Sunday 10 January 2021

 

Soalan 492: Khomeini ketika dia meminta bantuan pada Al-Zahraa’

 

Saya dan seorang kawan lama saya berjalan dan kami memasuki tempat di mana kami melihat Imam Khomeini duduk di atas timbunan daging lembu, mengaisnya dan menangis serta meminta pertolongan dengan Al-Zahraa’ dan menaburkan tepung gandum (bulgur) ke atas daging. Oleh itu, saya duduk menghadap imam dan mulai melakukan perkara yang sama, mengais daging dan menaburkan tepung gandum (bulgur) ke atasnya, menangis, dan meminta pertolongan dengan Al-Zahraa’. Saya menunjukkan kepada rakan saya untuk pergi bersama saya, tetapi dia tidak melakukannya. jadi Imam Khomeini memberi saya sebiji thobah (bebola) daging dan mengatakan kepada saya: Sekiranya daging ini telah rosak, maka dia bukan imam dan daging ini tidak rosak. Dan saya mengamati bebola daging itu, dan saya amat kagum, dan saya mula menghulurkannya kepada orang ramai lalu saya memberitahu mereka: Al-Syed Ahmad adalah Al-Imam, dan saya mula mencabar mereka bahawa daging ini tidak akan rosak, lalu dia memberitahu saya: Ada di dalam karya Al-Syed Ahmad yang tidak dijumpai di seluruh dunia, tetapi saya melupakannya.

 

Penghantar: 3amili – Jerman

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan, dan saya mohon kepada Allah agar menjadikan rukya anda benar, dan melihatnya dipenuhi kebenaran dengan rahmat Allah kepada anda dan orang lain, dan sesungguhnya Allah membimbing manusia kepada kebenaran dan mengenalkan mereka kebenaran dan menjadikan mereka mengikuti kebenaran dengan limpah kurniaNya ke atas mereka akan kesucian-Nya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ahmad Al-Hassan

Safar / 1431 Hijrah

No comments:

Post a Comment