Tuesday 12 January 2021

Soalan 607: Sholat

 

Kepada Saidi wa Maulai Imam Ahmad Al-Hassan (as).

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Salam atas Saidi wa Maulai Imam Mahdi. Salam atasmu, Ya Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

 

Saidi wa Maulai, saya sampaikan kepada tuan rukya salah seorang saudara Ansariyah:

بسم الله الرحمن الرحيم

Kepada Saidi wa Maulai, simpanan dan persediaan akhirat dan duniaku, penyejuk mata Rasulullah, dan menerima Al-Zahra’ Al-Battul dari dan jalur keluarga orang-orang baik dan membuahkan imam-imam terpilih, bapa ketua Mahdi-mahdi, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad ke atas mereka, dan baginya selawat dan salam, Saidi wa Maulai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Tuan, saya melihat dalam tidur seolah-olah saya sedang sholat berjamaah di shaf-shaf yang tersusun, dan kiblat menghadap ke arah timur, dan shafnya kira-kira sepuluh baris atau kurang sedikit, dan imam jamaah berada di tengah-tengah shaf pertama para jamaah, dan ada orang perempuan di setiap shaf sebelah kiri, dan kedudukan mereka tidak lurus tetapi miring berbentuk bulan sabit, dan imam jamaah adalah Al-Syahid Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah), dan sholat itu adalah sholat wajib, iaitu empat rakaat, dan saya berada di tengah-tengah shaf bersama wanita, pada shaf suami saya, dan apa yang tidak tersembunyi pada tuan entulah jahil dari jalan kebenaran, setelah Syed Abd Al-Imam (rahimahu.Allah) selesai dua rakaat. Pada rakaat ketiga, Al-Syahid Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah) terdiam, dan sholat itu disempurnakan oleh Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad Ahmad Al-Hasan (as), dan dia berada di tengah-tengah shaf, yakni shaf di mana suami saya dan saya ketika itu. Maka apabila mendengar dan mengetahui Al-Syed akan menyempurnakan sholat yang terputus yang menimbulkan keributan di kalangan para jamaah, dengan mengatakan: Saya sholat di belakang Al-Syed Abd Al-Imam (rahimahu Allah) dan saya tidak tahu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah orang yang akan menyempurnakan sholat ini. Sementara itu, Al-Syed (as) berpaling sedikit tanpa mengganggu sholat ketika saya berpaling kepadanya juga, kemudian suami saya meninggalkan sholat dan tempatnya tetap kosong. Dan kami menyelesaikan sholat.

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami meminta tuan untuk berdoa, Wahai pintu Allah yang datang dari-Nya,

والصلاة والسلام على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .. والحمد لله رب العالمين .

 

Pengirim: Muhammad - Iraq

 

Jawapan:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Rukya itu menjanjikan khabar gembira bagi anda dan memberi amaran kepada suami anda. Kami bermohon kepada Allah agar dia mendapat hasil yang baik. Sholat adalah wilayah wali Allah dan bekerja dengannya dan di tangan wilayahnya. Semoga Allah memberi anda kejayaan untuk bekerja dengan kebenaran.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

No comments:

Post a Comment