Sunday, 12 October 2014

Koleksi rukya dan mimpi yang berkaitan dengan dakwah Al-Yamani

Kiriman: Mostajeer

Selasa 13 Disember 2011 15:09

Koleksi rukya dan mimpi yang berkaitan dengan dakwah

Bismi Allah Al Rahman Al Rahim

Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Mohammed Al-Aemmah Wal Mahdiyin Wa Sallim Taslima

Saya beriman dengan Imam Ahmad (as) dua tahun lalu (sebenarnya saya tidak lakukan apa-apa untuk mencari kebenaran, hanya Allah yang membimbing saya!! Saya sangat cuai dan Allah adalah Sangat-sangat Pemurah) Al Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin

Sepanjang masa saya beriman itu saya sendiri tidak pernah membaca apa-apa buku Imam, Saya hanya mengetahui semua maklumat dari ibu saya (semoga Allah anugerahkannya ganjaran yang baik.)

Hanya baru-baru ini saja saya mula membaca, dan percayalah, bahawa "membaca" pada saya sebenarnya adalah satu keajaiban!! Saya sangat benci membaca dan sangat sukar bagi saya (saya seorang pelajar visual (dengan melihat) dan saya elakkan dari membaca seboleh mungkin)!! Tetapi Subhanallah kerana belas kasihan Allah dan anugerahNya saya mula membaca dan membaca secara berterusan!!

Jadi, selepas membaca "sangat dan terlalu sedikit" dari lautan ilmu Imam (as) berikan kepada kita, saya merasakan syaitan sedang cuba untuk mendapatkan saya lebih daripada sebelumnya dengan membuat saya ragu-ragu tanpa sebab (sebelum saya mula membaca Iman atau kepercayaan saya adalah pada satu kadar) ..

Pada awalnya saya sedikit ragu-ragu, Tuhan dengan rahmat dan keutamaanNya yang tak terhingga, memberi saya melihat rukya (mimpi) kecil (tetapi ia benar-benar memberi kesan kepada saya) pada Hari Arafah.

Saya melihat sebuah pemandangan di langit yang sangat cantik dan cerah dengan awan-awan yang indah, dan di awan itu saya melihat sebuah bintang, sesuatu yang sangat indah ..


Bintang ini adalah seperti bumi atau planet yang cahayanya sangat indah, dan ia bercahaya dengan enam pancaran (sinarannya memancar begitu cepat satu demi satu sehingga ia membentuk bintang dengan enam sinaran seperti bintang Nabi Daud)

Ada sesuatu yang tertulis pada bintang itu tetapi malangnya saya tidak dapat membacanya: "(Saya tahu dalam hati saya bahawa ia adalah bintang Imam Ahmad Al Hassan (as))

Oleh itu selepas saya terjaga saya mencari apa yang Imam (as) katakan mengenai bintang Nabi Daud, dan beliau (as) berkata bintang ini adalah bintang Imam Muhammad bin Al-Hassan (as) bapanya dan ia bermaksud "kemenangan", jadi saya tertanya-tanya kerana saya merasakan ia adalah adalah bintang Imam Ahmad (as)...

Beberapa hari kemudian saya mendapat jawapannya!! Saya dapat pada salah satu topik dalam forum Arab, Ansar Al Imam Al Mahdi (as),

Salah seorang ansar meletakkan kata-kata Imam Ahmad (as) dan dalam kata-kata tersebut dia (as) berkata, "Saya adalah Bintang Pagi, Perisai Daud."!!!

Subhana Allah Ia betul-betul seperti apa yang saya lihat!! Bintang pada waktu pagi!! (kita biasanya melihat bintang pada waktu malam!)
dan Perisai Daud adalah berbentuk bintang Daud (itulah sebabnya mengapa ia dipanggil bintang Daud kerana Nabi Daud (as) membuat perisai yang kelihatan seperti bintang (segi enam))

Tetapi ketahuilah hanya Allah mengetahui makna sebenar rukya (mimpi) itu, ini hanyalah pemahaman kecil saya dan pengetahuan yang memimpin saya..

Allah SWT Maha Pengasih kepada kita manusia yang tidak bersyukur dengan petunjukNya kepada kita melalui cahayaNya.

Semoga Allah menjadikan kita kuat!! Supaya dapat menyokong Imam (as) dan untuk menyelamatkan diri kita dari kegelapan kita:

من الحكمة اليمانية قال الامام احمد الحسن (ع)
"ليس كل من يصطدم بظلمة هو نور بل ربما كان ظلمة ايضا, ولكن كل من يصدم بنور هو ظلمة فيجب اولا معرفة النور وبالنور تكشف الظلمة"

Dari Kebijaksanaan (Al-Hikmah) Al-Yamani Imam Ahmad (as) berkata:

"Tidak semua yang bertembung (melawan) kegelapan adalah cahaya, tetapi mungkin ia juga adalah kegelapan, tetapi semua yang melawan cahaya adalah kegelapan, kita perlu mengenal cahaya kerana dengan cahaya akan mendedahkan kegelapan."

No comments:

Post a Comment