Monday, 6 May 2019

Kisah-kisah Rukya


Halaman11 - 13


Abu Yusuf Al-Ansari - Nasiriyah

Saya dari masyarakat Al-Sunnah dan kerana permusuhan mereka kepada Ahl Al-Bayt dan rukya-rukya Ahl Al-Bayt yang banyak saya telah lihat, saya meninggalkan mazhab Sunni dan menjadikan saya kebingungan, bukan seorang Sunni dan bukan bermazhab Syiah dan sebab yang membingungkan saya adalah cinta saya kepada Ahl Al-Bayt ini. Satu hari, saya melihat beberapa rukya yang sangat kuat, disebabkannyalah saya masuk mazhab Syiah dan khususnya untuk menyokong Imam Mahdi (as) dan antara rukyanya: -

Saya melihat bintang dari logam yang sedang melebur seolah-olah mendidih lalu saya mendengar suara yang menyeru
لظى نَزَّاعَةً لِلشَّوَى
(api yang menyala-nyala yang mengelupaskan kulit kepala)
dan saya melihat sungai yang mengalir dan pohon-pohon dan aku mendengar suatu suara menyeru
سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى
(Sidratil Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal,)
dan memberitahu saya jika saya keluar dari perkara ini, Maka ini tempatmu dan mengisyaratkan bintang yang sedang melebur dan jika menyokong perkara ini, maka ini tempatmu Dia mengisyaratkan kepada Sidratil Muntaha.
والحمد لله وحده

Dan rukya lain

Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang mengasihi Ali, adalah mengasihiku, dan sesiapa yang mengasihiku, adalah mengasihi Allah. sesiapa yang mengasihi Allah akan di kasihi Allah. Dan sesiapa yang membenci Ali, adalah membenciku, dan sesiapa membenciku, akan dibenci Allah dan sesiapa membenci Allah, akan dibenci Allah..

Rukya Yang berhubungan dengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan

Dalam mimpi itu saya melihat Nabi (S) bersabda kepada saya, sokonglah anakku Al-Hujah dan tak lama kemudian, saya melihat Imam Mahdi (as) ada bersebelahan Nabi (S). Imam berkata kepada saya sokonglah anakku, Ahmad Al-Hassan, saya bertanya kepadanya mengenai urusan Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dia berkata kepada saya: Ia adalah pada kedudukan Al-Fatihah dari Al-Baqarah dan kamu pada kedudukan Al-Fatihah dari kami.


Abu Marwan - Nasiriyah

Aku mendengar suatu suara dalam alam rukya menyeru supaya menyertai Ahmad Al-Hassan. Lalu saya bertanya kepadanya: siapa kamu; kemudian, dia berkata: Khadam berusia lanjut Abi Al-Fadhl Al-Abbas .Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

Salah seorang Ansar – Nasiriyah

Sebelum saya mendengar perkara mengenai utusan Imam Mahdi (as) saya melihat dalam mimpi Imam Ali (as) berkata kepada saya, Isytiharkanlah bai’ah kepada Imam Mahdi (as) dan yang telah bersama saya dalam rukya itu adalah sepupu saya dan Mohammed dari kawan-kawan saya. dan akan pergi bersama saya untuk bai’ah kepada Imam Mahdi (as) dan pada hari berikutnya selepas rukya ini, sepupu saya datang kepada saya memberitahu saya perkara mengenai utusan Imam Mahdi (as) dan berkata kepada saya, kita akan pergi ke tempat di mana kita mengumumkan bai’ah kepada Imam Mahdi (as) apabila saya pergi bersamanya ke tempat tersebut saya lihat orang-orang yang sama, mereka yang dilihat dalam rukya itu. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

.


Ghalib – Al-Zubair

Saya melihat dalam mimpi penyeru menyeru nama-nama ansar, dan ansar menghadiri perlahan-lahan dan bilangan mereka adalah sedikit, dan kemudian kami pergi ke arah Iran dan semasa perarakan berlaku saya salah seorang Ansar (Ahmad) berada (di tepi projek lebuh raya), dan kemudian kami keluar dengan susah payah dan mendapati orang asing yang kami tidak faham kata-katanya, dan kemudian kami melihat dan mendapati tentera Imam Mahdi (as), tentera yang sangat ramai memiliki senjata canggih dan seolah-olah saya memiliki senjata bersama mereka dan sesuatu yang kelihatan seperti pancuran hujan, lalu ada seseorang mahu mengambilnya dari saya, tetapi saya menolak dengan berkata, imam tidak suka jika saya berikan senjata saya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
                        

Salah seorang daripada Ansar - Nasiriyah

Apabila saya mendengar perkara (dakwah) ini perjuangan yang ditunjukkan oleh salah seorang daripada rakan-rakan yang beriman dengan perkara (dakwah) ini, dan pada suatu malam saya melihat dalam mimpi, Al-Syed Ahmad Al-Hassan seperti berdakwah pada umat Islam melalui internet dan saya menuju ke arah berhadapan dengannya, dan apabila dia selesai memberi ucapan dia marah pada saya kerana ketinggalan dan masih tidak beriman dengan perkara (dakwah) ini dan saya memberitahunya bahawa saya beriman dan akan masuk dalam perkara (dakwah) ini, beliau berkata kepada saya, insya Allah.


Hasan – Al-Zubair

Saya melihat dalam mimpi bahawa saya membaca ayat di dalam hati saya, orang yang membaca selepas saya berkata kepada saya: Dari mana kamu mendapatkannya? Kemudian saya mendengar bahawa akan diadakan perbahasan bersama Imam Mahdi (as). Saya telah melihat Imam Mahdi melalui skrin besar dengan pedang Zulfikar di tangannya, dan datang kepadanya seorang yang berserban untuk berhujah dan Imam berkata dengan satu kalimah lalu orang berserban itu puas hati dan dan dia lalu bersungkur mencium kaki Imam (as) dan Imam berkata, Apa yang saya lakukan sehinggalah kamu beriman dan menunjuk tangannya yang terhormat dan menjadikan skrin menjadi merah dan orang bergairah oleh kehebatan keadaan dan kedahsyatannya, Lalu saya pergi mendapatkan Sheikh Habib (salah seorang dari ansar) dia di dalam sebuah bilik dan saya berkata kepadanya, Adakah kamu melihatnya, beliau berkata ya saya melihat apa yang berlaku, saya juga mempunyai skrin dan saya pergi mendapatkan Jassim (salah seorang dari ansar) dia berkata kepada saya, saya tahu mengenainya, sejak lama dahulu. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Salah seorang dari Ansar - Babel

Saya melihat Imam Mahdi (as) berkata kepada saya: Adakah kamu menyokong saya? Saya berkata: Ya, Wahai tuan, dia memberikan saya perisai dan kuda, saya berkata kepadanya: Wahai tuan, pedangnya. Dia (as) berkata: ambillah dari utusanku Ahmad Al-Hassan di Najaf, dan apabila saya terjaga saya pergi ke Najaf bertanya dalam makam Imam Ali (as) mengenai utusan Imam Mahdi (as.) Adakah benar Imam Mahdi (as) mengutus seorang utusan, Saya bertanya seorang pelajar hauzah lalu dia menjawab: Ya, ada seorang yang mendakwanya, dan saya sampai dengan susah payah ke tempat utusan Imam Mahdi (as). Wal-hamdu Lillahi Wahdah..


Sheikh Habib - Al-Zubair


Saya melihat di dalam mimpi Imam Mahdi (as), Dia duduk di antara keluarga, dan kami berkata matikan lampu untuk mengetahui Imam, ketika kami memadamkan lampu itu bilik itu diterangi dengan cahaya Imam (as) dan kami berkata kepadanya: Adakah kamu Imam Mahdi (as) Dia berkata: Ya dan Imam bangun dan pergi ke rumah saudara laki-laki bapakku Muhsin.


Sheikh Habib - Al-Zubair

Saya melihat dalam mimpi Imam Mahdi (as). Dia duduk di atas sesuatu dan kelihatannya betul-betul seperti Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan pakaiannya hitam. Saya dipukul perasaan malu dan kehebatan Imam Mahdi (as). Kemudian saya melihat dua kumpulan orang, di antara keduanya ada kuari dan setiap kumpulan ada orang-orang Iran dan orang-orang Iraq, dan saya faham bahawa mereka adalah ansar Imam Mahdi.Imam Mahdi (as) .



Sebelum✡✡Menu✡✡ Selepas







No comments:

Post a Comment