Monday 29 April 2019

Titik Kedua: Pra-pengenalan kepada Al-Maksum


Titik Kedua:

Pra-pengenalan kepada Al-Maksum

Daripada hujah-hujah yang mengatakan rukya tidak mempunyai hujah yang kuat sama sekali, mereka berkata bahawa hujah ini terhad kepada rukya Al-Maksum (as), jika seseorang mengenal Al-Maksum dan melihat dalam kehidupan nyata ini lalu mengenal sifat-sifat jasadnya Sehingga tidak mungkin dia yang melihat rukya dalam tidurnya bukan Al-Maksum. Dan mereka berkata bahawa hadits Rasulullah (S): (Sesiapa yang melihatku telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku.) Hadits tersebut adalah sahih dan tanpa debu (kedustaan) di atasnya, syaitan tidak akan menyerupai dan tidak boleh menyerupai rupa Rasulullah (S) atau washi-washi baginda, tetapi soalan yang kekal pada mereka adalah: Siapa yang mengatakan bahawa orang yang dilihatnya itu adalah bentuk rupa Rasulullah (S)? Padahal hadits mengatakan: (Sesiapa yang melihatku) Maka jika kamu tidak kenal rupa bentuk Rasulullah (S) tidak kenal sama ada yang datang kepada kamu adalah Rasulullah (S) atau diilhamkan oleh syaitan – Semoga dilindungi Allah SWT. Jadi tidak ada hujah dalam rukya tentang kemungkinan masuknya bisikan syaitan yang direjam.

Sebenarnya kekeliruan ini adalah satu kekeliruan yang paling lemah yang telah dituturkan dalam ruangan ini, jawapannya dibuat dalam pelbagai matlamat, tetapi sebelum diberikan jawapan yang adil tanyalah diri kita sendiri mengapa orang-orang ini berlindung dengan kemusykilan ini selepas mereka dikelilingi oleh hadits-hadits yang menyatakan nash benarnya rukya pada Al-Maksum (as) dan tidak ketinggalan kenyataannya?! Mengapa mereka berlindung menggunakan masalah yang mendatar seperti ini?

Secara umumnya biarlah kita tinggalkan soalan ini dan yang selainnya untuk pembaca yang arif beralih kepada jawapan kepada kekeliruan dan memperbetulkannya dalam beberapa peringkat:

Kemuliaan yang diperolehi oleh Rasulullah (S) dan Ahl Al-Bait baginda tidak datang dari bentuk dan pandangan jasmani luaran, tetapi kemuliaan ruhiyah qudus lagi mulia mereka, tidak ada pintu masuk pada bentuk kebendaan sebagaimana Allah SWT tidak melihat kepada alam jisim-jisim kebendaan ini, malah diriwayatkan dari Rasulullah (S): Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluq yang lebih djbenciNya dari dunia, dan sesungguhnya Dia tidak melihatnya sejak diciptakan lagi.[1]


----------------------
1 – Jami3 Al-Sa3adat: J 2 hal 19

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 24

Hadis yang mulia berteriak di telinga semua orang, yang mengatakan: Wahai Aba Zhar, Allah TWT tidak melihat bentuk rupa dan harta kalian, tetapi Dia melihat hati dan amalan kalian.[1]

Kemuliaan bukan pada jasad yang sementara yang akan binasa tetapi pada ruh, dan sesiapa yang membantah kekeliruan ini dengan mengatakan kemuliaan pada jasad atas ruh sesuai dengan kekudusan jasad; kerana dia tidak menyekat usaha Syaitan yang terkutuk, bahlan dia adalah orang yang menyekat usaha menamakan ruh dan meminta ampun kepada Allah dari hal yang demikian.

Memasuki alam Malakut (iaitu alam rukya) terjadi pada ruh-ruh bukan pada jasad-jasad sebagaimana yang dibayangkan sebahagiannya. Alam Malakut berbeza daripada alam dunia dunia kebendaan yang tiada bahan benda di dalamnya dan huraian bagi mengatakannya ada di dalam kitab rahsia Imam Mahdi (as) (Al-Mutasyabihat) dan (Sesuatu Dari Tafsir Surah Fatehah).

Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan dengan Aali Muhammad (as) dan ajaran mereka (as); kerana nash (teks) yang jelas dari Aali Al-Bayt (as) datang daripada apa yang mereka lihat pada rukya dengan bentuk yang berbeza, mereka melihat dalam semua bentuk seperti yang dilriwayatkan dari Rasulullah (S): Sesiapa yang melihat ku dalam dalam tidur Dia telah melihatku, Aku melihat dalam semua bentuk rupa. [2]

Berikut ini adalah kekeliruan yang tidak benar sama sekali kerana sebab yang mudah iaitu rukya benar orang kafir digunakan di atas muka bumi seperti rukya Firaun Mesir, dan rukya benar orang yang mahukan kebenaran walaupun jika ia tidak mengikuti sepertimana penglihatan rukya orang-orang yang berwilayahkan Imam-imam (as) sebelum memasuki wilayah ilahiyah, dan dari jutaan rukya yang dilihat oleh para pengikut mazhab Imamiyah.

Rukya bagi yang bukan ma'sum adalah sah dan terpakai di atas muka bumi dan rukya bagi Al-Ma'sum lebih utama dan terpakai, dan ia begitu jelas sekali. penglihatan orang-orang yang taksub (fanatik) dengan mazhab Ahl Al-Bayt bagi rukya yang dilihatnya pada para Imam (as), Seperti yang dinyatakan oleh Bazrag Al-Tehrani dalam ensiklopedia beliau Al-Zhari3ah: katanya Aku mendengar dari para ulama Syiah fatwa mereka dan pengetahuan mereka di Lahore pada Al-Maula Muhammad Maksum, Al-Maula Muhammad Mukmin dan Al -Maula Ibrahim yang fanatik dalam Tasyaiyu3 (Syiah), beliau berkata dalam bentuk ketaksubannya: dia melihat imam-imam dalam mimpi menyuruhnya memeluk Islam dan mengikuti dua belas imam-imam Ahl Al-Bayt (as)... [3]


-----------------------
1 - Al-Amali – oleh Al-Syeikh Al-Thusi: hal 536
2 - Bihar Al-Anwar: J 85 hal,235
3 - Al-Zhari3ah, J 8, hal 49


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 25

Berikut ini adalah kekeliruan yang dikira pada sisi yang lain pula, ia adalah menentang Aali Muhammad (as); kerana Imam Al-Shadiq berkata sesiapa yang ingin melihat Rasulullah (S), hendaklah ia berbuat demikian dan demikian, adalah diketahui bahawa ia tidak berlaku pada zaman Imam Al-Shadiq seseorang melihat Rasulullah atau melihat bentuk rupanyanya (S). Dengan demikian, Imam mengarahkan manusia untuk bertemu Rasulullah dengan rukya.

Dari Abi Abdillah (as), dia berkata: Sesiapa yang ingin melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya hemdaklah solat 'Isya' yang akhir, mandi sehingga bersih dan solat empat rakaat dengan empat ratus kali ayat Al-Kursiy, berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad (3alaihi wa 3alaihimu Al-Salam) seribu kali dan mengenakan pakaian yang bersih, serta tidak menghimpunkan yang halal dengan haram, dan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya, dan bertasbih seratus kali,
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله
Subhan Allah Wal-Hamdu Lillah Wala Ilaha Iil Allah Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwata Illa Billahi,
dan baca seratus kali:
ما شاء الله
Ma Sya Allah,
Maka ia akan melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya. [1]

Dan juga dari Al-Shadiq (as) bahawa dia berkata: Bahawa sesiapa yang menjadi ketagih membaca Surah Al-Muzzammil akan melihat Nabi (S) dan meminta kepadanya apa yang dinginkan, Allah akan memberikan semua kebaikan yang dia inginkan. [2]

Dan dari beliau (as): Sesiapa yang membaca Surah Al-Qadr selepas solat Zawal sebelum solat Dzohor dua puluh satu kali tidak akan mati sehingga melihat Nabi (S). [3].

Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan dengan apa yang diikuti oleh pengikut mazhab Imamiyah, Para fuqaha’ Syiah mengarahkan bahawa rukya para Imam (as) adalah benar dan syaitan tidak berpakaian seperti mereka dan pembaca boleh merujuk semula kitab-kitab mengenainya, di antaranya Jawahir Al-Kalam Al-Syeikh Al-Jawahiri Fi Al-Aghsal, mengatakan: : Yang menyatakan mustahab ghusl untuk rukya salah seorang daripada mereka di dalam mimpi, sebagaimana khabar Abi Al-Mi3za dari Musa ibn Ja’far (as) meriwayatkan dari kitab Al-Ikhtishash oleh Al-Mufid, beliau berkata: "Barangsiapa yang berhajat kepada Allah dan mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah ia mandi (ghusl) tiga malam akan selamat dengan kami, maka dia akan melihat kami dan akan diampunkan dosanya melalui kami ". Al-Hadits [4]


------------------------
1 - Bihar Al-Anwar: J 73 hal 214,
2 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 330,
3 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 331
4 - Jawahir Al-Kalam: J 5 hal 46


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 26


Dan di antaranya yang dibawa oleh Al-Syeikh Al-Ansari dalam Kitab Al-Thaharah (Tha.Qaf): (di antaranya mandi (ghusl) bagi mereka yang mahu melihat salah seorang imam dalam tidur, dari Al-Mufid dalam kitab Al-Ikhtishash dari Abi Al-Mi3za dari Al-Kadzim (as): " Barangsiapa yang berhajat kepada Allah, mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah ia mandi (ghusl) tiga malam, dia akan selamat dengan kami, maka dia akan melihat kami dan akan diampunkan dosanya melalui kami." [1]

Penerimaan yang buruk datang dari dua sudut: sama ada dari bacaan yang tidak lengkap iaitu kurang faham, atau dari sudut salah membaca iaitu tujuan yang salah. Dan boleh diangkat kedua-dua sisi kembali kepada hadits yang mulia untuk mengetahui kebenaran kalimatnya atau ia bertentangan dengan kenyataan, Maka hadits dari Rasulullah (S) mengatakan: Sesiapa yang melihatku dalam mimpi telah melihat aku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian dari nubuwah [2]

Di sini Rasulullah (S) mencampurkan antara rukya pada baginda dan rukya pada aushiak baginda sekali gus. Maka hadits itu merangkumi lafaz secara umum dan juga menggabungkan Syiah mereka, dan tidak boleh menggambarkan gabungan mereka (as) pada satu masa dalam mengenal gambaran secara jasad untuk menggunakan hadits itu seperti yang dikehendki orang yang keliru dalam membayangkannya, sebagaimana tidak mungkin kita membahagi-bahagi hadits itu untuk digunakan pada hari ini dengan bahagian pertama, kedua dan kemudian ketiga dan sebagainya, tetapi yang jelas hadits itu menyeluruh untuk setiap zaman dan yang tidak dikehendaki untuk memahami pendapat ini secara jelas malah ia yang menunjukkan kepalsuan dirinya sendiri setidak-tidaknya.

Pada yang lain tidak perlu kami sebutkan. Ia bebas dengan petunjuk untuk memberi pemahaman.


----------------------------
1 - Kitab Al-Thaharah – olej Al-Syeikh Al-Ansari J 2 hal 333
2 - Man La Yahdhuruh Al-Faqih - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal ,585


✡✡✡✡✡
                                               
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas





No comments:

Post a Comment