Rukya Yang Benar (Rukya Al-Shadiqah)
Dan kata-kata mereka (as) dalam menentukan
masa rukya yang benar (Rukya Al-Shadiqah) yang sempurna bagi semua yang melihat
rukya-rukya, yang merangkumi semua mereka yang melihat suatu rukya pada masa tersebut,
tanpa pengecualian, Ia tidak berkaitan dengan para maksum sahaja, dan dari hadits-hadits
yang berikut ini:
Hadits diriwayatkan dari Imam Ja’far bin Muhammad
Al-Shadiq (as) ia adalah sebuah hadits yang panjang mengenai pembunuhan Imam Al-Hussein
(as) sehingga sampai Imam (as) berkata, (Kemudian dia berjalan hingga sampai ke
Al-‘Azhib, Maka dia berkata, ia tidur di siang hari, dan kemudian dia bangun
dari tidurnya sambil menangis, lalu anaknya berkata kepadanya: Mengapa engkau
menangis, wahai ayah? Dia berkata: "Wahai anakku, inilah saatnya rukya tiada
kedustaan.") [1]
Dan dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Rasulullah
(S), baginda bersabda: rukya yang benar adalah pada waktu sahur. [2]
Dari Imam Al-Shadiq (as): Cepatkanlah mentakwil
rukya tidur di
siang hari [3]
Dari Abi Bashir katanya: Aku berkata kepada
Aba Abdillah Al-Shadiq (as): Semoga aku menjadi tebusanmu, rukya `yang benar
dan palsu keduanya keluar dari satu kedudukan? Beliau berkata: Kemu benar, Bagi
yang palsu ada perbezaannya kerana seseorang melihat pada awal malam yang dilontar
oleh kuasa jahat (fasiq), ia adalah sesuatu yang mengkhayalkan manusia dan ada kepalsuan
yang salah, tidak ada kebaikan padanya. Adapun yang benar apabila dia melihatnya
selepas dua pertiga malam dengan kehadiran malaikat dan ia sebelum sahur maka
ianya (rukya) yang benar, tidak salah Insyaallah, melainkan ketika kamu tidak
suci (berjunub) - atau tidur dalam keadaan tidak suci, Allah AWJ tidak memperhatikan hakikat
peringatanNya, ianya kamu
perselisihkan dan menunda-nunda pada pemiliknya.) [4]
Janganlah tergesa-gesa untuk memperkatakan mengenai
hadits ini, ia akan diperkatakan lagi di tempat lain, Insyaallah. Dan selain itu
ada hadits-hadits Ahl Al-Bait dalam hal ini, dan ia banyak sekali.
------------------
1- Al-Amali: hal ,217, Bihar Al-Anwar: J 44
hal ,314, Mustadrak Al-Wasail – oleh Al-Miriza Al-Nuri: J 5 hal,114, Mustadrak
Safinah Al-Bihar: J 10 hal,192, dengan sedikit perbezaan.
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal,195, wa sunan Al-Darami:
J 2 hal.165
3- Bihar Al-Anwar: J 58 hal.195
4- Al-Kafi – Li Tsiqat Al-Islam Al-Syeikh
Al-Kulani: J 8 hal. 90
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment