Wednesday 13 January 2021

Soalan 602:: Terselamat dari Azab

 

السلام عليكم يا سادتي ورحمة الله وبركاته .

بسم الله الرحمن الرحيم .. الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد الخلق

محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

 Saya melihat selepas subuh semalam (13 - 02 – 2010) seolah-olah saya berada di sebuah perhimpunan untuk memberitahu mereka tentang azab siksaan, dan saya memberitahu mereka: Utusan yang diutus oleh Imam Al-Mahdi (as) dan sesiapa yang kufur (ingkar) dengan dakwahnya adalah penyebab azab ilahi, dan masyarakat dalam perhimpunan itu adalah mereka yang tidak saya kenal, dan mereka mempunyai rumah yang berdekatan antara satu sama lain, Tiba-tiba datang serangga yang agak besar dan lebih besar dari ukuran telapak tangan dan serangga itu masuk ke mana sahaja di rumah dan di jalanan. Semuanya berwarna coklat gelap, jadi saya katakan kepada orang ramai: Azabnya ini telah datang, kerana serangga ini wujud tidak lama sebelum azab .. Azab Siksaan telah turun dan semua binatang mereka masuk ke dalam rumah, dimana serangga itu masuk dengan cara yang mengerikan, dan di antara apa yang saya lihat ada seekor lembu yang saya elakkan dari dirempuhnya, dan sementara itu saya cuba melarikan diri ke rumah sebelah, dan melihat, semua haiwan ini telah memenuhi semua sudut dari semua tempat. Maka saya cuba melarikan diri dari tempat itu ke tempat yang saya tidak tahu apa tempat itu di fikiran saya, dan saya melihat sebuah kereta (Teksi) di jalan umum dan terdetik di hati saya bahawa tidak ada yang dapat menerima dan akan mengusir saya, tetapi salah seorang dari mereka bersetuju pada kali pertama saya bertanya kepadanya, dan sebelum saya menumpanginya, saya pergi ke kedai runcit yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran, lalu saya membeli sesuatu yang saya tidak ingat dan bercakap dengan orang di jalanan mengenai azab itu sehingga saya menaiki bersama pemandu dan meninggalkan tempat itu dan puji-pujian hanya untuk Allah sahaja.

Apakah tafsiran rukya ini Saidi Qaim Aali Muhammad (S)?

 

Pengirim: Ziyad Al-Juburi – Finland

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan. Rukya anda menjanjikan khabar gembira untuk anda, insya Allah, anda akan menjadi salah seorang yang selamat dari azab Allah SWT di dunia ini, dan saya mohon kepada Allah agar anda bersama Muhammad dan keluarga Muhammad di dunia dan akhirat.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

No comments:

Post a Comment