Pengalaman
selepas menjadi ansar
Assalaamu
alaikum wa Rahmatullah wa wa barakaatuhu
Terima
Kasih Saudara,
Semoga
Allah tambahkan kepada saudara kebaikan (khair).
Saya
rasa jauh lebih baik hari ini kerana saya dapat memberitahu saudara pemerhatian
ini tanpa pemikiran khayalan dan gangguan mental.
Terdapat teks yang saya ingin petik
daripada sesuatu dari Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah:
Dan ia adalah hakikat imej
manusia dalam Alam Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang diimplan dalam
hati (Al-Janan), dan ia adalah perancang untuk badan di dunia kebendaan ini,
dan diri ini, atau diri yang diimplan dalam hati (Al Janan) adalah: bayangan
akal.[hal 40 dalam versi Bah. Melayu Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah
Al-Fatihah - oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as)]
Ini bayangan sebahagia cahaya dari pengalaman titik di dada yang dihubungkan dengan kerongkongan. Saya telah membaca dari kitab-kitab Imam bahawa kerajaan Langit (Malakut) juga ada di dalam diri kita.
Jadi
saya ingin sampaikan kepasa saudara satu rukya:
Satu
malam dalam tidur saya, saya berjumoa Imam Ja'far Al-Shadiq (alaihi al-salaam),
beliau menunjukkan kepada saya Langit Ketujuh, maka dia menunjukkan saya sebuah
bekas di Langit Ketujuh ini, ia adalah bentuk huruf “Nun”, tetapi tidak ada
titik, dan beliau berkata pada malam Lailat Al-Qadr, Al-Quran diturunkan ke
dalam bekas ini.
Itu
adalah akhir rukya saya. Saya diberitahu oleh salah seorang ansar bahawa sebab saya
tidak melihat titik itu kerana titik itu adalah Al-Quran itu sendiri.
Walau
bagaimanapun saya ingin memberitahu saudara di manakan langit ini, saya
merasakan bahawa ia adalah di dalam diri saya, ia adalah satu dimensi kesedaran
(ukuran atau unsur kesedaran).
Satu-satunya
sebab saya sampaikan mimpi ini kepada saudara adalah kerana saya mahu
memberitahu kepada saudara bahawa Langit Ketujuh seperti yang saya alami adalah
'dimensi kesedaran'.
Oleh
kerana hanya akal yang membolehkan kita untuk mencapai tahap kesedaran yang
lebih tinggi. Oleh itu adalah menasabah bahawa hanya akal dan kesempurnaannya
membolehkan kita sampai ke Langit Ketujuh, atau tahap kesedaran yang lebih
tinggi.
Sehari
selepas mimpi tersebut, saya mendengar seorang Ansar bercakap tentang sesuatu tajuk,
dan saya merasakan dia mempunyai banyak pengetahuan, jadi sebelum saya masuk
tidur, saya mohon kepada Allah, dari mana para ulamak ini mendapat ilmu mereka.
Kemudian
saya bermimpi, saya melihat bekas yang sama, di mana terdapat roh-roh di sekeliling
bekas tersebut, ia mempunyai capaian (akses) kepada bekas ini, ia sangat dekat
dengannay sehingga saya hampir tersilap dan menyangka bahawa ia berada di dalam
bekas tersebut, tetapi ia ada di sekelilingnya.
Ia
(roh-roh itu) terus mengulangi dua perkataan, Umm Al-Kitaab, mereka terua
mengulanginya, mereka menyuruh saya mengulanginya. Saya sombong dan saya
berkata, “Saya tidak tahu apa yang kamu katakan,” mereka menyuruh saya untuk
mengulanginya, namun pada bahagian akhir rukya saya bersetuju untuk mengulangi
kata-kata ini. Bagaimanapun kerana keengganan saya pada awalnya, pangkat saya
diturunkan kerana tidak banyak nilai pada kata-kata saya.
Roh-roh
ini berada dalam satah (permukaan atau rataan) mereka sendiri mengekang satu
sama lain, dan saya berada dalam satah yang sangat rendah.
Saya
mahu menambah satu lagi perkara mengenai satah-satah dan meridian (medan bulatan
berterusan) yang melalui badan yang tidak dapat dilihat yang boleh saudara
gunakan sama ada untuk menghantar getaran atau mengawal persekitaran
Semua
satah atau meridian melalui zarah-zarah (unsur) yang sejajar dengan badan tidak
kelihatan saudara, zarah-zarah ini menerima getaran.
Selepas
beberapa saluran masa membuka pada banyak arah, namun sebagai saluran-saluran yang
terbuka dalam banyak arah ini, ada satu saluran yang berpengaruh, dan walaupun
ia mempunyai suatu arah tertentu, ia adalah satu hala tuju (arah) yang
membolehkan getaran-getaran dari mana-mana arah. ia adalah saluran yang
walaupun muncul dalam satu arah yang sebenarnya adalah pada setiap arah
Getaran
hanya boleh mengalir dalam saluran yang membolehkan mereka untuk bebas mengalir
dalam mana-mana arah, dan inilah saluran yang semua satah atau meridian lalui.
Semua
satah atau meridian adalah di bawah kawalan saudara ketika mengalir dari badan
yang tidak dapat dilihat melalui zarah yang telah terpengaruh oleh kebenaran
getaran saudara.
Zarah-zarah
ini menjadi pemalar (penetap), dan kerana ia kehilangan kepelbagaiannya dengan
dipengaruhi oleh perkara yang batil (kepalsuan), dan kuasa-kuasa negatif yang
lain, mereka membenarkan diri mereka menjadi satah dan meridian yang berpunca
dari badan tidak kelihatan saudara.
Kekuatan
satah dan meridian ini bergantung kepada daya pemerangkapan berterusan zarah
ini, dan hanya perkara yang telah dibenarkan pemerangkapan ini adalah getaran
kebenaran. ini adalah getaran yang paling berkuasa.
Jadi
walaupun terdapat satah dan meridian di mana saudara boleh mempengaruhi
persekitaran saudara kadang-kadang saudara boleh berhadapan dengan masalah yang
tidak selaras dengan meridian ini, dalam hali ini, saudara perlu menghantar isyarat-isyarat
dengan cara lompatan kuantum [✡],
tanpa menglibatkan zarah bersebelahan.
Ini
hanya boleh dilakukan jika saudara tepat dalam pengiraan saudara, kerana setiap
masalah adalah pada zarah tertentu, atau mungkin pada satu kumpulan zarah, dan
setiap zarah mesti didekati. Katakanlah masalah tersebut adalah pada zarah
tertentu, saudara perlu menghantar satu isyarat kepada zarah ini yang ada di
lokasi tertentu. Apabila keadaan seperti itu timbul, maka seseorang mesti menghantarnya
melalui lompatan kuantum, ini tidak mustahil kerana terdapat suatu prinsip yang
zarah sentiasa dihubungkan dengan zarah lain tidak kira di mana ia berada dari
segi jarak, namun untuk melengkapkan penghantaran ini saudara perlu tahu lokasi
yang tepat.
Ini
adalah prosedur pemetaan yang berlaku di dalam otak, dan prosedur pemetaan ini
dilakukan oleh akal (intelek). Jadi akhirnya saudara akan tahu lokasi dan saudara
akan menundukkan zarah tersebut selagi ia diizinkan Allah.
Untuk
akhirnya setelah masalah saudara diselesaikan, kemudian perhatian saudara
beralih kepada peningkatan daya (kekuatan) meridian dari badan tidak kelihatan saudara.
Satu
perkara yang saya ingin katakan adalah bahawa setiap zarah mempunyai lokasi,
setakat yang saya tahu lokasinya tidak berubah.
Saya
masih ingat dari Kitab Imam Ahmad Al-Hassan “Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah
Al-Fatihah” Saya masih cuba untuk memahaminya. Jalan yang lurus juga dalam alam
zarah, saya akan memetik perkataan sebenar:
“Dan memohon bimbingan
(hidayah) sebelumnya - yang bermaksud: Tunjukilah kami jalan yang lurus -
memerlukan pengkhususan ini, bermakna, ia adalah jalan orang-orang yang Allah
telah kurniakan nikmat kepada mereka, dan itu adalah kerana laluan di Alam
Zarah (Alam Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan Langit) adalah banyak jalannya.
Dan bimbingan ke arah
sabahagian daripadanya boleh muncul sebagai petunjuk ke arah jalan yang lurus,
walaupun ia adalah suatu petunjuk separa.” (halaman 23 dalam versi Bah.
Melayu Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah – oleh Imam Ahmad
Al-Hassan (as)]
Jika
ia adalah jalan yang bermakna bahawa selepas menempuh pada satu zarah kita
perlu melangkah ke zarah yang lain pada jalan yang lurus, jadi di dunia yang banyak
zarah ini bagaimana saudara tahu zarah yang mana atau kumpulan zarah yang mana untuk
melangkah, kemudian zarah apa pula selepas itu.
Dan
mungkin ia adalah menempuh zarah yang dekat dengan zarah jalan yang lurus dan ia
hanya suatu petunjuk separa. Jadi bagaimana kita tahu urutan zarah jalan yang
lurus? Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, zarah hanya boleh diaktifkan
dalam satu urutan, jika saudara cuba untuk mengaktifkan zarah yang salah saudara
akan jatuh ke dalam kesilapan, ia adalah ujian untuk melihat zarah mana yang saudara
pilih.
Jadi
apa yang akan memberitahu saudara, zarah mana yang dipilih. Dari pengalaman
saya ia adalah akal (intelek), dan sudah tentu suatu nikmat Allah. Akal tahu
apa yang perlu dilakukan, oleh itu selagi kita bekerja (beramal) untuk
memperbaiki akal (intelek -kebijaksanaan) kita, cara yang imam telah arahkan kepada
kita, ia akan berjalan lancar.
Dan
kemudian berjalan di atas jalan yang lurus di dunia (alam) zarah adalah seperti
kelajuan kilat.
Seorang
ansar telah memberitahu saya bahawa terdapat lebih daripada satu badan (diri) yang
tidak kelihatan, saya ingin memberitahu saudara, Imam (Ahmad Al-Hassan (as)) telah
menjelaskan bahawa terdapat banyak badan-badan (diri-diri) yang tidak
kelihatan. Untuk itu saya akan menerangkannya: Setiap diri yang tidak dapat
dilihat dengan pembawa (pemancar) yang berbeza dalam dimensi yang berbeza
dengan paksi yang menjadi tulang-tulang dalam badan terutamanya tulang-tulang yang
panjang.
Walau
bagaimanapun diri pertama yang tidak dapat dilihat (diri tersembunyi) yang
menjelma, adalah yang utama, diri-diri tersembunyi yang lain adalah yang kedua
(berdampingan) tetapi jika ia (mereka) menjelma (wujud) ia hanya meningkatkan daya
manifestasi (jelma) diri tersembunyi utama, dan akhirnya sebagai jelmaan
daripada diri-diri tersembunyi yang lain, begitulah juga peningkatan kesedaran
kita dalam dimensi masing-masing di mana mereka muncul.
Saya
(hanya) mahu berkongsi dengan saudara pengalaman saya dan saya memohon maaf
atas segala adab yang kurang sihat
Salam
atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya
Hamba
saudara yang hina.
✡✡✡✡✡
---------------------------------
✡ - Ini Bintang Nabi Allah Daud. Simbolnya di monopoli oleh Zionist
Yahudi[✡]- Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai tolok boson (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori medan kuantum (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan dengan teori gerakan tabii zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.[selak]
No comments:
Post a Comment