Kisah
Rukyah: Halaman 26 - 28
seorang lelaki tua gila menjerit dan ada
pedang di tangannya dan dia jatuh dalam lubang yang mempunyai air lalu lemas
Selepas itu saya pergi kepada seorang wanita yang bertudung, dan saya berkata kepadanya:
Tafsirkanlah kepada saya mengenainya dan dia berkata:. Adapun buah delima, ia
adalah ilmu yang dikemukakan pada kamu dan kamu boleh memakannya dan manusia tidak
memakan darinya. Adapun wang syiling ia adalah hukumnya dan kamu akan menjadi
bijaksana, saya berkata kepadanya: saya akan menjadi bijaksana. Katanya, ya.
Adapun mengenai orang gila, ia adalah dosa-dosa seluruh manusia. Maka banyak
yang diterangkannya tetapi akan ditamatkan di sini walaupun banyak lagi dalam rukya
itu dan saya tidak menyebutkannya untuk meringkaskannya dan ianya tidak menukar
kandungan rukya ini, Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Falah - Najaf
Dalam suatu alam rukya, saya lihat saya
bersama sekumpulan ansar, dan Imam Mahdi (as) berjalan mendahului kami jauh
dari kami dan saya berkata kepadanya: Wahai tuan, jika tuan redha dengan kami,
senyumlah pada kami, maka dia berpaling dan tersenyum kepada kami ....
Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Dhuha - Karbala
Saya melihat dalam tidur sebelum dakwah ini
hampir setahun yang lalu, Ada sebuah istana yang besar, seperti istana
presiden, Sekumpulan orang sedang membersihkannya, maka saya berpaling ke arah mereka
tiba-tiba ada Imam Imam Mahdi (as), jalan saya dihalang dan saya ditegur, ke
mana kamu hendak pergi, saya berkata kepadanya, Bersama mereka ini. Maka dia berkata, Pergilah bersama
pengikut-pengikutku lalu saya memeluknya dan menangis. Dan sekarang, Al-Hamdu
Lillahi, saya adalah salah seorang dari orang-orang yang beriman dengan dakwah
ini. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Hassan – Al-Rifa’ei
Saya melihat apa yang dilihat oleh orang
tidur: -
Saya melihat imej Ali Al-Akbar (as) dan
selepasnya imej Imam Al-Hussein (as). Cahaya pada imej Imam Al-Hussein sungguh
mengkagumkan. Saya terkejut dan menangis dengan suara yang kuat, lalu mereka
membawa saya kepada Syeikh Abu Ali Al-Kinani dan dia membawa saya kepada Al-Syed
Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as). dan dia berkata kepada saya selepas ini
sesiapa yang ketakutan pada rukya kamu ceritakanlah kepadanya. Kemudian dia
berkata kepada saya: bahawa cahaya yang saya lihat di mata Imam adalah Solat
(Selawat) dan saya faham darinya bahawa ia bermaksud Wilayah Ali. Rukya tamat. Wal-hamdu
Lillahi Wahdah.
Hassan Al-Kinani - Najaf
Dalam suatu alam rukya, saya melihat banyak
peristiwa dan kemudian saya keluar dari penjara, dan saya melihat seorang
perempuan yang bertudung bertanya kepada saya, ke manakah perginya jalan ini.
saya beritahu, ia jalan ke Iran dan pada masa itu saya melihat bahawa kandungan kimia
dalam udara mengganggu manusia. dan bertambah besar kengerian dan ketakutan.
Maka saya melarikan diri ke laut dan berenang. Saya menangis atas cara kematian
saya, lalu saya mendengar suara di langit menyeru: Kamu tidak akan mati. Matahari
pada tanduk syaitan. Ia adalah waktu fajar. Apabila menangis saya merasa
sempit di laut dan mendapat pelajaran dengan cepat, maka saya pergi ke salah satu
tempat dan ditemani oleh seseorang yang mengatakan: bahawa aku adalah tangan kanan
(Al-Yamani) Rasulullah (S) dalam pertempurannya, kemudian kami sampai di salah sebuah
rumah, lalu keluar Amirul Mukminin (as) dan saya berkata kepada Amirul Mukminin
ini: orang-orang meninggalkan kata-katamu, kemudian Amirul Mukminin mengeluarkan
pedangnya dan memancung seorang lelaki, kemudian muncul Rasulullah (S) dari sebuah
rumah dan duduk di pintunya. Dan selepas itu keluar (3a ....) yang kecil..... lalu
Rasulullah (S) bersabda: Jangan kamu berkata-kata (3a ....) - iaitu pada yang kecil
- Bahawa dia (3a ....) - iaitu yang besar - anak Fatimah (as) dan bersamanya
Fatimah Al-Zahra’ (as). Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Umm Zainab - Al-Najaf Al-Asyraf
Pada awal seruan dakwah, Al-Syed Ahmad
Al-Hassan dan risalahnya dari Imam Mahdi (as) saya tidak berapa tenang dalam perkara
ini, bahkan saya teragak-agak antara membenarkan atau mendustakannya. Pada satu
malam saya melihat dalam alam rukya bahawa Imam Mahdi (as) muncul di Al-Najaf
Al-Asyraf dan dia menunggang kudanya, bersama-sama dengannya adalah Syeikh Nadzim
Al-3uqaili yang juga menunggang kuda dan di tangannya ada pedang. pada masa ini
keluar pada mereka orang-orang yang membidik dengan anak-anak panah dan Imam
Mahdi (as) tidak mempedulikannya tetapi Syeikh Nadzim akan menangkis anak-anak
panah itu dari Imam Mahdi (as) dengan pedangnya dan kemudian beberapa orang menjerit
kerana telah mengenai orang ini (iaitu Syeikh Nadzim) Mereka mengambil Syeikh
Nadzim membuang anak panah yang ditangkis oleh pedangnya ... Dan demi Allah inilah apa yang saya katakan syahid. Wal-hamdu
Lillahi Wahdah.
Rukya ini adalah pada permulaan seruan
dakwah dan saya telah menyebarkannya untuk realiti sekarang bahawa Syeikh Nadzim
Al-3uqaili adalah salah seorang pembela seruan dakwah Imam Mahdi (as).
Umm Zainab - Najaf
Dalam tempoh masa terdapat fitnah dan perpecahan
dalam ansar Imam Al-Mahdi dan ia menyuukarkan kebanyakan ansar yang mengenal
kebenaran yang kekal bersama dengan Al-Syed Ahmad atau dengan orang lain.
Saya melihat dalam tidur bahawa semua tanah
mula terbelah di bawah kaki manusia dan kemudian menelan mereka dan
satu-satunya tanah yang tidak terbelah adalah rumah Al-Syed Talib Al-Musawi ...
Pada waktu pagi saya menceritakan rukya ini
dan mereka mengatakan kepada saya bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan dalam fitnah
ini bermukim (duduk) di rumah Al-Syed Talib Al-Musawi, saya dapati bahawa kebenaran
bersama Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan keselamatan adalah dengan menjadi pengikutnya
... Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Syeikh Nadzim - Najaf
Pada awal seruan dakwah Al-Syed Ahmad
Al-Hassan saya bermohon kepada Allah supaya menunjukkan akan kesahihan dakwah ini
dalam alam mimpi dan saya berdoa kepada Allah supaya memperlihatkan kepada saya
Imam Mahdi (as) dalam rukya. Pada suatu malam, malam pertama ditunjukkan kepada
saya seruan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Saya melihat dalam mimpi adalah
Imam Mahdi (as) mengumpulkan manusia untuk suatu ujian. Orang-orang datang dari
No comments:
Post a Comment