Monday, 22 April 2019

Titik Pertama: - Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 11

Titik Pertama:


Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum

Mereka yang menyangkal kesahihan rukya membahagikan rukya kepada dua bahagian: rukya para nabi, dan rukya masyarakat umum. Dan mereka tidak menafikan rukya Al-Maksum yang paling umum dan biasa, dan kemudian rukya para nabi dan washi (as) kebanyakannya adalah sebagai hujah. Ini adalah bahagian pertama. untuk bahagian kedua: rukya masyarakat umum tidak ada kesahihan pada mereka. Hujah mereka yang menjadi iktiqad adalah rukya para nabi dan rasul Allah (as) dan tidak samar rukya mereka, atau makna dan petunjuk rukya itu, ia adalah jelas pada mereka, maknanya jelas, ianya tidak diragui kepada nabi atau rasul (as), Kemudian bagi para nabi (as) syaitan (laknahu Allah) tidak dapat memasuki rukya atau mengwas-waskan mereka, tetapi bagi yang lain iaitu rukya masyarakat umum adalah sebaliknya; kerana rukya masyarakat umum dadalah kabur, tidak jelas untuk diketahui, adalah ditolak antara wahyu dari Allah atau dari diwas-waskan syaitan.

Begitulah kata-kata orang-orang yang menafikan hujah rukya, "Mereka tidak melihat sesuatu hujah bagi orang-orang yang berhujah dengan rukya masyarakat umum selain para nabi dan washi."

Di sini kita membincangkan masalah ini dari beberapa aspek untuk menyelesaikan kekeliruan ini dan semua masalah-masalah lain yang berkisar pada rukya untuk menjelaskan bentuk bagi setiap pencari kebenaran supaya mengukuhkan hujah dalam bentuk yang jelas yang tidak meninggalan alasan oleh pencari alasan:

Bukankah para nabi telah ditugaskan, dan semua orang yang ditugaskan akan menjalani ujian, dan di antara ujian-ujian itu ada persoalan rukya, sebagaimana ujian terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul Allah dalam perkara-perkara umum yang menguji mereka yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka dalam rukya, Tiada siapa yang membayangkan bahawa ujian ini jelas atau biasa didedahkan kepada para Nabi dan Rasul Allah, tetapi sebaliknya, ia sudah tentu suatu perkara yang amat sukar, Ia adalah tugasan yang sangat sukar yang bagi orang biasa tidak dapat membayangkannya serta membawanya, dan contoh yang paling jelas adalah peruhal Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) telah diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya dalam suatu rukya, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

Maka tatkala anak itu sampai (umur) berusaha sendiri, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar".." (1)
                        
---------------------
-1 Al-Shaafat 37: 102
.......

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 12

Perkara yang pelik adalah bahawa para pemikir yang menangani masalah ini melihat pengalaman pahit yang dialami oleh Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) yenteng penyembelihan anaknya hanya sebagai hasil jasih syang kebapaan yang melanda Nabi Allah Ibrahim Al-KhalilNya

Bahawa penderitaan Ibrahim Al-Khalil (as) dan betapa besar ujian ini ke atasnya, sehingga Allah menamakan ujian ini di dalam kitabnya yang agung dengan Ujian yang besar.
﴿إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. [1]

Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui sebab-sebab penderitaan ini, Ibrahim Al-Khalil kurang jelas dan kurang pasti takwil (makna) rukya itu. Tetapi Ibrahim (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan kehendak Ilahiyah. Iaitu Ibrahim Al-Khalil (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan rukya sebagai hasil dia tidak menggugurkan tugasan ilahi yang diarahkan kepadanya, bukan sebagai hasil daripada kasih sayang ibu bapa hanya seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak, Ibrahim (as) tidak melihat melainkan hanya kepada Allah SWT dan ini disebut dalam hadist Ahl Al-Bait. Ini dipanggil hari pertimbangan dengan panggilan hari Al-Tarwiyah iaitu, kerana Ibrahim (as) melihat pada hari ini untuk memastikan rukya yang diperintahkan menyembelih anak ini dari Allah Taala atau sesuatu yang dilemparkan oleh Syaitan yang direjam). [2]

Ibrahim mempertimbangkan dalam pelaksanaannya untuk memastikan perintah ilahi, dan bahawa tidak ada pintu masuk bagi Syaitan yang direjam (la) dalam rukya ini. Dan dalam rukya ini Ibrahim (as) melihat sekali lagi rukya ini, dan Allah Taala memerintahkan dia untuk menyembelih anaknya, dan kemudian Ibrahim (as) menerima pengetahuan di mana dia tahu mandat (tugas) ilahi ini lalu menamakan hari ini, sebagai hari Arafah; kerana dia tahu secara pasti tentang tugasbya melalui rukya kedua. Tanda (alamat) ini adalah nyata sebagai rahmat kepadanya dan membawa kata-kata ini kepada kita untuk melihatnya bersama:

Kerana pada malam Al-Tarwiyah (pertimbangan) Ibrahim (as): melihat dalam mimpi bahawa ia adalah hari menyembelih anaknya. Lalu menjadikannya hari pertimbangan (Al-Tarwiyah). Iaitu dia mengambil masaa untuk mempertimbangkannya, "Adakah ini dari Allah atau hanya mimpi?"
Lalu memanggilnya: Hari Al-Tarwiyah..
Dan pada malam kedua melihatnya juga, dia menjadikannya: "Hari Arafah" ...) [3]

-----------------------
1- Al-Shaafat 37:106
2- Diterangkan dalam dalam sumber-sumber sebelumnya bahawa syaitan (la) mempunyai keupayaan untuk melontar sesuatu yang tergantung di hujumg rukya seperti yang dijelaskan Al-Syed (as) kepada ansar.. Dan bahagiannya akan diterangkan pada tempatnya (rukya mengikut kefahaman Al-Quran) tafsiran perbandingan, insya Allah.
3 - Muntaha Al-Matlab  (Tha . Qaf) – Al-3alamah Al-Hiliy: J 2 hal , sebagaimana yang disebut oleh Al-Khawnsari dalam kitabnya Masyariq Al-Syumus (Tha . Qaf) J 2 ha. 453

✡✡✡✡✡
                                        
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas






No comments:

Post a Comment