Tuesday 24 February 2015

Soalan 370: Makna Mimpi Yang Didoakan Imam (as)

Soalan 370: Makna Mimpi Yang Didoakan Imam (as)
السلام عليك يا بن رسول الله وعلى آبائك وأهل بيتك الطاهرين.
Salam atas tuan, wahai anak Rasulullah dan atas bapa-bapa tuan dan atas Ahl Al-Bait tuan yang disucikan.

Saidi, saya dari mereka yang dihidayahkan untuk berpegang dengan Wilayah bapa-bapa tuan yang disucikan dan dengan tuan dan Mahdi-mahdi dari amak-anak tuan.


Saya telah melihat dalam mimpi tentera pelopor tuan berarak masuk dengan amat menyeramkan sehingga saya mahu melarikan diri. Tetapi saya dapati pintu tertutup, kemudian saya berdiri di sebelah wahita berjilbab hitam, dan berdetak di dalam hati saya mengatakan dia adalah Saidatina Al-Zahraa’ (as), saya bertanya : Adakah puan Saiyidah (Al-Zahraa’)? Tetapi tidak dijawab.

Tunjukkanlah pada saya, Saidi dan nasihatilah saya apa yang baik bagi saya dan jayakan saya bagi menetapkan pencarian makna mimpi yang tidak mententeramkan ini.

Dihantar oleh: Yusuf Abdullah

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Semoga Allah menjayakan saudara dari segala kebaikan, dan menjauhkan saudara dari segala kejahatan, dan mengamankan saudara kerana dia Maha Halus Kasihnya, Maha Penyayang Yang memelihara (merawat) kesihatan dan kesejahteraan di dalam agama dan dunia, dan menjadikan saudara dari orang-orang teguh atas kebenaran dengan kebaikanNya Yang Maha Suci.

Ahmad Al-Hassan
1430 H



✡✡✡✡✡


No comments:

Post a Comment