Thursday, 23 May 2019

Pengenalan 2: Halaman 55 – 57


Pengenalan 2: Halaman 55 – 57


6- Riwayat-riwayat yang diterima dari para Imam (as) mengenai sesiapa yang mahu melihat Rasulullah (S) atau salah seorang dari imam-imam (as ) dalam alam rukya maka lakukanlah demikian dan sebagainya, Adakah orang yang menafikan hujah kuat rukya mencurigai para Imam (as) dalam kesia-siaan? (Maha Tinggi Allah dan jauh Dia dari melakukan semua itu) Jika tidak, bagaimanakah ia sesuai untuk mengatakan sesiapa yang mahu melihat rukya, yang telah melakukan sedemikian, rukyanya itu akan sia-sia, sama ada Imam (as) tahu ketidaksahan rukya dan menyuruh berbuat yang batil (Astaghfiru Allah) atau dia tidak tahu dan memperkatakan Imam (dengan kata-kata mungkar) dan tidak tahu kita adalah kepepunyaan Allah dan kepadanya kita akan kembali dan orang-orang yang menzalimi keluarga Muhammad itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya:

Sesiapa yang mahu melihat Rasulullah (S) di dalam tidurnya hendaklah solat Isyak selepas itu dan mandi untuk bersihkan diri dan solat empat rakaat dengan empat ratus ayat Al-Kursi dan berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad (as) seribu kali, dan mengenakan pakaian yang bersih yang tidak bercampur yang halal dengan yang haram dan (ketika baring) letakkan tangan kanan di bawah pipi kanannya dan bertasbih seratus kali
سبحان االله و الحمد الله و لا إله إلا الله و الله أكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله
Subhana Allah Walhamdu Lillah Wa La Ilaha Illa Allahu Wa Allahu Akbar Wa La Haula Wa La Quata illa Billah

Dan membaca seratus kali
ما شاء الله
Ma Syaa-Allah
Maka dia akan melihat, Nabi (S) dalam tidurnya).

Perkataan sebelunnya terpakai atas apa yang dikatakan dalam hadits Nabi (S) (Sesiapa yang melihat kami telah melihat kami) katanya sesiapa yang melihatmya dalam jaga iaitu sesiapa yang menngenal semasa jaga dan kita mengatakan kepadanya adakah sezaman dengan Imam Al-Shadiq (as) dihadkan kepada para sahabat Rasulullah (S) dan jawapannya tidak kerana ia adalah satu fakta sejarah. Adakah kamu melihat Imam Al-Shadiq (as), mereka mengatakan dia tidak ada dan adakah perkataan melihatnya itu pada mememandang peribadi atau adalah umum bagi semua yang mahu melihat rukya  (Sesiapa yang mahu melihat Rasulullah (S)) bagaimana kamu menilainya. Telah diriwayatkan jika kamu mahu melihat Maula kamu Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib dalam tidur, Katakanlah di tempat tidur kamu,

اللهم إني أسألك يا من له لطف خفي وأياديه باسطة لا تنقضي أسألك بلطفك الخفي الذي ما لطفت به لعبد إلا كفى أن تريني مولاي أمير المؤمنين علي بن أبي طالب في منامي ،

Ya Allah, aku mohon kepadaMu, yang mempunyai kebaikan tersembunyi dan yang menangani kelapangan yang tidak selesai. Aku mohon kepadaMu dengan kebaikan tersembunyi yang tidak melapangkanku untuk beribadah melainkan-dicukupkan dengan melihatkan padaku Maula Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dalam tidurku,

Apa kemungkaran yang dikatakan kepada para imam setelah mereka membawa perkara itu kepada setiap orang yang meninggal dunia. Sheikh Al-Thusi berkata dalam Mishbahnya, dan yang mahukan rukya melihat si mati dalam tidurnya, hendaklah ia berkata dalam tidurnya:

اللهم أنت الحي الذي لا يوصف و الإيمان يعرف منه منك بدأت  الأشياء و إليك تعود فما أقبل منها آنت ملجأه و منجاه و ما أدبر منها لم يكن له ملجأ و لا منجى منك إلا إليك فأسألك بلا إله إلا أنت و أسألك بـ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ و بحق حبيبك محمد ص سيد النبيين و بحق علي خير الوصيين و بحق فاطمة سيدة نساء العالمين و بحق الحسن و الحسين الذين جعلتهما سيدي شباب أهل الجنة أجمعين أن تصلي على محمد و آله و أهل بيته و أن تريني ميتي في الحال التي هو فيها

Ya Allah Engkau hidup, yang tidak dapat disifatkan hanya keimanan yang mengenalnya.  Engkaulah yang memulakan sesuatu dan kepada Engkaulah ia kembali, Maka apa yang datang dari hadapannya, Engkaulah tempat perlindungan dan keselamatannya dan apa yang dari belakangnya tidak mempunyai keselamatannya dan tiada tempat perlindungan melainkan daripadaMu, Maka aku mohon kepadaMu kerana tiada tuhan melainkan Engkau dan aku mohon kepadaMu dengan Bismi Allah Al-Rahmn Al-Rahim dan dengan hak kekasihMu Muhammad (S) penghulu para nabi, dan dengan hak Ali sebaik-baik washi dan hak dengan Fatimah penghulu wanita sekalian alam dan dengan hak Al-Hasan dan Al-Hussein, yang Engkau jadikan kedua-duanya penghulu-penghulu seluruh pemuda ahli Syurga. Curahkanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya dan keluarga Ahl Baitnya dan perlihatkanlah kepadaku Si Mati dalam keadaannya.

Maka Insya Allah Taala kamu akan melihatnya.

7. Kaitan rukya dengan Shohib Al-Amr –Pemilik Urusan (Semoga Allah menempatkannya di bumi). Ada sangat banyak khabar dalam riwayat-riwayat yang mengesahkan hubungan antara Imam Al-Shohib dengan rukya.  Kesahihannya dicerita dalam alam rukya, seperti yang dibuktikan dalam riwayat-riwayat Ahl Al-Bait dan sesiapa yang ingin kedudukan kebenarannya, bolehlah membaca kitab Saudara Ahmad Hattab (Fasal ucapan dalam hujah kuat rukya Uli Al-Bab -  Fashl Al-Khitab Fi Hajiyah Ru’ya Uli Al-Bab)

Imam Al-Redha ditanya mengenai rukya dan beliau (as) berkata

(Ketahuilah, Ya Fulan sekiranya kami memberi kepadamu semua yang kamu mahu nescaya akan terputus leher pemilik urusan ini))

Imam Al-Shadiq berkata,  Apabila panji-panji hitam keluar dari Khursan (Menetaplah kamu di rumah-rumah malam dan siang hari, dan jika kamu melihat kami, berkumpul pada seseorang atas kami dan bangkitlah bersamanya dengan senjata)

Difahamkan bahawa Al-Qaim (as) yang keluar dengan senjata dan yang memenggal dengannya. Bahawa para imam (as) pada masa itu mereka dibelenggu kematian, maka untuk bertemu mereka hanyalah melalui jalan rukya, yang merupakan apa yang boleh berlaku dalam dakwah yang diberkati ini.

Rukya pada akhir zaman mengikut riwayat-riwayat Ahl Al-Bayt (as) mempunyai kedudukan yang hebat dan ini telah diriwayatkan dari Nabi (S) bahawa baginda bersabda (Akan tiba suatu zaman tidak berdusta rukya orang beriman dan mereka membenarkan rukya mereka, membenarkan pernyataannya).


Kesaksian Mata

Dalil ketiga hujah kuat rukya yang merupakan suara hati dan penyaksian nurani dan pengelihatan mata, Ini diperlukan oleh pengakuan kata-kata para imam dan juga mereka yang tidak mengakuinya. Dan ia dapat dilihat oleh mereka yang tidak melihat rukya  yang telah dicapai di bumi nyata.   

Apa yang kita lihat hari ini adalah satu gejala persoalan rukya, ketahuilah bahawa ia dibiarkan secara tidak sempurna, tidak lain melainkan apa yang dikatakan oleh orang yang bercanggah dengan sendirinya antara gambaran dan satu ketika yang lain ia menafikan melihat rukya itu yang menunjukkan yang lain darinya, sedangkan jika dia mendapat suatu rukya yang sebenarnya, walaupun ia kurang penting untuk diingat, tetapi mungkin ia menghuraikan simbolnya yang datang kepadanya; tidak kepadanya tetapi boleh dimanipulasi oleh syaitan kerana mereka tidak dihiasi sebagai orang yang dipelihara atau tempat yang suci atau tidak menyebut nama Allah SWT di dalamnya dari sini dinyatakan banyak penerimaan seperti itu, tetapi yang kita perhatikan sekarang adalah bahagian-bahagian rukya yang diketahui di sisi manusia:

1- Rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah).
2- Mimpi.
3- Mimpi yang bercampur aduk.

Dan sesiapa mahu memperluaskan bidang ini dia hendaklah merujuk kitab (Fasal ucapan dalam hujah kuat rukya Uli Al-Bab -  Fashl Al-Khitab Fi Hajiyah Ru’ya Uli Al-Bab). Untuk membezakan rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah). dari beberapa aspek rukya antaranya:

1. Rukya Al-Maksum, Allah Taala berfirman
﴿وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ﴾ 
(dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauannya. * Ia tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.) [Al-Najm 53:3-4] 

Rasulullah (S) bersabda” Sesiapa yang melihat kami telah melihat kami, kerana syaitan tidak boleh mewakili rupaku atau dalam bentuk rupa salah seorang washi-washiku)

Dan hadits-hadits dalam bidang ini, termasuklah
Sesiapa yang melihat kami telah melihat kami , kerana syaitan tidak boleh mewakili rupa kami)
dan Sesiapa yang melihatku  dalam tidurnya telah melihatku, ...).

2- Rukya orang yang mempunyai kedudukan khas Aali Al-Bayt (as), bahkan Syiah mereka (pendokong - tasyaiyu3 - sebenar) adalah rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah).seperti sabda Rasulullah Al-A’dzam (S):

(Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya telah melihat aku, kerana syaitan tidak boleh mewakili rupaku atau dalam bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak pula bentuk rupa salah seorang daripada Syiah mereka dan rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah) adalah satu per tujuh puluh bahagian nubuwah).

3- Rukya para rasul dan semua Al-Maksumin (as) dan para malaikat.

4- Rukya di tempat-tempat suci yang tidak boleh dimasuki syaitan.


5- Rukya berulang untuk satu peristiwa seperti rukya Ibrahim Al-Khalil (as) dalam perintah untuk menyembelih anaknya.


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas




No comments:

Post a Comment