Thursday, 9 October 2014

Mimpi seorang Ansar II

Kiriman Labbayk_Ahmed
Jantina: Perempuan
Selasa, 6 Disember 2011 03:53

Mimpi (rukya) yang memberi kesaksian kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Jika anda masih bukan seorang ansar, janganlah menolak Rukya (mimpi) ini... ia adalah kata-kata Allah dan mempunyai pesanan (khabaar - mesej) yang begitu banyak kepada anda ...


Rukya (mimpi) 4:
Tarikh: 2009/05/08

Saya melihat bahawa saya sedang berjalan dengan Nabi Muhammad (sawas) dan memaklumkan orang ramai mengenai dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Rukya (mimpi) 5:
Tarikh: 17-3-2010

Saya melihat bahawa saya telah membaca Bible Bahasa Inggeris, apabila saya melihat teks dalam Bible yang menyebut "Ahmad" dan bahawa dia datang menyeru dan berdakwah kepada manusia untuk Dakwahnya dan manusia akan keluar kepadanya. Cik Ahillah duduk di sebelah saya dan berkata: "Ayat ini adalah berkaitan dengan dakwah". Saya berkata: "Benar?! Ya itu benar kerana SubhanAllah di sini ia menyebut [Ahmad]" dan saya membaca ayat ini:

واستمع يوم يناد المناد من مكان قريب

"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru menyeru dari tempat yang dekat." [Qaf 50:41] 

Rukya (mimpi) 6:
Tarikh: Ahad 25/4/2010
Masa: 3:30 a.m

Malam itu, sebelum saya tidur, saya bermohon kepada Allah untuk melihat (berjumpa) Sayyidah Fatimah (as) dan mengenalinya dan belajar darinya supaya saya mengenali Dia (SWT).

Saya tidur untuk melihat mimpi ini Alhamdulillah:

Saya dalam perjalanan keluar dari bilik saya apabila saya melihat wajah seorang perempuan muncul dari sudut atas ambang pintu.  Jadi saya berkata, "Allah! Maulati (yang ku muliakan) Fatimah! Wahai puteri Nabi!".

Lalu mukanya muncul dari dinding untuk menampak seluruh badannya.

Ia adalah Saiyidah Fatimah (as), mukanya putih dan cerah dan dia memakai pakaian hijau gelap serupa dengan pakaian Saiyidah Maryam (as).

Saya memberitahunya: "Maulati! Berapa lama yang saya menunggu untuk bertemu denganmu! Alhamdulillah saya bertemu denganmu!"

Lalu dia senyum kepada saya dan memegang kedua-dua tangan saya. Saya memberitahunya: "Saya khadammu, ya Maulati, khadammu, terimalah saya sebagai khadammu.". Kemudian saya berkata: "Sebentar, tunggu saya ambil buku nota supaya Puan tuliskan untuk saya. dan supaya apabila saya terjaga saya akan mempunyai sesuatu Thahir (yang suci) daripada Puan untuk disimpan,  cara saya menjaga Tahsin, tulisan tangan Imam Ahmad Al-Hassan"
.
Maka saya membawa buku nota tebal dari atas rak yang biasanya saya gunakan untuk menulis rukya (mimpi) saya. Apabila saya berpatah balik, Sayyidah Fatimah bertukar kepada seorang gadis bernama "Al-Bai3ah-Lilah" (Al-Bai3atu Lillah)) yang bermaksud: "Ketuanan (Kesetiaan) kepada Allah". Jadi saya memeluknya dan berkata: "Saya amat merindui mu! Apa khabar?" dia berkata: "Alhamdulillah.". Kemudian kami ketawa dan dia telah menuliskan untuk saya sesuatu dalam buku nota .... (ada yang melengkapkan rukya ini tetapi bahagian untuk memberi kesaksian kebenaran Imam Ahmad (as) telah disebutkan)

Bersambung insyaallah ..

Mazmur 55:22 Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.


No comments:

Post a Comment