Halaman
17-19
Ali - Najaf
Seolah-olah Husseiniyah (masjid) ansar Imam
Mahdi (as) bertukar menjadi kapal dan seolah-olah Al-Syed Ahmad Al-Hassan
pemyeru di atas muka bumi, dia berkata: Wahai bumi terbelahlah, lalu ia terbelah
dan sebelahnya dari pintu Al-Husseiniyah itu di sebelah lagi di pintu (makam) Imam
Hussein (as) dan bahagian ini dipenuhi dengan air seolah-olah kapal itu nergerak
dan mengumpul mereka beramai-ramai dari hamparan -hamparan ke kapal
itu tiba ke Imam Hussein (as). Seolah-olah semua ansar telah menaiki kapal itu
semasa tiba di makam Imam Hussein (as) berpindah bangunan (bangunan Imam
Hussein ke belakang kapal tempat makam Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dan makam Al-Syedah
Zainab (as) dan kemudian kami kembali ke tempat asal di Al-Husseiniyah dan
airnya menghilang. Tempat Al-Husseiniyah menjadi tempat suci bagi umat manusia,
menuju ke Imam Hussein, Al-Syedah Zainab (as) dan Abu Al-Fadhl Al-Abbas
(as) dan selepas suatu tempoh ketiga-tiga tempat-tempat suci itu menghilang dan
menjadi alam untuk ziarah Al-Husseiniyah. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Hassan Al-Kinani - Najaf
Dalam suatu oengalaman rukya saya melihat bahawa
kami sedang membina di Al-Husseiniyah lalu datang Imam Mahdi (as) dan beliau berkata:
di setiap tingkat (thabuqah/batu-bata) bangunan, Al-Husseiniyah ini, seperti tempat
tawanan lama dari tawanan Aali Muhammad, dan kemudian membawa tiga tingkat (thabuqat/batu-bata)
dan beliau berkata, janganlah meletihkan diri kamu sendiri dan bawalah dua-dua.
Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Al-Syed Talib Al-Musawi - Najaf
Kami pergi berjalan ke (makam) Imam Hussein
(as) dan di jalanan kami membaca nasyid-nasyid Imam Hussein (as), dan di salah sebuah
tempat perhentian saya tidur untuk berehat. dan saya melihat dalam alam rukya, Al-Syed
Ahmad Al-Hassan dan saya berada dalam salah sebuah makam seorang nabi, lalu
datang salah seorang dari nabi dengan sebuah kunci di tangannya lalu memberikan
kunci itu kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan berkata kepadanya: Bukalah peti itu.
Tiba-tiba kelihatan peti itu dikeluarkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dibukanya.
ia adalah warisan nabi-nabi dan lipatan kitab-kitab seperti kertas besar yang dilipat.
Lalu Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengeluarkan salah satu daripadanya dan nabi itu
berkata kepadanya: Orang yang mewasiatkannya adalah Nabi Muhammad (S) kepada
Imam Mahdi (as) dan kepada kamu. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Muhammad - Karbala
Saya mengedarkan kertas mengenai dakwah Ahmad
Al-Hassan. Kemudian berlaku pertengkaran antara kami dengan pihak polis dan selepas
halangan itu saya berIstikharah kepada Allah, dan saya pergi bersama mereka. Kemudian
saya melihat salah seorang daripada ansar di dalam penjara, dia berkata kepada saya:
Tahniah semalam saya melihat kertas yang kamu edarkan itu diedarkan di syurga dan
kemudian menjadikan diri saya letih sehingga saya tertidur dan saya melihat
dalam alam rukya: Saya mengedarkan daun-daun putih di syurga. Wal-hamdu Lillahi
Wahdah.
Umm Ali
Salah seorang mukminah - Najaf
Saya pergi ke sebuah klinik doktor dan apabila
saya masuk seolah-olah terdapat sekumpulan orang dan di pekarangan tersebut ada
seorang lelaki yang saya kenal sedang berdiri iaitu Imam Mahdi (as). saya pergi
kepadanya dan memberi salam dan dia menjawab salam saya dan saya berkata kepadanya:
Ya Imam, Adakah dakwah Ahmad Al-Hassan ini benar atau batil, beliau (as) berkata:
ianya benar. Kemudian saya meminta kepada imam untuk membawa saya ke rumah saya,
kerana suami saya telah ketinggalan dari saya dan saya tidak boleh pergi sendirian.
pada mulanya Imam tidak keberatan, seolah-olah saya tahu dia malu berjalan
dengan wanita, saya berkata kepadanya: Ya Imam, saya seorang wanita, bagaimana saya
akan berjalan bersendirian, Akhirnya Imam bersetuju membawa saya ke rumah dan
kami sampai dan masuk ke rumah. Saya memberitahu suami saya bahawa Imam Al-Mahdi
(as) ada di pintu, suami saya bergegas keluar mendapatkan Imam lalu memeluk
Imam dan memberi salam - kepadanya dengan menjemput dan mempersilakan Imam masuk
ke rumah dan duduk di dalam ruang tetamu, dan saya kebingungan mengapa lama pada
Saidi Maulai Imam Mahdi (as), dan akhirnya diberikan kepadanya air dan kemudian
dia mengambil air itu dari saya dan mula membaca kalimat-kalimat pada air itu. Ia
amat melegakan bagi sesiapa yang mendengarnya dan kemudian merenjiskan air itu
di rumah kami dengan tangannya yang mulia. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Salah seorang mukminah
Ini adalah dakwah Allah dan masalah sah
menurut Imam Ali (as) dan dalam alam rukya saya melihat bahawa saya berziarah
Imam Ali (as), dan khususnya dalam mihrab wanita dan saya melihat seorang
wanita sujud kepada Allah dan di kelilingi sekumpulan wanita, saya tahu bahawa
wanita ini adalah Syedah (Fatimah Al-Zahra’) (as). Al-Zahra’ (as) bertanya soalan:
Dia berkata bolehkah melihat imam dalam rukya (Imam Ali (as))? Tiada seorang wanita
pun yang menjawab. dan bertanya soalan lain, bolehkah melihat Imam al-Mahdi (as)
dalam rukya? saya menjawab, Saya Syedah telah melihat Imam Al-Mahdi (as) dalam rukya
itu. Syedah Al-Zahra’ (as) menjawab: Imam Ali (as) mengatakan bahawa kedua-duanya
adalah naqib-naqib (ketua) dan Al-Syed Ahmad adalah salah seorang naqib-naqib. Wal-hamdu
Lillahi Wahdah.
No comments:
Post a Comment