Tuesday 12 January 2021

 Soalan 606: wayar elektrik memercikkan cahaya

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

 Saya melihat dalam tidur saya bahawa ada sebuah koridor, dan koridor ini dikelilingi oleh dua sisi, dan setiap sisi menyerupai dinding dalam bentuk lorong, dan di setiap sisi (dinding) ada wayar elektrik yang banyak memercikkan cahaya dan menakutkan. Di sana ada seorang lelaki tinggi membawa dompet di tangan kanannya, brtusia di antara 39, 40 atau 41 tahun, saya mengatakan dalam mimpi saya bahawa dia adalah Ahmad Al-Hassan (as), dan dia memegang tangan saya dan berkata kepada saya: Pergi dari sini, dengan maksud ditunjukkan jalan yang betul dan menjauhkan diri dari percikan cahaya itu, dan semasa saya pergi melaluinya, saya dapati bekas orang yang melewatinya tanpa mengalamai kecederaan dari percikan cahaya itu, dan setelah itu saya pun terjaga.

 Ya Allah, tolonglah wali Engkau Ahmad Al-Hassan (as), dan tempatkan dia di bumi dan sokonglah para ansarnya, Wahai Yang Maha Penyayang dari segala penyayang.

 

Penghantar: Ahmad – Maghribi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Rukya anda adalah khabar gembira pada anda dari Allah SWT dengan hasil yang baik, insya Allah, dan pengukuhan dari-Nya SWT kepada anda, dan menerangkan bahawa anda berada di atas kebenaran dan di jalan yang lurus, Maka saya memuji Allah SWT bahawa anda mendapat kurniaan yang besar ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

No comments:

Post a Comment