Saturday, 10 January 2015

Berkongsi Pengalaman Kerohanian


Sesungguhnya saya orang biasa lagi hina  dari bandar-bandar (kecil) di Barat. (Saya berlindung dengan Allah dari keakuan / Al-Ana / Ego) dan ingin berkongsi pengalaman kerohanian saya yang juga menjelaskan bahawa Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah Al-Yamani.

- Sebelum itu saya memohon perlindungan kepada Allah dari saya mengetahul Syed Ahmad Al-Hassan (as) pada tahun 2012, saya amat berminat pada Syed Muhammad Shadiq Sadr [rahimahu Allah] tetapi saya tidak tahu mengapa? Saya tidak pernah membaca buku-buku beliau [kerana saya tidak boleh berbahasa Arab] Apabila saya melihat mukanya, atau dengan memerhatikan penampilannya, saya tahu bahawa Dia bukan orang biasa. saya fikir dia tidak seperti ulama-ulama lain dan saya merasakan bahawa dia mempunyai sambungan atau hubungan dengan Imam Mahdi (af)

Tetapi beberapa bulan kemudian saya melihat bahawa Syed Muhammad Sadiq Sadr (rahimahu Allah) meramalkan utusan Imam Mahdi (af) dari Basrah. Bahawa Utusan itu [Saya pasti ia adalah Syed Ahmad Al-Hassan (as)] berkata: [..]  "Saya datang dari Basrah supaya saya boleh mengatakan sesuatu (mengenai) meninggalkan Taqlid (hanya mengikut) seseorang itu dan hendaklah mengikut Syed Muhammad Al-Sadr. [..]

- Selepas nenek saya meninggal dunia pada tahun 2008, terdapat seorang wanita yang boleh berkomunikasi dengan roh-roh orang-orang yang sudah mati. Dia (wanita yang berkomunikasi dengan roh-roh) mengatakan kepada bapa saudara bongsu saya (Pak Busu) dan ibu saya, bahawa nenek saya tidak bersendirian dalam alam yang lain (Barzakh). Bahawa wanita yang boleh bercakap dengan roh itu, memberikan maklumat lanjut dan berkata: "Ada seorang lelaki berkulit gelap, bahunya lebar (berdada bidang), keningnya melengkung. Orang ini bukan orang biasa, tetapi orang yang hebat dan Dia adalah anaknya (nenek saya). Kemudian ibu saya menangis. nenek saya juga berkulit gelap.

Keturunan nenek saya daripada Imam Ke 4 Imam Zain Al-Abidin (as) (Anaknya Syed Zaid (as) yang mengetuai pemberontakan terhadap kekejaman Bani Ummaiyah dan mati syahid) dan Imam Ke 7 Imam Musa Al-Kazim (as)

- Pada tahun 2013 ibu saya melihat rukya (mimpi) dan dia memberitahu saya tentang rukya (melihat) seorang lelaki yang berpakaian warna hijau. Bahawa manusia berpakaian hijau itu memberitahu banyak perkara kepada ibu saya. Dan Dia telah memberikan beberapa maklumat tentang nenek saya dan keluarga kami. Dan beliau memberitahu tentang kakak saya: "Dia adalah anak perempuan kami". Jadi saya fikir "mungkin dia adalah Syed Ahmad Al-Hassan (as)??" Kerana orang yang melihat dia mengesahkan bahawa Syed (as) bahunya adalah lebar. Malahan kemudian saya perdengarkan kepada ibu saya Khutbah Haji (Imam Ahmad (as)) dan dia terkejut bahawa suara itulah yang didengarnya dalam rukyanya, ia betul-betul suara yang sama dengan yang didengarnya dalam Khutbah Haji tersebut. Selepas itu, apabila saya bercakap dengan ibu saya mengenai ansar Syed Ahmad Al-Hassan (as) dia sangat gembira, dan apabila saya bercakap tentang Syed Ahmad Al-Hassan (as), beliau berkata: "Dia adalah bapa saudara kamu"

- Saya memberitahu seorang Syed Turki Alevi [Pengamal Rohani Syiah]. Beliau juga adalah keluarga nenek saya. Saya beritahu bahawa ada seseorang yang mendakwa bahawa Dia adalah utusan Imam Mehdi (af). Beliau mengesahkan bahawa dia sememangnya seorang Syed. Beliau memulakan dakwahnya untuk Ahl Al-Bayt (as).


- Tahun ini saya mempunyai tempoh yang sangat sukar dengan kesedihan dan kesuraman (setiap masa dan setiap keadaan, Al-Hamdu Lillah). Pada suatu masa dan di tempat seorang ansar (penolong) di Belanda (semoga Allah melindungi dan memberkati semua ansar Syed Ahmad Al-Hassan (as)). Di malam yang beliau juga bersedih, kerana dua orang ansar di Iraq mati syahid oleh pemerintah zalim. Dia terus bersujud. Ketika itu dia mendengar suatu suara Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan berkata: "Pergilah ke rumah evrim (pusat gerakan), mereka berada dalam keadaan yang sukar"

Saya dambakan doa-doa saudara. Jangan lupa hamba yang hina ini dalam doa saudara. Maafkan saya jika saya mengganggu saudara semua.

Saya ansar (mendokong) Ibn Al-Hasan (af) dan cucunys Ahmad (as)

No comments:

Post a Comment