Saturday 9 January 2021

Soalan 818: Membaiki dan mengendalikan sistem kuasa elektrik untuk menerangi dunia

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً،

السلام عليكم يا آل بيت النبوة ورحمة الله وبركاته:

  Saya melihat rukya beberapa bulan yang lalu. Iaitu saya berdiri bersama Yamani Aali Muhammad Al-Syed Ahmad Al-Hassan - Padanya dan pada mereka selawat Tuhanku - di rumah tempat aku tinggal. Kami berdiri di pekarangan rumah itu. Di hadapan kami ada sebuah pondok pertanian dengan pohon-pohon kurma, jadi saya katakan kepadanya: Sila duduk di sofa. Ia adalah di tempat yang sama, lalu dia (as) pun duduk di atasnya., jadi saya katakan kepadanya, "Mahukah saya letakkan tilam yang baru untuk tuan," Katanya: "Tidak mengapa."

Oleh itu, saya meletakkannya dan duduk di atasnya, dan pada masa itu salah seorang ansar muncul di sebelah saya (saya pernah berbincang dengannya pada hari sebelumnya, mengenai tajuk yang berkaitan dengan dakwah dan terdapat beberapa perbezaan dalam perbincangan tersebut). Oleh itu, saya memberitahu Al-Syed (as) bahawa kata-kata ini telah diberitahu kepada rakan saya dan dia tidak bersetujui dengannya. Dia berkata, Salam Allah atasnya, bahawa kata-kata ini dari Allah. Mengapa mereka tidak berpuas hati dengannya. Di sini kelihatan wajah rakan saya tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Al-Syed (as), dan sementara itu saya dapati Syeikh Nadzim Al-3uqaili duduk di antara saya dan Al-Syed (as). Syeikh Nadzim memberi isyarat kepada saya apa maknanya dan mengapa saudara ini mengatakan sedemikian di hadapan Al-Syed dan memberhentikannya. Kemudian gambar Syeikh dan rakan saya hilang, dan saya tinggal bersendirian dengannya (as), dan dia berkata kepada saya, Ikutlah saya, jadi saya pergi bersamanya ke ladang kurma yang ada di sekitar rumah dan ada alat penjana tenaga elektrik yang sangat besar (voltan tinggi). dan alat ini menghasilkan tenaga untuk seluruh daratan dan ia tidak berfungsi, Lalu Al-Syed (as) memberitahu saya: kamu berdiri di kunci utama alat ini, dan ketika saya memberitahu kamu, tekanlah untuk menghidupkannya, dan dia (as) meraih tongkat di tangan kanannya, dan dia berkata, saya akan memperbaikinya dari sini (di tengah-tengah peralatan), jadi saya berkata kepada Al-Syed (as). Perlukah saya bawa perkakas itu kepada tuan? Dia berkata, Baiklah, jadi saya pergi membawa perkakas itu dan melihat tempat perkakas itu dan ia digantung di dinding, jadi saya dapati hanya sebilangan kecil, dan ada di antaranya yang tidak sesuai untuk digunakan, jadi saya berkata pada diri sendiri di mana yang itu dan yang ini... ... Oleh itu, saya mengambil kit yang ada semasa saya menyembunyikannya di belakang saya dan kembali kepada Al-Syed berhampiran peralatan itu, saya malu padanya kerana kit itu. Al-Syed (as) berkata kepada saya. Tidak mengapa kita akan menghidupkan peranti (peralatan), anda dan saya, oleh itu Al-Syed (as) meletakkan tongkatnya di salah satu bahagian peranti dan ia ada di tengahnya dan dia menggerakkannya tiga kali, lalu dia menyuruh saya menekan butang kuasa dan saya menekannya dengan jari, lalu alat itu mula berfungsi dengan cara yang terbaik dan menyinari seluruh daratan. Kemudian kami berjalan dan ada tentera berdekatan kami seolah-olah situasi diselesaikan untuk Al-Qaim (as), jadi salah seorang tentera datang mendekati kami dan mengatakan bahawa ada skuad pesawat datang ke arah kami. Kemudian Al-Syed (as) berkata kepada saya, "Tinggalkan mereka, dan mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa lagi selepas ini.".

والحمد لله رب العالمين

 اللهم تب علينا وأغفر لنا وارحمنا، اللهم أرفعنا تواضعا لك واحفظنا لجوءاً إلى كهفك وانصرنا بخسران أنفسنا في سبيلك وعلمنا علما نكسب فيه رضاك واجعلنا من أنصار محمد وآل محمد صلوات ربي عليهم وحجراً بيد قائم آل محمد )صلى الله عليه وآله( والسلام عليكم يوم كنتم أنواراً ويوم ولدتم ويوم تموتون ويوم تبعثون .

 Ya Allah, terimalah taubat kami, ampunilah kami, dan kasihanilah kami. Ya Allah, tingkatkanlah kerendahan hati kami kepada-Mu, peliharalah dan lindungilah kami di gua-Mu, dan bantulah kami dari kami merugikan diri kami di jalanMu, dan ajarkan kami ilmu yang dengannya kami berusaha mencari redhaMu. Dan jadikanlah kami sebagai salah seorang ansar Muhammad dan Aali Muhammad – selawat Tuhanku atas mereka - Dan batu di tangan Qaim dari Aali Muhammad (S). Salam atasmu pada hari kamu menjadi cahaya, pada hari kamu dilahirkan, hari kamu dimatikan, dan hari kamu dibangkitkan..

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

 Saya mahon agar Allah memberikan anda kejayaan dan membimbing langkah-langkah anda, dan mungkin rukya anda jelas kepada anda dan bahawa itu adalah dalam bimbingan penciptaan dan penyampaian cahaya dan kebenaran kepada mereka, saya mahon agar Allah menjadikannya benar dan membimbing ciptaannya ke jalan yang lurus. Dia adalah pelindung saya dan dia adalah orang yang melindung orang-orang soleh.

 

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 Hijrah

 

No comments:

Post a Comment