Wednesday 13 January 2021

 

Soalan 612: Maqam Imam Hussein (as)

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله،

Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami perkara ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.

 والصلاة والسلام على محمد الأمين وأهل بيته الطاهرين الأئمة والمهديين .

Dan selawat dan salam ke atas Muhammad Al-Amin dan keluarganya yang suci, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Salam atas Saidi wa Maulai Yamani Aali Muhammad (S), ke atas Qaim mereka, ke atas Ahl Baitmu dan anak-anakmu Mahdi-mahdi yang terpilih dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Tuan, saya melihat rukya seolah-olah saya memasuki maqam Saidi wa Maulai Abi Abdillah Al-Hussein (as). Saya bersama tiga orang anak-anak lelaki saya, Ali, Ahmad dan Abbas, dan anak perempuan saya Fatimah. Di Maqam suci itu terdapat ramai orang. Kemudian orang-orang bersurai dan saya tetap berada di Maqam suci itu lalu saya bercakap dengan Imam Al-Hussain (as), dan setelah beberapa saat kemudian pintu Maqam suci itu terbuka, dan kemudian kuburan Al-Syarif pula terbuka dan saya melihat Imam Al-Hussain (as) terbaring di kubur itu. Dia mengeluarkan tangannya dan berbicara dengan saya. Saya tidak ingat semua perkataan

Imam (as), tetapi saya ingat apa maksud yang dia cakapkan kepada saya khusus mengenai anak-anak saya dan bahawa pertempuran akan berlaku dan bahawa anak saya Abbas akan turut serta atau terbunuh di dalamnya, saya tidak ingat dengan tepat. Saya keluar berlari kegirangan dan berkata kepada orang-orang yang ada: Imam Al-Hussein (as) telah berbicara kepada saya dan saya berteriak kepada anak saya Abbas untuk memberitahunya mengenai kata-kata Imam Hussain (as) itu, dan ketika saya memberitahunya kata-kata Imam (as) dia mula ketawa dan gembira dengan kata-kata Imam (as). Inilah rukyanya ya tuan. Maka jika tuan akan mentakwil rukya ini, ketahuilah bahawa saya sekarang mempunyai seorang anak

dan dia adalah Ali dan saya Al-Hamdu Lillah, kini hamil, dan saya dan suami berharap agar Allah memberikan kami dengan seorang anak lelaki yang kami akan namakan Ahmad, dan mereka akan menjadi tebusan bagi para Mahdi (as), dan saya berharap tuan, dengan kemurahan hati tuan, untuk mendoakan kami agar Allah mengurniakan kepada kami keturunan, orang-orang yang soleh, beriman dan penyokong kepada Muhammad dan Aali Muhammad yang soleh, untuk memutihkan wajah kami di hadapan Al-Zahra’ (as).

Dan maafkan saya, tuan, kerana memperpanjangkannya, dan semoga Allah melapangkan dan menempatkan tuan, dalam masa terdekat dengan hak Al-Zahra’. Dan kami meminta pengampunan tuan atas kekurangan, kerana anda adalah salah seorang dari anak-anak yang terhormat.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Pengirim: Umm Ali - Iraq –

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan. Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dengan yang terbaik di akhirat dan dunia, dan insya Allah, rukya anda di dalamnya akan jauh lebih baik untuk anda, dan Allah adalah Pemberi kejayaan.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmed Al Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H

 

No comments:

Post a Comment