Thursday, 9 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 20 - 22


Kisah Rukyah: Halaman 20 - 22


Salah Seorang Mukminah
Umm Bintu Al-Huda - Najaf

Seolah-olah Imam Hussein (as) berdiri dalam kejadian terbaik dan ramai sahabat-sahabatnya yang terkorban di sekelilingnya dan tiba-tiba rupa Imam Hussein bertukar menjadi rupa Al-Syed Ahmad Al-Hassan, berdiri di Al-Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as) dan juga pesawat Amerika berhenti dari terbang berlegat di atas Al-Husseiniyah dan sahabat-sahabatnya dan orang ramai berantakan di sekelilingnya. Seolah-olah dia menangis dan mengambil panji hijau dan meletakkannya di bahunya dan menuju ke Karbala. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

Anak dari Seorang Ansar - Karbala

Kanak-kanak ini selalu bertanya ibunya tentang Allah dan mahu melihat Allah dan bagaimana dia melihatNya? Di manakah Dia sekarang? Banyak soalan yang dikemukakan kepada ibu bapanya semuanya mengenai Allah AWJ. Pada suatu pagi, dia datang kepada ibunya dan berkata: Ibu, saya tidak akan bertanya pada Ibu mengenai Allah kerana saya telah melihatNya, Sang ibu terkejut dengan kata-katanya dan berkata kepadanya: bagaimana dia melihatNya? kanak-kanak itu berkata: Saya melihat dalam tidur, seolah-olah Imam Mahdi (as) dan bersamanya ada Syed Ahmad serta bersama mereka ada Allah, telah masuk ke rumah kita. Ibunya bertanya kepadanya: Bagaimana kamu mengenali Allah? Dia berkata, "Dia adalah Allah kerana cahayaNya menyinari antara langit dan bumi dan cahayaNya besar, dan saya tahu bahawa Cahaya Besar adalah Allah." Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
(Maka ambillah untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan.)


Anak Narjis - Najaf

Apabila berpatah balik (murtad) sebahagian orang dari dakwah, saya melihat bahawa salah seorang daripada mereka datang ke rumah seolah-olah Imam Mahdi (as) dan sekumpulan ansar serta Al-Syed Ahmad Al-Hassan duduk di ruang tetamu apabila orang ini memasuki ke kawasan rumah itu, Imam Mahdi (as) berkata kepadanya berhenti di tempat kamu, dan dia berhenti di tempatnya. Seolah-olah ia tetap di bumi dan kemudian Imam (as) selepas itu berkata kepada Al-Syed Ahmad supaya membunuhnya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengarahkan helikopter. Seolah-olah Imam terbang di atas rumah untuk membunuh orang munafik ini, dia ditembak dengan peluru berpandu helikopter yang masuk ke mata kanan dan keluar dari mata kirinya dan Imam (as) berkata: Dan bawalah dan kuburkan dia di tanah perkuburan orang-orang kafir. Maka ansar pun membawanya dan menguburkannya di tanah perkuburan orang-orang kafir. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Bakr - Nasiriyah

Saya bermohon kepada Allah SWT agar memperlihatkan kepada saya kebenaran dakwah Ahmad Al-Hassan dan peribadi Syed Ahmad Al-Hassan. Dalam alam rukya, saya melihat bahawa saya sedang duduk menghadap ke arah kiblat. Kemudian saya mendengar khabar: bahawa Imam Mahdi (as) akan datang dan saya berkata: Tuhanku, jika Ahmad Al-Hassan orang benar perlihatkan padaku sekarang dan mengtahui hubungannya dengan Imam Mahdi (as). Dan apakah Imam (as) telah mendatanginya dan mendekatinya, dan apakah bentuk dan sifat-sifatnya adalah sama dengan bentuk dan sifat-sifat Ahmad Al-Hassan, maka aku katakan: Ya Subhana Allah, Allah dan Imam Mahdi mahu memberitahu padaku bahawa tidak ada perbezaan antara beliau dan utusannya dan hendaklah mentaati utusannya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Al-Syeikh Abu Ali - Najaf

Saya melihat Imam Mahdi (as) duduk mengajar dan ansar semuanya duduk di sekelilingnya dan saya duduk nersama mereka, Imam (as) berkata: Bahawa selepas pembebasan dunia aku akan memberikan kepada kamu kepimpinan pengurusan dunia dan maksudnya ialah dia akan mengabdikan diri untuk beribadah sahaja dan para ansarnya yang menjalankannya.. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

Umm Ali
Seorang Mukminah - Karbala

Ibu salah seorang ansar (Umm Ali) pergi ke rumah jirannya untuk tujuan penggunaan telefon dan melalui pertemuan itu dikemukakan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as) dan disampaikamnya dakwah itu, wanita itu berkata: Saya akan hubungi bapa saudara saya setelah tiga hari dan dan dia memberitahu saya akan mendatangkan kepada kamu khabar dari Imam Mahdi dan kamu hendaklah membenarkannya kerana dia benar dan saya suka bapa saudara saya dan menghormatinya kerana dia tahu agama. Dan Maha Suci Allah hari itu adalah hari ketiga dan sekarang kamu memberitahu saya khabar ini. Pada hari yang lain wanita ini datang ke rumah Umm Ali seorang ansar dan berkata kepada perempuan itu di rumah yang mungkin namanya begitu, kata salah seorang daripada mereka yang disampaikan oleh Umm Ali, ya itu namaku. Lalu perempuan itu berkata: Saya melihat Syedah Narjis (as) dalam mimpi, dia berkata kepada saya bahawa berita (khabar) yang datang kepada kamu itu dari anakku Imam Mahdi (as) adalah khabar yang benar dan berita ini, yang datang dari fulanah (perempuan itu) adalah benar dan begitu juga yang disampaikan bapa saudaramu kepada kaamu juga adalah benar, mengapa kamu tidak membenarkannya atau menjadi ansar kepada dakwah itu. Setelah wanita ini beriman dengan dakwah ini dia telah mengambil keputusan untuk menyampaikan dakwah, dan apabila diadakan perjumpaan keluarganya dia memberitahu mereka tentang dakwah ini dan memberitahu mereka dalam masa tiga hari bapa saudaranya menelefon dan memberitahunya, dan berkata, begitu juga Umm Ali, jiran kita datang pada tarikh dijanjikan dan menyampaikan perkara ini. dan saya melihat malam tadi (rukya), Syedah Narjis (as) yang meminta saya untuk mempercayai kata-kata Umm Ali dan nama sebenarnya saya tidak ketahui dan saya hanya tahu namanya Umm Ali dan dan berita yang disampaikan bapa saudaraku juga adalah benar. Keluarganya terkejut dengan berita itu dan memberitahu bahawa bapa saudaranya telah meninggal dunia sebelum tempoh itu, dan mereka tidak memberitahu kematiannya ditakuti keguguran kerana dia sedang hamil, lalu dia berkata kepada mereka: Bagaimana saya bertanya bapa saudara saya mengenai saudara saya dan tentang fulanah (perempuan itu) dan fulanah (perempuan ini) dan dia menjawabnya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment