Wednesday 6 January 2021

Soalan 623: Seseorang - melihat Iblis (la) masukkan tangannya ke dada dan mengeluarkannya dari hadapan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلِّ على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

 

Saidi wa Maulai,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Saya adalah salah seorang ansar dan pengikut tuan, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya. Ya Maulai, tuan adalah cahaya Allah di bumiNya, salah satu teras cahaya, dan kata-kata tuan adalah cahaya. Saya inginkan kata-kata dari tuan untuk menenangkan hati saya dan menerangi jalan saya, insya Allah.

 

Soalan kedua saya: Saya melihat dalam alam rukya sebelum saya menerima seruan dakwah tuan, ketika saya sedang berbaring di tempat tidur di lambung kanan saya, tiba-tiba saya merasakan bahawa Iblis (la) berdiri di belakang saya, tetapi saya tidak dapat melihatnya, dia memasukkan tangannya di dada saya dari belakang dan mengeluarkannya dari hadapan. Dengan cara itu saya dapat rasakan tangannya yang terkutuk, ada kertas di tangannya dan menyuruh saya membaca kertas itu, saya menolak dengan kuat, tetapi dia menekan saya dengan lebih kuat dan memerintahkan saya berulang-ulang kali, dan setiap kali saya enggan membaca kertas itu dan kemudian saya mula membaca ayat-ayat dari Al-Quran Al-Karim. tiba-tiba dia mengeluarkan tangannya dan semua ini hilang.

Saya tidak melihat wajahnya. Tuan, tolonglah jelaskan rukya ini kepada saya?

 

Maulai, saya pinta agar tuan doakan keteguhan hati saya dan keturunan saya terhadap agama Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana yang mereka redhai. Tolonglah, saya inginkan jawapan dari Imam (as).

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

.

Pengirim: Nasirah (Pendokong) Aali Muhammad - UAE

 

Jawapannya:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

 

Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan untuk semua kebaikan. Rukyanya jelas dan bahawa Iblis yang dihina Allah berusaha menjauhkan anda dari kebenaran dan mencegah anda mengikuti kebenaran, bukan hanya dengan bisikan tetapi dengan pasukannya dari manusia mereka yang dihinakan Allah, orang-orang yang membawa kesesatan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari dakwah. kebenaran dengan syubhah dan keraguan kebatilan. Tetapi anda telah membacakan kebenaran dan ilmu tentang kebenaran, yang merupakan ilmu dalam dakwah ini dan wasiat Rasulullah (S), dan Allah telah memperlihatkan anda dalam rukya bahawa itu adalah Qur'an (bacaan), iaitu seumpama Al-Qur'an, yang bermaksud bahawa ia adalah petunjuk bagi anda dan benteng yang melindungi anda dari Iblis dan tenteranya dari manusia dan jin dan yang serupa dengan mereka. Semoga Allah menjayakan anda dan membimbing anda.

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H.

 

No comments:

Post a Comment