Thursday 18 April 2019

Pengenalan


Pengenalan

Rasulullah (S) bersabda:


من لم يؤمن بالرؤيا الصالحة لم يؤمن باالله ولا باليوم الآخر

"Sesiapa yang tidak percaya kepada rukya yang baik, dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat" [1]

Benarlah sabda Rasulullah

-----------------
[1]- Tha3tir Al-Anam Fi Ta3bir Al-Manam – Oleh Al-Sheikh Al-Nabilasi: J 1 hal.3

اللهم صل- على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Ya Allah, apa yang Engkau kenalkan tentang kebenaran biarlah kami berpegang dengannya, dan apa yang kami kurang tentangnya. Engkau sampaikanlah kepada kami.

Semua manusia mesti mengtahui bahawa Allah SWT adalah ghaib, dan jalan kepada kepada yang ghaib adalah yang ghaib, dan jalan yang ghaib tidak dibuka dengan yang tidak ghaib. Semua yang mengenai perkara ini sangat singkat, tetapi ini adalah perkara dari awal hingga akhir, Allah Maha mengtahui dan penguasa atas perkara ini
         
Oleh itu, kita melihat para imam (as) tertumpu dan hampir dengan halaman ghaib dan mereka menegaskan dalam hadits-hadits mereka (as). Oleh itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata : “Iman yang sempurna adalah beriman dengan perkara ghaib seratus peratus, dan ia adalah iman para nabi dan rasul.” Para ansar telah mengumpul sebahagian daripada banyak rukya dalam sumber-sumber yang diterbitkan, Dan mereka menerangkan rukya yang hebat yang bersandarkan kepada Aali Muhammad (as).

Tetapi menghadap urusan Allah dan hujah auliakNya (as) dan pendukung yang ghaib, sudah tentu ada jalan kebatilan dan kesesatan, jalan Iblis (laknahu Allah) dan tentera Iblis (la). Jalan mereka adalah jalan sebaliknya dan yang menyangkal jalan yang ghaib.

Jika tidak, dunia tidak akan menjadi tempat ujian dan percubaan;. Dan untuk manusia diterangkan jalan yang memudahkannya. Adakah ia jalan yang dibawa oleh keluarga Muhammad atau tidak. Dan untuk mengetahui jalan yang bertentangan dengan keluarga Muhammad adalah jalan Iblis (la) dan apa saja pakaian yang dibungkus dengan cara ini atau itu.

Jika kita dapati ada orang-orang mendukung keluarga Muhammad atas hujah daripada hujah-hujah Allah SWT, kita dapati ada orang-orang yang menentang keluarga Muhammad dan menolak hujah-hujah ini, bahkan orang-orang yang memutuskan untuk mengkafirinya, dan dari para hujah ini kita mengkaji semula kuasa rukya pada hari ini, Maka keluarga Muhammad menekankan kuasanya sebagaimana yang akan dibawakan, Insya-Allah, ini adalah orang-orang yang menentang atas hujah ini, Mereka tidak henti-henti mencari jalan keluar untuk menafikan hujah para wali Allah dan menyesatkan manusia darinya.

Jika Allah memaksa manusia untuk berbuat baik dan tidak menguji mereka akan membatalkan ganjaran dan hukuman, dan ini adalah jelas kepada orang-orang yang mengikuti sejarah dan hadits Ahl Al-Bait, dan contoh paling mudah dalam perkara ini ialah persoalan pengkhianatan yang Allah telah timpakan kepada Bani Israel apabila mereka mematuhi Al-Samiri.


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 8


Diriwayatkan di dalam hadits dari Imam Al-Baqir (as) ...): Lalu Allah mewahyukan kepada Musa (as): Aku telah hancurkan menjadi serpihan kaummu selepas kamu pergi mereka disesatkan Samiri dan telah menyembah patung anak lembu (Al-3ijl) yang bersuara .Lalu Musa (as) berkata: Ya Allah, anak lembu dari Samiri, yang bersuara dari siapa? Dia berfirman: DariKu Wahai Musa, apabila Kulihat mereka telah berpaling dariKu kepada patung anak lembu Aku suka tambahkan kepada mereka cubaan.) [1].

Begitu juga sebagaimana penghulu para rasul bersabda: Berhati-hati kamu dengan alasan (jidal) orang-orang yang berfatwa, kerena semua orang-orang yang berfatwa melemparkan hujahnya sehingga tamat tempohnya, apabila tamat tempohnya akan dibakar fitnahnya dengan api neraka). [2].

Diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (as) juga kandungannya mengatakan ini : Berhati-hati kamu dengan alasan (jidal) orang-orang yang berfatwa, kerena semua orang-orang yang berfatwa melemparkan hujahnya sehingga tamat tempohnya, apabila tamat tempohnya pekerjaan dan dosa-dosanya akan membakarnya.).[3].

Ya, maka Allah SWT tidak menutup jalan kesesatan dalam bentuk membataskan kemahuan kepada kebatilan. Jika tidak, kehidupan ini tidak akan menjadi tempat ujian. dan tidak akan menjadi tempat cubaan jika Allah tutup semua pintu kesesatan daripada kemahuan kepada kebatilan, Untuk menjadi seorang manusia itu terpaksa berjalan dengan jalan bimbingan (hidayah).

Dengan itu mestilah wujud para hujah secara zahir yang melapisi hujjah orang-orang batil untuk menyesatkan manusia dan diuji dengan para hujah ini,
Sesiapa yang mengetahui hujah orang-orang batil mempelajari jalannya tidak akan jatuh ke dalam fitnah; kerana dia tahu kebatilan dan kepalsuan menyeru kepada yang batil, yang menyerupai kebenaran. Yang mengambil contoh rencana iblis (la) yang diberikan sebagai alasan. Tetapi iblis (la) tidak mengatakan bahawa dia mendurhakai Allah, tetapi dia mengatakan sebagaimana yang Allah kisahkan :

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ 

Allah berfirman sebagai penolakan atas keingkarannya, "Apakah yang membuatmu tidak sujud kepadanya, padahal Kami telah memerintahmu untuk itu?" Iblîs menjawab, "Aku lebih baik daripada Adam. Sebab Engkau telah menciptakanku dari api sedangkan dia dari tanah.".[4].


✡✡✡✡✡

Selepas pengenalan ini, kita beralih kepada sisi pandangan hujah-hujah orang-orang yang menentang wahyu Allah Al-Adzim rukya.

Kita dapati;kata-kata mereka telah dihadkan kepada lebih kurang lima perkara, iaitu:

-----------------------
1- Tafsir Al-Qumi: J 2 hal.62
2- Wasail Al-Syi3a Aalu Al-Bait(: J 12 hal.198
3- Misykat Al-Anwar: hal.434
4- Al-A3raf 7:12


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 9


Dalam memperkatakan rukya ia ada dua tahap: Tahap pertama (rukya Para Nabi). Dan tahap kedua (rukya orang awam). Dan memperkatakan hujah pada tahap pertama bukan pada tahap kedua, ia ditolak dan tidak terpakai di atas bumi dan tidak diambil kira.

Rukya Al-Maksum (as) adalah terhad krsahihannya kepada mereka yang mengenal tokoh Al-Maksum dalam kehidupan ini, iaitu dia tahu secara terperinci sifat jasmaninya untuk mengenalinya dia dalam rukya dan jika tidak ia bukan dianggap hujah.

Rukya kadang-kadang tidak terpakai kepada kebanyakan kenyataannya di bumi, Oleh itu, ia bukan satu hujah kerana kekurangan kebenarannya dalam banyak kes.

Agama Allah memuliakan sesiapa yang mengambilnya dari mmpi, seperti yang diriwayatkan dari Aali Al-Bait Al-Mustafa (S), jadi rukya ini bukan hujah dinashkan Ahl Al-Bait

Rukya adalah hujah terhadap pemiliknya, dan tidak boleh dijadikan hujjah kepada manusia pada bentuk umumnya, kerana itu adalah hujah oeribadi dan khusus untuknya sendiri bukan untuk orang lain kerana dia yang melihatnya bukan orang lain sendiri.


✡✡✡✡✡
                                        

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



No comments:

Post a Comment