Sunday 3 January 2021

Kitab Bersama Abdus Soleh  (Juzuk 1) Rukya kedua:

 

Dan dia (as) berkata:

 

(Bertahun-tahun yang lalu, pada zaman taghut penzalim, saya ingat bahawa saya telah melakukan kerja-kerja Umm Daud, dan saya berjaya dengan tujuan melepaskan banduan yang berada di penjara taghut penzalim Saddam, dan pada 15 haribulan Rajab saya berada di makam Imam Ali (as) membaca Al-Quran sehingga matahari terbenam (maghrib), dan saya pulang ke rumah dengan keletihan kerana berpuasa dan berjalan, jadi saya tidur selepas solat, dan saya telah khususkan pahala amalan untuk bapa saya sewaktu saya berada di makam Imam Ali, dan saya telah bermohon kepada Allah untuk memaklumkan kepada saya jika ada apa-apa yang saya boleh lakukan untuk melepaskan daripada bapa saya apa-apa tanggungjawab [yang belum dipenuhinya]. Dan apabila saya tidur pada waktu malam, saya melihat suatu rukya: Saya melihat bahawa Imam Mahdi (as) duduk di tempat yang suci dan saya duduk bersebelahan dengan beliau, dan Malaikat (bermaqam) besar datang, dan saya tahu bahawa Malaikat ini adalah Jibrail (as), dan dia berkata kepada saya: ayahmu kirim salam kepada mu dan dia dalam perjalanan ke syurga. Dan saya melihat bapa saya terbang di suatu tempat yang indah menuju ke syurga. Akhir rukya.) [2]


----------------------------------------------------.              

[2] Dan yang menjadi buah-mulut dari orang-orang yang mengutuk bapa saya, saya tidak tahu mengapa? Sekurang-kurangnya biarkanlah dia dan hormatilah dia, kerana dia telah meninggal dunia sebelum seruan (dakwah) ini, tidakkah mereka pernah untuk pertimbangkan bahawa kita berada dalam agama dengan sama dengan mereka sebelum seruan (dakwah) ini?

 

No comments:

Post a Comment