Titik Kedua:
Pra-pengenalan kepada Al-Maksum
Daripada hujah-hujah yang mengatakan rukya tidak
mempunyai hujah yang kuat sama sekali, mereka berkata bahawa hujah ini terhad
kepada rukya Al-Maksum (as), jika seseorang mengenal Al-Maksum dan melihat
dalam kehidupan nyata ini lalu mengenal sifat-sifat jasadnya Sehingga tidak
mungkin dia yang melihat rukya dalam tidurnya bukan Al-Maksum. Dan mereka
berkata bahawa hadits Rasulullah (S): (Sesiapa yang melihatku telah melihatku,
kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku.) Hadits tersebut adalah sahih dan tanpa
debu (kedustaan) di atasnya, syaitan tidak akan menyerupai dan tidak boleh menyerupai
rupa Rasulullah (S) atau washi-washi baginda, tetapi soalan yang kekal pada
mereka adalah: Siapa yang mengatakan bahawa orang yang dilihatnya itu adalah
bentuk rupa Rasulullah (S)? Padahal hadits mengatakan: (Sesiapa yang melihatku)
Maka jika kamu tidak kenal rupa bentuk Rasulullah (S) tidak kenal sama ada yang
datang kepada kamu adalah Rasulullah (S) atau diilhamkan oleh syaitan – Semoga
dilindungi Allah SWT. Jadi tidak ada hujah dalam rukya tentang kemungkinan masuknya
bisikan syaitan yang direjam.
Sebenarnya kekeliruan ini adalah satu kekeliruan
yang paling lemah yang telah dituturkan dalam ruangan ini, jawapannya dibuat dalam
pelbagai matlamat, tetapi sebelum diberikan jawapan yang adil tanyalah diri kita
sendiri mengapa orang-orang ini berlindung dengan kemusykilan ini selepas
mereka dikelilingi oleh hadits-hadits yang menyatakan nash benarnya rukya pada
Al-Maksum (as) dan tidak ketinggalan kenyataannya?! Mengapa mereka berlindung menggunakan
masalah yang mendatar seperti ini?
Secara umumnya biarlah kita tinggalkan
soalan ini dan yang selainnya untuk pembaca yang arif beralih kepada jawapan
kepada kekeliruan dan memperbetulkannya dalam beberapa peringkat:
Kemuliaan yang diperolehi oleh Rasulullah (S)
dan Ahl Al-Bait baginda tidak datang dari bentuk dan pandangan jasmani luaran,
tetapi kemuliaan ruhiyah qudus lagi mulia mereka, tidak ada pintu masuk pada
bentuk kebendaan sebagaimana Allah SWT tidak melihat kepada alam jisim-jisim
kebendaan ini, malah diriwayatkan dari Rasulullah (S): Sesungguhnya Allah tidak
menciptakan makhluq yang lebih djbenciNya dari dunia, dan sesungguhnya Dia tidak
melihatnya sejak diciptakan lagi.[1]
----------------------
1 – Jami3 Al-Sa3adat: J 2 hal 19
...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 24
Hadis yang mulia berteriak di telinga semua
orang, yang mengatakan: Wahai Aba Zhar, Allah TWT tidak melihat bentuk rupa dan
harta kalian, tetapi Dia melihat hati dan amalan kalian.[1]
Kemuliaan bukan pada jasad yang sementara yang
akan binasa tetapi pada ruh, dan sesiapa yang membantah kekeliruan ini dengan mengatakan
kemuliaan pada jasad atas ruh sesuai dengan kekudusan jasad; kerana dia tidak menyekat
usaha Syaitan yang terkutuk, bahlan dia adalah orang yang menyekat usaha menamakan
ruh dan meminta ampun kepada Allah dari hal yang demikian.
Memasuki alam Malakut (iaitu alam rukya) terjadi
pada ruh-ruh bukan pada jasad-jasad sebagaimana yang dibayangkan sebahagiannya.
Alam Malakut berbeza daripada alam dunia dunia kebendaan yang tiada bahan benda
di dalamnya dan huraian bagi mengatakannya ada di dalam kitab rahsia Imam Mahdi
(as) (Al-Mutasyabihat)
dan (Sesuatu
Dari Tafsir Surah Fatehah).
Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan
dengan Aali Muhammad (as) dan ajaran mereka (as); kerana nash (teks) yang jelas
dari Aali Al-Bayt (as) datang daripada apa yang mereka lihat pada rukya dengan bentuk
yang berbeza, mereka melihat dalam semua bentuk seperti yang dilriwayatkan dari
Rasulullah (S): Sesiapa yang melihat ku dalam dalam tidur Dia telah melihatku, Aku
melihat dalam semua bentuk rupa. [2]
Berikut ini adalah kekeliruan yang tidak
benar sama sekali kerana sebab yang mudah iaitu rukya benar orang kafir digunakan
di atas muka bumi seperti rukya Firaun Mesir, dan rukya benar orang yang mahukan
kebenaran walaupun jika ia tidak mengikuti sepertimana penglihatan rukya orang-orang
yang berwilayahkan Imam-imam (as) sebelum memasuki wilayah ilahiyah, dan dari
jutaan rukya yang dilihat oleh para pengikut mazhab Imamiyah.
Rukya bagi yang bukan ma'sum adalah sah dan
terpakai di atas muka bumi dan rukya bagi Al-Ma'sum lebih utama dan terpakai,
dan ia begitu jelas sekali. penglihatan orang-orang yang taksub (fanatik) dengan
mazhab Ahl Al-Bayt bagi rukya yang dilihatnya pada para Imam (as), Seperti yang
dinyatakan oleh Bazrag Al-Tehrani dalam ensiklopedia beliau Al-Zhari3ah: katanya
Aku mendengar dari para ulama Syiah fatwa mereka dan pengetahuan mereka di
Lahore pada Al-Maula Muhammad Maksum, Al-Maula Muhammad Mukmin dan Al -Maula
Ibrahim yang fanatik dalam Tasyaiyu3 (Syiah), beliau berkata dalam bentuk
ketaksubannya: dia melihat imam-imam dalam mimpi menyuruhnya memeluk Islam dan
mengikuti dua belas imam-imam Ahl Al-Bayt (as)... [3]
-----------------------
1 - Al-Amali – oleh Al-Syeikh Al-Thusi: hal
536
2 - Bihar Al-Anwar: J 85 hal,235
3 - Al-Zhari3ah, J 8, hal 49
...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 25
Berikut ini adalah kekeliruan yang dikira pada
sisi yang lain pula, ia adalah menentang Aali Muhammad (as); kerana Imam Al-Shadiq
berkata sesiapa yang ingin melihat Rasulullah (S), hendaklah ia berbuat
demikian dan demikian, adalah diketahui bahawa ia tidak berlaku pada zaman Imam
Al-Shadiq seseorang melihat Rasulullah atau melihat bentuk rupanyanya (S). Dengan
demikian, Imam mengarahkan manusia untuk bertemu Rasulullah dengan rukya.
Dari Abi Abdillah (as), dia berkata: Sesiapa
yang ingin melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya hemdaklah solat 'Isya' yang
akhir, mandi sehingga bersih dan solat empat rakaat dengan empat ratus kali ayat Al-Kursiy,
berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad (3alaihi wa 3alaihimu Al-Salam) seribu
kali dan mengenakan pakaian yang bersih, serta tidak menghimpunkan yang halal dengan
haram, dan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya, dan bertasbih seratus
kali,
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله
Subhan Allah Wal-Hamdu Lillah Wala Ilaha
Iil Allah Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwata Illa Billahi,
dan baca seratus kali:
ما شاء الله
Ma Sya Allah,
Maka ia akan melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya.
[1]
Dan juga dari Al-Shadiq (as) bahawa dia
berkata: Bahawa sesiapa yang menjadi ketagih membaca Surah Al-Muzzammil akan melihat
Nabi (S) dan meminta kepadanya apa yang dinginkan, Allah akan memberikan semua kebaikan
yang dia inginkan. [2]
Dan dari beliau (as): Sesiapa yang membaca Surah
Al-Qadr selepas solat Zawal sebelum solat Dzohor dua puluh satu kali tidak akan
mati sehingga melihat Nabi (S). [3].
Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan
dengan apa yang diikuti oleh pengikut mazhab Imamiyah, Para fuqaha’ Syiah mengarahkan
bahawa rukya para Imam (as) adalah benar dan syaitan tidak berpakaian seperti mereka
dan pembaca boleh merujuk semula kitab-kitab mengenainya, di antaranya Jawahir
Al-Kalam Al-Syeikh Al-Jawahiri Fi Al-Aghsal, mengatakan: : Yang menyatakan
mustahab ghusl untuk rukya salah seorang daripada mereka di dalam mimpi,
sebagaimana khabar Abi Al-Mi3za dari Musa ibn Ja’far (as) meriwayatkan dari kitab
Al-Ikhtishash oleh Al-Mufid, beliau berkata: "Barangsiapa yang berhajat
kepada Allah dan mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah ia
mandi (ghusl) tiga malam akan selamat dengan kami, maka dia akan melihat kami dan
akan diampunkan dosanya melalui kami ". Al-Hadits [4]
------------------------
1 - Bihar Al-Anwar: J 73 hal 214,
2 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 330,
3 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 331
4 - Jawahir Al-Kalam: J 5 hal 46
...
Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 26
Dan di antaranya yang dibawa oleh Al-Syeikh
Al-Ansari dalam Kitab Al-Thaharah (Tha.Qaf): (di antaranya mandi (ghusl) bagi
mereka yang mahu melihat salah seorang imam dalam tidur, dari Al-Mufid dalam kitab
Al-Ikhtishash dari Abi Al-Mi3za dari Al-Kadzim (as): " Barangsiapa yang
berhajat kepada Allah, mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah
ia mandi (ghusl) tiga malam, dia akan selamat dengan kami, maka dia akan
melihat kami dan akan diampunkan dosanya melalui kami." [1]
Penerimaan yang buruk datang dari dua sudut:
sama ada dari bacaan yang tidak lengkap iaitu kurang faham, atau dari sudut
salah membaca iaitu tujuan yang salah. Dan boleh diangkat kedua-dua sisi
kembali kepada hadits yang mulia untuk mengetahui kebenaran kalimatnya atau ia
bertentangan dengan kenyataan, Maka hadits dari Rasulullah (S) mengatakan:
Sesiapa yang melihatku dalam mimpi telah melihat aku, kerana syaitan tidak
mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan
tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar
adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian dari nubuwah [2]
Di sini Rasulullah (S) mencampurkan antara rukya
pada baginda dan rukya pada aushiak baginda sekali gus. Maka hadits itu
merangkumi lafaz secara umum dan juga menggabungkan Syiah mereka, dan tidak
boleh menggambarkan gabungan mereka (as) pada satu masa dalam mengenal gambaran
secara jasad untuk menggunakan hadits itu seperti yang dikehendki orang yang keliru
dalam membayangkannya, sebagaimana tidak mungkin kita membahagi-bahagi hadits itu
untuk digunakan pada hari ini dengan bahagian pertama, kedua dan kemudian
ketiga dan sebagainya, tetapi yang jelas hadits itu menyeluruh untuk setiap zaman
dan yang tidak dikehendaki untuk memahami pendapat ini secara jelas malah ia yang
menunjukkan kepalsuan dirinya sendiri setidak-tidaknya.
Pada yang lain tidak perlu kami sebutkan. Ia
bebas dengan petunjuk untuk memberi pemahaman.
----------------------------
1 - Kitab Al-Thaharah – olej Al-Syeikh Al-Ansari
J 2 hal 333
2 - Man La Yahdhuruh Al-Faqih - oleh -
Al-Shaduq: J 2 hal ,585
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment