (as) dan kami telah memutuskan bahawa kami semua tidak akan meninggalkan tempat ini kecuali jika kami didatangi perintah utusan Imam atau dari orang yang diutusnya kepada kami atau melalui jalan ghaib. dan selepas 17 hari, kami memutuskan bahawa ini akan menjadi hari terakhir kami tinggal di sini selepas sebahagian besar daripada kami mempunyai rukya yang mewajibkan kami pergi esok, bahkan ringgal di sini akan berbahaya besar dan rukya tidak datang hanya pada dua orang, mereka mengambil keputusan dengan apa yang dikatakan Al-Quran keselamatan keputusan itu dan adalah keputusan yang baik dari Allah Yang Maha Suci, yang selaras dengan rukya kamu dan rukya kami dan baik pada Al-Quran. Semuanya dalam satu hari selepas 17 hari penderitaan tetapi mengapa orang yang berjanji dengan kami tidak pergi ke tempat itu dan jawapannya adalah bahawa orang itu dan sahabatnya ditangkap semasa menyampaikan keterangan-keterangan selama tiga hari dan tidak menyedari bahawa yang lain menunggunya di tempat yang sama hingga ke hari tersebut. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Al-Madrasah Al-Nuraniyah – Al-Imarah


Al-Syed Abu Mahdi salah seorang pembantu Al-Madrasah Al-Nuraniyah, ia adalah salah sebuah sekolah dalam perkara irfan (tasauf) dan Alam Malakut dan ahli-ahlinya adalah orang-orang sederhana, kata Abu Mahdi saya bertemu dengan Imam Mahdi (as) sebelum lima


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment