Friday 8 January 2021

 Soalan 630: Telur Ayam

 السلام عليكم وعلى كل من اتبع الهدى .

Salam atas kamu dan kepada semua orang yang mengikuti petunjuk.

 Pada suatu masa .. Saya telah melihat dalam tidur bahawa saya mempunyai sebuah tempat penetasan dengan banyak telur-telur ayam di dalamnya, dan terdapat sebiji telur yang besar dan ia sangat besar yang telah saya letakkan di rak pertama di tempat penetasan itu sendiri, dan saya tahu dalam mimpi, bahawa telur ini saya letakkan lama dahulu, dan ia menjadi lebih besar - - hingga ia menjadi sangat besar, dan saya melihatnya dan ketika ia menetas keluar dariya anak ayam, ia kelihatan elok dan cantik, dan ia menyerupai saya seperti anak ayam jantan dan bukan ayam betina. Saya sangat menyukainya, dan saya mengambilnya dan mula memutarnya di sekitar tempat penetasan. Kemudian seorang pemuda datang kepada saya dan berkata kepada saya: Semua kepenatan dan usaha ini pada seekor anak ayam? Saya sedikit kecewa, dan kemudian saya melihat tempat penetasan, dan jika semua telur menetas dan bermula dengan anak-anak ayam seperti apa yang mereka katakan, tumbuh di dalam tempat penetasan, dan semuanya mula melompat-lompat da rupanya semua sama.

Saya tidak dapat mengira kerana jumlahnya sangat besar, jadi saya tersenyum dan sangat gembira lalu berkata kepada pemuda itu: Marilah lihat anak-anak ayam ini.

 Saya tidak tahu apa tafsirannya! Sebenarnya saya tidak mempunyai tempat penetasan, dan saya tidak mempunyai ayam atau anak-anak ayam, tetapi saya mempunyai ayam dan anak-anak ayam bertahun-tahun yang lalu.

 Saya harap sekiranya tafsirannya buruk, tulislah jawapannya, tak perlu takut dan bertaqwa kepada Allah, dan jika tafsirannya baik, tulislah mengikut perintah pada tuan.

 Saya mohon agar Allah menolong kita dan semoga tuan melakukan apa yang baik.

 

Pengirim: Khalid – Bahrain

 

Jawapannya:

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

 

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan. Rukya ini menjanjikan khabar gembira untuk anda, insya Allah, dan saya memohon kepada Allah agar anda mendapat hasil yang baik dan membimbing anda ke arah kebenaran dan mengikuti kebenaran, memberkati anda dan menjadikan anda sebagai panduan kepada orang lain kepada kebenaran. Dialah pelindung saya dan dia pelindung orang-orang soleh.

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram al-Haram / 1432 H.

 

No comments:

Post a Comment