Wednesday 13 January 2021

 

Soalan 626: Meja makan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

Saidi wa Maulai Yamani AaIi Muhammad,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Beberapa bulan yang lalu, ayah pulang ke rahmatu Allah (rahimahu Allah), dan di ranjang kematiannya dakwah yang diberkati datang kepadanya, dan keadaannya sangat buruk, tetapi walaupun begitu dia mendengarkan kata-kata saya: Ini adalah kebenaran, ini adalah kebenaran, dan Al-Hamdu Lillah dia beriman pada dakwah kebenaran dan mandi taubat., Dua hari kemudian dia pulang ke rahmatu Allah, dan setelah kematiannya, kami mulai banyak melihatnya di alam rukya, termasuk: Saya melihat bahawa kami sedang duduk di meja makan Al-Syed Ahmad (as), ayah dan sekumpulan ansar. Ayah menanyakan kepada Imam Ahmad (as) dan Al-Syed (as) berkata: kita berlindung dengan Allah, tidak seperti yang anda fahami, bahkan Allah mewahyukan kepada gunung dan berfirman kepadanya, Tulislah seperti ini dan itu, lalu ayah berkata: Tuan kami, kamu adalah gunung Allah dan saya adalah gunung Ali Ibn Abi Talib, dan para Ansar tertawa dan ayah berkata: Tuan kami, gambarkanlah gunung Ali bin Abi Talib di hadapan kami dan saya bukan ansarnya, dan Demi Allah, ini tidak akan berlaku. Dan apa yang dimaksudkan oleh Al-Syed Ahmad (as) pada dunung Ali (as).

Bolehkah tuan tafsirkan rukya kepada kami, semoga Allah melindungi tuan dan menjadikan kami sebagai khadam dan ansar tuan dengan hak Muhammad dan Aali Muhammad?

Dalam rukya yang lain, saya melihat bahawa saya sedang mengunjungi kubur ayah, tetapi kubur ayah seolah-olah sebuah maqam yang diziarah, dan orang-orang menziarahinya, dan seorang wanita menulis permintaannya dan melemparkannya di kubur, dan dalam diri saya, saya mengatakan: Akan dijawabkah permintaan ini dengan kelebihan Imam Ahmad (as). Dan bapa saudara saya di sebelah kubur menangis dan berkata: Saya tidak bersamanya. Dia takut mati..

Maafkan saya, wali Allah. Kami datang kepada tuan, berikanlah kepada kami dan bersedekahlah dengan doa dan pengampunan. Semoga Allah membalas tuan dengan ganjaran yang terbaik. Kumpulkan kami bersama tuan. dengan hak Muhammad dan Aali Baitnya yang baik dan suci, para imam dan Mahdi-mahdi.

 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Pengirim: Hilal Al-Suwaifi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan, dan  puji-pujian bagi Allah yang memberkati ayahmu dengan nikmat iman dan mati serta kesudahannya dengan kebaikan. Rukya itu menjanjikan khabar gembira kepada anda, insya Allah, bahawa dia berada dalam kebaikan dan kepada kebaikan dengan rahmat Allah dan berkat imannya kepada kebenaran dan Al-Mahdi, dan puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H

 

No comments:

Post a Comment