Tuesday, 24 February 2015

Soalan 373: Bertemu Rasulullah dan nasihat Imam - Tahirah – Amerika

Soalan 373: Bertemu Rasulullah dan nasihat Imam  - Tahirah – Amerika
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم..

Berlalu kira-kira 26 tahun selepas saya memeluk Islam, syukur kepada Allah, dan saya mengenal Mazhab Syiah selepas beberapa bulan kemudian setelah rukya (mimpi) saya melihat Nabi Muhammad (S), walaupun saya tidak pernah mendengar sebelum itu ada orang yang melihat Nabi (S) dan bahawa rukya (mimpi) melihat Rasulullah seperti beginda sendiri hadir.

Pada suatu malam apabila saya tidur di atas tikar putih di hadapan anjung (beranda) sebelum fajar. Dalam tidur itu dengan jelas saya melihat Nabi Muhammad (S), baginda berjalan melalui tingkap kaca anjung rumah saya dan telah mendekati saya dan berpusing dengan sebelah kaki baginda di atas tanah dan berbisik di telinga saya, tetapi saya tidak mendengar apa yang baginda (S) katakan.

Rukya kedua: Juga sebelum subuh apabila saya sedang tidur dengan jelas saya didatangi Nabi Muhammad (S) dan duduk di sebelah saya dan meletakkan tangan baginda ke dada saya di tengah-tengah di kawasan jantung-hati saya, saya tidak merasa apa-apa ketika itu tetapi saya melihat baginda (S), dan saya melihat segala-galanya di sekeliling saya dan saya rasa baginda (S) duduk di sebelah saya.


Tolong sampai Salam dan terima kasih saya kepada Al-Syed Ahmad dan beritahu kepadanya bahawa saya bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan. Sila beritahu saya apa-apa yang mungkin yang boleh saya lakukan untuk membantu saudara semua.

Saya akan meminta Al-Syed Ahmad mendoakan saya, membimbing saya dan menasihati saya, kerana sekarang saya dalam keadaan sukar.

Saya doakan saudara semua dengan linangan air mata.
والسلام عليكم.

Dihantar oleh: Tahirah – Amerika

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepadaku untuk berkhidmat hamba-hambaNya yang beriman kepada kerajaan langit (Malakut Al-Samawaat) dan mendengar kalimat-kalimat Allah dan beriman denganNya. Jarak tidak menghalang kamu mahupun perbezaan bahasa dari mengenal kebenaran yang datang dari Allah,, Berbahagialah kamu kerana hati kamu yang bersih yang mendengar kalimat-kalimat Allah dan tunduk kepada kehendak Allah. Saya bermohon kepada Allah bagi kejayaan kamu supaya memanjangkan kebenaran yang kamu ketahui dari Allah kepada hambaNya, dan supaya Allah menjadikan kamu sebagai sebab untuk dihidayah kepada penciptaanNya dan memelihara mereka dari api neraka dan dari kegelapan meliputi di dalamnya. Maka janganlah lemah menyampaikan kebenaran kepada manusia di mana pun Allah tempatkan kamu kerana Allah telah tuliskan kamu dari mereka yang bersyukur dan sebagai utusan yang memberi maklumat yang bekerja untuk menyelamatkan umat manusia dan membimbing mereka ke jalan keselamatan supaya mengenalNya, dan dan menyebabkan mereka menuju kepada kebenaran, keyakinan dan keselamatan yang disanjungNya.

Saya perlu mengajar kamu dan semua orang yang beriman, lelaki dan perempuanm itu adalah satu penghormatan kepada saya untuk menjawab soalan kamu atau berkhidmat kepada kamu dalam apa jua yang Allah mungkinkan saya lakukan untuk membantu dan meringankan kamu.

Seperti yang saya katakan kepada ansar-ansar terdahulu dan saya katakan sekarang kepadamu bahawa saya berharap supaya kamu menganggap saya sahabat yang dengan senang hati berkhidmat kepada kamu, wahai orang-orang yang menyuci hati murni, wahai saudara saudari yang beriman dengan (Malakut) Kerajaan Allah dan kamu yang membenarkan kalimat Allah dan tidak mengkufurinya.       
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan

Syawal 1430 H

No comments:

Post a Comment