Kiriman:
Labbayk_Ahmed
Jantina: Perempuan
Isnin 5 Dis 2011 22:06
Isnin 5 Dis 2011 22:06
Mimpi
(rukya) yang memberi kesaksian kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)
Al-salam
3alaikom Wa rahmatu Allah wa barakatuh,
قُلْ
كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖيَعْلَمُ مَا فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ
آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Allah berfirman: {Katakanlah:
"Cukuplah Allah menjadi saksi di antaraku dan di antara kamu. Dia
mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada
yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi."}
- Al-Quran [Al-3ankabut 29:52]
Allah
sendiri menawarkan sebagai saksi untuk menjelaskan KhalifahNya di muka bumi ini
dengan rukya (mimpi) dan pendedahan, dan berikut adalah beberapa rukya saya
untuk membuktikan bahawa utusan Imam Al-Mahdi as), Imam Ahmad Al-Hassan (as).
Rukya
(mimpi) 1:
Saya
melihat bahawa Al-Syeikh Safaa Awady, Sadik Al-Hussaini dan saya bersama-sama
dengan Imam Ali bin Abi Talib (as) menyeru (berdakwah) manusia supaya beriman
kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as).
Notis:
Imam Ali adalah bersama kami ... jadi dia memberikan keterangan kepada kebenaran
Imam Ahmad.
Rukya
(mimpi) 2:
Tarikh:
17-9-2009
Masa:
6 a.m
Saya
melihat bahawa saya bersama ibu saya (ansar) dan ibu saudara saya (bukan ansar)
dalam kereta, dan ibu saudara saya sedang memandu. Tetapi dia tidak memandu
dengan baik terutamanya apabila terdapat selekoh-selekoh. Pada selekoh pertama
dan kedua, dia tersasar dari jalan dan kemudian memandu semula keretanya di
jalan, kemudian seterusnya pada selekoh ketiga, terdapat gaung (jurang) yang
dalam dan di kedua-dua belah jalan tidak mempunyai pagar (hadangan). Oleh itu, ketika
dia membelok, kereta itu sekali lagi tersasar dan kereta itu mula jatuh ke
dalam jurang yang dalam.
Maka
saya memejamkan mata saya dan mula membaca: "Bism illah Al-Rahman Al-Rahim,
Wala Haula wala Quwata Illa Billahi Al-3aliyi Al-3adzim, Allahumma Shalliy 3ala
Muhammad wa Aali Muhammad Wa Sallim Taslima; Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, Yang Maha Pengasihani. Tidak ada daya da upaya melainkan dengan Allah.
Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad," Kemudian saya membaca
syahadeh 4 dan membaca Du3a (doa) yang Imam Ahmad (as) ajarkan kepada ansar yang
bermula dengan "Tahassantu bizhil Mulk wal Malakut.".
Saya
menjangkakan yang kereta akan meletup pada bila-bila masa kerana saya dapat
merasakannya ia sedang menjunam menuju ke bawah dan meletup. Sementara itu,
saya teringat satu hadith bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (as) menyebut dalam salah
satu buku beliau yang saya kagumi banyak, ia berkata:
"ولو إن السماوات والأرض كانتا على عبد رتقا ثم أتقى الله,
لجعل الله له منهما مخرجا
"Jikalaulah Langit-langit
dan Bumi telah dijahit pada seorang hamba, dan kemudian dia bertakwa kepada
Allah; Allah akan menjadikan dia jalan keluar daripadanya.". Ketika itu,
kereta itu ditarik balik dari terus terjatuh dan diletakkan di jalan semula!!
Jadi
saya berkata dalam hati, para malaikat mahu mencabut nyawa kami dan mereka
memberi kertas (s0jil) kematian kami kepada Nabi (sawas) tetapi baginda tidak
menerimanya dan menunjukkan supaya kami kembali untuk hidup, jadi kami kembali.
Selepas
itu kami sampai ke rumah Nenek saya dan makcik saya telah berkata: "Kalaulah
kamu tahu bagaimana kami hidup! Kalaulah kamu lihat bagaimana kereta itu diangkat!
"Lalu saya mengatakan ibu saudara tidak mengingat (menyebut) Allah, malah dia
tidak mengatakan bahawa Allah membuatkan kita terus hidup?! Jadi saya
memberitahu ibu saya bahawa saya berkata Tasbih-tasbih tersebut dan dia berkata
bahawa dia juga melakukan perkara yang sama sewaktu kami jatuh itu.
Kenyataan:
Membaca yang Du3a dan hadith yang disebut oleh Imam Ahmad (as) membuat kita
terus hidup dan dituliskan untuk saya dan ibu saya satu kehidupan baru. Ansar menyebutkan
rahmat Allah ke atas mereka tetapi yang bukan-ansar tidak menyebut (mengingat) Allah.
Rukya
(mimpi) 3:
Tarikh:
2009
Masa:
6 a.m
Saya
amat sakit pada hari itu dan saya katakan, apa sahaja (yang datang) dari Allah
adalah baik, dan saya akan bersabar, kemudian saya melihat Rukya (mimpi) atau Kasyaf.
Ia
bermula dengan seruan: "Kemenangan kepada Muhammad dan Aali Muhammad, dan
kemenangan kepada kami demi Tuhan Ka3bah."
فاز محمد و
آل محمد و فزنا و رب الكعبة.
Kemudian
saya melihat Nabi Muhammad memakai pakaian putih dan berdiri di sebelah kiri
saya dan terdapat 4 orang ansar yang saya tidak kenali. Di hadapan kami ada dua
gunung yang besar, lalu nabi mengangkat tangannya dan menghala kepada gunung-gunung
sambil berkata: "Wahai ansar bolehkan kamu memikul gunung-gunung
ini?" Jadi kami berkata: "Ya wahai Rasulullah! Demi Allah jika engkau
menentang gunung ini kami akan menentangnya bersama engkau." Dalam pada
itu, rupa bentuk Nabi Muhammad bertukar kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as).
Bersambung
insyaallah ...
Mazmur
55:22 Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak
untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.
No comments:
Post a Comment