Saturday, 11 October 2014

Mengapa saya menerima Ahmad Al Hassan Al-Yamani - Zolfigar


Mengapa saya menerima Ahmad Al Hassan Al-Yamani - Zolfigar
Mengapa saya menerima Ahmad a.s?

Sebelum saya membincangkan kisah saya, ingin saya menyatakan bahawa saya dilahirkan sebagai seorang Muslim Syiah yang berpegang teguh kepada 12 Imam dengan sepenuh hati. Saya menerima seruan Yamani a.s selepas mengkaji secara mendalam dan juga meminta kepada Allah SWT agar memberi saya satu tanda yang jelas mengenai kebenaran Al-Yamani. Satu lagi sebab saya menerimanya adalah kerana tujuannya yang jelas bahawa dakwah atau mesej ini mempunyai garis pemisah daripada semua pengikut ulama lain. Sebelum saya mula membincangkan tentang tanda-tanda dan bagaimana saya melakukan kajian, saya ingin memulakan dari peringkat awal bagaimana saya mengenali kumpulan-kumpulan orang yang hadir di ruangan Savior (Paltalk).

Semasa saya di ruangan paltalk, Saya biasanya akan pergi untuk menyebarkan mesej Syiah dan bercakap dengan rakan-rakan di ruangan tersebut dan berjinak-jinak dengan mendekati Sunni untuk berdebat dengan mereka sama ada dengan cara menulis teks atau bercakap di mikrofon. Sebuah ruangan yang dikenali sebagai 'Syiah Adalah Islam Sebenar' telah diwujudkan dan beroperasi di mana pengunjung berkumpul dalam satu masa untuk mendengar penceramah bercakap dan saya adalah salah seorang daripada mereka yang baru menyertai ruangan ini. Bulan demi bulan saya menjadi semakin berminat untuk sentiasa memasuki raungan paltalk untuk berdebat dengan Sunni dan memberitahu golongan yang baru menjadi syiah tentang apa yang saya tahu mengenai Ahlulbayt a.s..

Jadi pada suatu ketika semasa berada di dalam bilik sembang (paltalk) saya terdengar seseorang menyebut bahawa terdapat satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai pengikut Imam 24. Sebaik sahaja mendengar khabar tersebut saya terkejut dan menyedari ada satu kumpulan yang jauh dari jalan asal Islam kerana hanya ada 12 Imam dan kami kerap dipanggil pengikut Imam 12. Jadi adalah mustahil untuk mempercayai apatah lagi untuk menerima Mazhab imam 24 dan "sudah tentu" hal ini menjadikan saya terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Saya tidak nampak dan tidak terfikir untuk menyiasat mesej ini sehinggalah saya mengerakkan kursor saya kepada seksyen di bawah Islam di waktu awal pagi di mana ia tertulis "The Savior" jadi saya klik ia dan di sini datang berita "Utusan Elia kepada orang-orang Yahudi, Utusan Imam Al-Mahdi untuk umat Islam dan seterusnya". Saya masuk ke dalamnya dan ramai yang mengalu-alukan saya dan apabila saya mendengar Khadem pada masa itu dan Saihat Jibreel menyebut bahawa Mahdi akhir zaman telahpun muncul, lalu saya terkejut dan sangat keliru. Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa terdapat perasaan yang kuat yang saya rasakan dalam diri saya dan saya tidak pernah merasainya sebelum ini sepanjang hidup saya. Saya juga telah menghantar satu mesej kepada seorang Ansar dan saya merasakan diri saya sedang ditarik kepadanya seolah-olah Allah SWT memberitahu saya supaya bergabung dengan mereka!!!!

Jadi saya mula mempersoalkan mengenai dakwah ini yang ia seolah-olah tidak dibenarkan di dalam Syiah atau tidak sepatutnya ia disebarkan. Jadi, apabila mereka menyatakan hadis tentang para Mahdi selepas 12 Imam terdapat gambar menjijikkan dalam kepala saya di sekitar hadis bahawa hadis ini tidak dianggap sebagai sahih, lemah dan sebagainya serta meyakini bahawa mesej ini tidak akan sampai ke mana-mana. Saya membaca wasiat itu dan mula memikirkan adakah Ahmad Al-Hassan benar-benar orang yang disebutkan di akhir wasiat itu atau tidak.

Oleh itu, sejak dakwah ini mula sampai kepada saya, setiap saat di sepanjang hari tidak pernah saya terlepas nama '"Ahmad Al-Hassan". Saya mula berfikir tentang lelaki ini jika dia adalah Yamani mengapa pula dia memanggil dirinya sebagai Mahdi, dan jika saya percaya beliau adalah Mahdi maka ini bermakna saya telah meninggalkan Imam ke-12 dan serupa menjadi murtad, dan semua perkara pelik ini telah sampai kepada saya melalui private mesej.

Apabila saya pergi ke ruangan sembang ‘The Savior’ beberapa hari yang berikutnya, saya mula serius meluahkan kebencian dan bertanyakan soalan bodoh tentang nama isteri Imam Mahdi. Saya ketawa apabila salah seorang kawan saya dari Ruangan Sembang Syiah Original memainkan Nasheed Sistani untuk membuatkan Khadem marah dan menghuru-harakan keadaan dengan MENCABAR KHADEM SUPAYA BAN NAMA SAYA !!.

Ianya tidak berlaku sehinggalah saya menerima tanda merah lebih daripada sepuluh kali. Tetapi beberapa hari kemudiannya saya mula bersikap lebih matang dengan bertanya kepada mereka tentang bagaimana Imam ke-12 mempunyai seorang anak lelaki dan adakah anda mempunyai apa-apa bukti? Mereka menunjukkan kepada saya 3 doa dan hadis dalam Bahasa Arab dan saya dapati bahawa akan ada anak-anak lelaki dari Imam Al-Mahdi (as) sebagai pengganti dan juga Mahdi-mahdi. Dan hal itu berlaku apabila dakwah yang serius mula datang kepada saya. Pada hari itu semua kawan-kawan saya yang menyokong saya untuk memalukan dengan bercakap yang buruk-buruk tentang dakwah ini telah mempersoalkan saya. Apa yang tidak kena dengan diri saya, adakah saya gila?. Malah pentadbir atau admin Ruangan Sembang Syiah telah memberi amaran kepada saya bahawa saya akan menjadi murtad jika saya menerima atau dipengaruhi oleh mereka.

Oleh itu, apabila saya diyakinkan oleh admin maka saya sering beristighfar atas apa yang telah saya fikirkan dan dia memberitahu saya untuk tidak masuk ke dalam ruangan sembang itu, jadi saya melarang diri saya sendiri daripada memasuki ruangan sembang tersebut walaupun mereka telah bercakap dengan kasar di atas apa yang saya fikirkan sebagai kebenaran tentang dakwah itu.

Saya memberitahu mereka bahawa terdapat Doa yang menyebut tentang anak-anak Imam Al-Mahdi tetapi mereka kata ia palsu, daripada Mafatih Jinan juga mereka berkata itu palsu, Wasiat dan Mahdi-mahdi juga palsu. Jadi di dalam diri saya merasakan bahawa saya perlu berpegang teguh ke atas apa yang saya fikir benar tentang dakwah ini dan dengan fikiran yang bebas saya memasuki semula Ruangan Sembang The Savior sekali lagi dan semua yang saya lihat dari pengikut marja3’ adalah kata-kata menghina, memanggil Ahmad sebagai Zionis, Baathist, yang pada dasarnya mereka datang adalah untuk menyerang dan tidak menerima satupun perkara yang dinyatakan oleh ansar, lalu ia membuatkan saya gila dan itu membuatkan saya berasa seperti saya tidak boleh menjadi pengikut Sistani atau mana-mana ulama di atas apa yang mereka telah kata dan lakukan.

Mereka tidak mahu mendengar apa yang Ahlulbait katakan melainkan hanya mampu untuk memanggil seorang lelaki yang mereka tidak pun Memaca Kitab-Kitabnya sebagai pendusta dan dajjal. Ya, ada hadis yang cuba untuk meyakinkan saya bahawa dia seorang dajjal dari Dijlah Al-pBasrah, saya pergi ke ruangan sembang ansar Arab dan telah memberitahu saya bahawa lelaki inilah yang telah disebut oleh Imam Ali mengenainya adalah Haydar Imshatat di mana laman web beliau masih lagi wujud dan dia adalah seorang penyamar yang mahu meyakinkan orang lain bahawa dia berasal dari keturunan Ahlulbait menyamar sebagai Ahmad a.s.!!!

Alhamdulilah, Allah melaknatnya dan dia terbunuh beberapa hari selepas enggan bermubahala (sumpah laknat) dengan Ahmad a.s. Dan hadith ini membuktikannya:

Imam Ja’afar a.s berkata: “Urusan ini tidak sepatutnya dituntut oleh sesiapapun melainkan pemiliknya atau Allah SWT akan memendekkan umurnya” Kafi Jilid 1, halaman 373.

Jadi kepercayaan saya kepada Ahmad telah mencapai separuh perjalanan dan apa yang belum lagi dilakukan adalah membaca kitab-kitab beliau. Apabila saya membaca kitab-kitab beliau kepercayaan saya menjadi 90 peratus dan saya mendapati bahawa pengetahuan lelaki ini bukan dari orang-orang biasa, dan 100 peratus kemungkinan dia adalah seorang utusan dari Imam ke-12. Jadi sekarang 10 peratus keyakinan yang tinggal saya serahkan kepada Allah SWT untuk memberikan saya kepastian yang mutlak. Ahmad a.s telah membuatkan saya berfikir tentang dirinya siang dan malam lalu saya pergi ke Ruangan Sembang The Savior dan saya tidak berhenti bertanya soalan kepada mereka. Saya juga mengunjungi Ruangan Sembang Berbahasa Arab. Saya berasa telah putus harapan dan tidak mempunyai pilihan melainkan perlu menerima apa yang saya rasakan lebih hampir kepada petunjuk kebenaran iaitu samaada Sistani yang berserban hitam menyokong demokrasi Amerika atau Yamani sebagai pembimbing saya kepada ketuanan Allah (Hakimiyah Allah) SWT.

Dan apabila saya memohon kepada Allah SWT agar menunjukkan saya satu tanda dariNya pada bulan Muharram, saya menangis di atas hamparan solat kerana saya amat mengharapkan tanda yang akan membuat hidup saya lebih bahagia walaupun ianya sekadar tanda yang kecil. Saya menunggu dan terus menunggu kerana pada saya ia adalah penentuan antara syurga dan neraka. Beberapa hari berikutnya saya sekali lagi pergi ke ruangan sembang 'The Savior' dan saya dapati salah seorang perempuan telah menghantar satu pautan yang menyatakan bahawa seorang Syeikh tertentu telah terbunuh selepas menfitnah Ahmad a.s.

Apabila saya melihat video tersebut, saya tidak henti-henti melaungkan Allahu Akbar kerana saya tahu ini adalah satu tanda dari Allah SWT, iaitu seorang lelaki yang bersih hati seperti Ahmad Al-Hassan yang saya sendiri tidak berani langsung untuk memfitnah beliau kerana rasa hormat saya kepadanya dan para ansar, namun di sini sebaliknya terdapat seorang Syeikh yang mengajar mengenai Imam Al-Husein a.s pada bulan Muharram telah berkata keji tentang seorang lelaki yang dia tidak langsung membaca kitab-kitabnya dan Syeikh ini telah terbunuh dalam masa kurang dari seminggu kerana memfitnah beliau dan para ansar.

Lalu sayapun bersujud syukur kepada Allah dan memberikan kesaksian bahawa Mahdi-mahdi adalah benar dan Ahmad Al-Hassan adalah Al-Yamani. Dan pada waktu malamnya saya bermimpi melihat seseorang membaca permulaan surah Yusuf

يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

"Wahai ayah, aku melihat (dalam mimpiku) sebelas bintang, matahari dan bulan semuanya sujud kepadaku " [Yusuf 12:4] 

Jadi selepas melihat semua tanda-tanda ini, saya mengangkat tangan saya dan menyatakan penyaksian saya bahawa Ahmad adalah Al-Yamani dan Mahdi Pertama. Jika seorang lelaki telah mengangkat tangan dan menjadikan Allah sebagai saksi bahawa dia memfitnah Ahmad dan terbunuh dalam masa kurang dari seminggu, Maka saya pula mengangkat tangan saya dan mengatakan bahawa Ahmad adalah orang yang paling memberikan petunjuk dan dia mendapat gelaran ini kerana dialah orang yang pertama beriman seperti yang dinyatakan di dalam Wasiat Rasulullah (S). Salah seorang kawan saya menganggap saya gila kerana menerima dakwah ini 100 peratus melalui ruangan sembang Paltalk dan tidak putus-putus bertanyakan kepada saya bagaimana dan mengapa saya menerima dakwah ini.

Saya memberitahunya sebab-sebab mengapa jadi begitu dan dia mula ketawa seperti memperolok-olokkan saya. Ia sesuatu yang menyakiti saya dari dalam dan sungguhpun begitu saya tidak marah kepadanya. sebaliknya saya menukarkan ia kepada kebaikan dan jadi saya berdoa di akhir solat meminta kepada Allah untuk membimbing serta menjadikan dia percaya kepada Ahmad seperti yang saya lakukan. Keesokan harinya saya berada di universiti dan saya periksa peti masuk akaun youtube saya dan membaca mesej dari beliau berkata "Hei, saya fikir dakwah tentang Ahmad ini adalah kebenaran yang datang dari ruangan paltalk" Saya berasa seram sejuk dan seperti tidak percaya seolah-olah berlaku satu keajaiban. Dan apabila saya pulang ke rumah dan bertanya kepadanya bagaimana dia menerimanya, beliau berkata: "Saya melakukan istikhara dan mendapati bahawa sesiapa yang menentangnya adalah dari penduduk neraka." Jadi saya menyedari bahawa Allah SWT telah memberiakan hidayah petunjuk kepadanya.

Alhamdulillah. Begitu juga salah seorang daripada rakan-rakan saya yang paling rapat telah menerima dakwah ini seminggu yang lalu selepas melihat Kaabah dan tikar sembahyang Rasulullah 'apabila dia meminta Allah SWT agar menunjukkan kepadanya satu tanda bahawa Yamani adalah benar. Cerita ini saya tulis untuk sesiapa yang ingin tahu mengapa saya menerima Ahmad Al-Hassan a.s dan Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Last edited by Zolfigarr pada Sun Apr 17, 2011 08:13, disunting sebanyak 2 kali.


Ihsan terjemahan: Muhammad Adli Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment