Tuesday 5 January 2021

Dua Orang Mimpi Yang Sama

Halaman peribadi di Facebook Rukya kedua:

 

Mustafa Al-Sindi:

 

Al-Salamu 3alaikum, Syed Ahmad Al-Hassan, Untuk pengetahuan bahawa saya tidak beriman kepada tuan.

Mereka mengatakan mengenai tuan bahawa tuan dari keluarga Muhammad (S), dan tuan tahu tafsiran Al-Quran, rukya dll.

Saudara terdekat saya melihat rukya. Kami sampaikan rukya itu kepada lebih daripada seorang pentafsir, tetapi mereka tidak dapat mentafsirkannya.

Sebenarnya, ini adalah dua rukya dari dua saudara perempuan pada orang yang sama bernama Karrar.

 

Rukyanya:.

 

Kakak perempuan saya, yang tinggal di Amerika, melihat dua orang. seorang lelaki bernama (Sir Allah - Rahsia Allah) dan orang kedua seorang gadis bernama (Nur Al-Huda – Cahaya Petunjuk) dan dikatakan kepadanya, jika Karar bernikah dengan (Nur Al-Huda), Allah akan memberinya keturunannya, yang akan menjadi ansar Imam Al-Mahdi (as).

 

Dua hari selepas rukya pertama, adik perempuan saya yang tinggal di Karbala melihat mimpi yang sama dan orang yang sama dan yang mengatakan perkara yang sama kepadanya.

Tetapi dalam dua rukya itu, ucapan orang itu bukan dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris, atau bahasa Parsi, ia hampir kepada bahasa simbol, dan ketika mereka bercakap dengan dua saudara perempuan itu, mereka faham perbicaraannya.

 

Kami berharap dapat membalasnya dengan cepat, tuan yang kita sayangi, yang menjadi lebih dari seorang bersifat rohani (spritual), seorang syed dan seorang syeikh yang menunjukkan penafsirannya, dan Allah itu Maha Penyayang dari yang menyayang.

 

Ahmed Alhasan - احمد الحسن

Ahmed Alhasan - احمد الحسن

 

احمد الحسن  Ahmed Al-Hassan: Mustafa Al-Sindi

 

Hayyaka Allah Habibi (Marilah menuju Allah sayangku)

Sir Allah - Rahsia Allah) = Khalifah Allah

Nur Al-Huda – Cahaya Petunjuk = Agama kebenaran

 

Nur Al-Huda berkahwin dalam arti bahawa dia menganut agama yang benar dan menerima seruan dakwah kepada Allah, untuk menjadi teman hidupnya, dan mempunyai keturunan, yang bermaksud bahawa dia dilahirkan kembali dan merupakan salah seorang ansar Imam Al-Mahdi.

 

Rukya mendorong orang ini untuk bekerja (beramal) untuk menjadi ansar Imam al-Mahdi, dan semoga Allah memberinya kejayaan atas apa yang Allah SWT kehendaki [1].

_______________________________

[1] Halaman peribadi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as),, tarikh penerbitan: 28 Julai 2017, tarikh komen -. 29 Julai 2017.

  

No comments:

Post a Comment