Monday 10 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 93 - 96


Kisah Rukyah 2: Halaman 93 - 96


Umm Muhammad - Nasiriyah


Saya melihat ibu saya dalam suatu rukya jadi saya meminta dia untuk meletakkan Al-Quran Al-Karim di dadanya dan terdapat sekumpulan orang yang saya maksudkan, saya tidak mengenali mereka. Dan saya berkata kepadanya” Siapa mereka dan apa yang mereka mahu daripada saya, Lalu dia berkata: mereka mahu mengambil daripada kamu sesuatu yang ada pada kamu. Saya berkata kepadanya: Apa iang ada pada saya? Katanya kamu ada risalah, saya katakan, dari mana risalah tersebut? Katanya: dari Al-Zahra’ (as). Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Ulasan: -

Risalah ini adalah dakwah Al-Zahra’ (as) yang diketuai oleh anak-anaknya, sekarang adalah Al-Syed Al-Mansur Ahmad Al-Hassan dan ia termasuk jin juga merangkumi manusia. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Najih - Al-Basrah


Saya melihat Imam Mahdi (as) di langit di tangannya ada Zulfiqar tetapi tidak seperti pada replika dan gambar yang seolah-olah ia berbentuk yang sangat dahsyat dan berkata: (Ia adalah yang sebenar) iaitu dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Ulasan: -

Pedang Zulfiqar Imam Mahdi dan yang dibawanya bermaksud yang dekat dengannya untuk melakukannya, Insya-Allah, ia adalah sama ada teruk seperti yang digambarkan dalam rukya, kerana teruk apa yang dilihatnya dari pembunuhan manusia, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Umm Nur - Baghdad

Sebelum Al-Husseiniyah dibina saya melihat dalam tidur deretan wanita berpakaian hitam berkata kepada saya Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allah Wa Barakatuh. kemudian berkata kepada saya: Saya ingin bertanya kepada kamu satu soalan dan soalannya adalah mengenai tempat Al-Husseiniyah, saya menjawab, 'Marilah kita pergi ke tempat yang akan saya tunjukkan dan saya membawanya ke jalan yang membawa kepada Al-Husseiniyah sedangkan saya tidak tahu bahawa jalan ini akan menuju ke Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as).


Dhia’ - Nasiriyah

Pada suatu hari, saya melihat rukya seorang Syeikh Al-Habib Al-Sa3idi, seorang ansar. Dia berada di hadapan saya dan saya mendengar suatu suara dari langit mengatakan tiada bantahan mengenai perkara ini, sesungguhnya para rasul dan nabi-nabi Allah Taala mendengarkannya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin..

Ulasan: -

Dalam banyak hadits-hadits yang mulia menerangkan ansar Imam Mahdi dikenali di langit dan tidak dikenali di bumi dan diriwayatkan dari mereka (as) bahawa para sahabat Imam Mahdi (as) membawa Tauhid haqiqi, maka tidak hairanlah wahai saudara pembaca dari rukya ini, ia bercakap mengenai kemuliaan Ahl Al-Bayt (as), ilmu mereka tertegak di alam semesta dan yang memuliakannya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin0


Salah - Nasiriyah

Saya melihat ketika masuk Al-Husseiniyah (Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as)) dan ketika saya sedang tidur ada dua ekor serigala berwarna jelly terang keputihan masuk ke padang pasir, dan terdapar sedikit sayur-sayuran dan dua ekor serigala itu makan atau mengoyakkan bangkai keledai mati dan menyiat kulitnya. Sementara itu, datang singa yang sangat besar yang cantik dan kuat mengunjungi kedua-dua ekor serigala itu. Ia menaiki batu tinggi, lalu serigala-serigala itu kembali dengan ketakutan dan patuh kepada singa ini dan mengundur ke belakang dan seolah-olah saya melihat kedua-duanya, saya melihat salah saru daripada kedua-duanya seolah-olah saya, dan saya tidak tahu apa sebabnya. Allah lebih mengetahui dan lebih bijaksana, Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Adalah diketahui bahawa keledai dalam alam rukya adalah orang alim yang tidak beramal. Allah berfirman
(مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ)
(Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai.) (Jumaat 62: 5).


Dhia’ - Nasiriyah


Sebelum timbul fitnah (Haidar Musyattat) selama dua hari saya melihat dalam alam rukya, saya telah pergi ke kediaman Haidar Musyattat di Imarah. apabila saya sampai di rumahnya saya memasuki melalui taman dan tidak masuk ke dalam rumahnya dan saya mendengar oertengkaran yang kuat dalam rumah (semasa rukya) dan saya menerima berita bahawa bapa saya kelelahan dan telah dibawa ke hospital. Jadi saya minta izin kepada Haidar Musyattat untuk pergi kepadanya, tetapi dia tidak terima. Lalu saya keluar dan pergi mendapatkan ayah saya dan Haidar tidak puas hati. Dan Subhana Allah, Haidar Musyattat datang menemui saya pada pagi berikutnya dan dia telah murtad dari dakwah Al-Syed Ahmad. Dia berkata: Bahawa saya Al-Yamani yang dijanjikan, secara dusta dan palsu dan menyebabkan masalah kepada Imam Mahdi (as) dan masalah kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan

Ulasan: -

Hadits Rasulullah (S) kepada Ali (as): Wahai Ali, aku dan kamu adalah bapa kepada umat ini) dan pada setiap zaman terdapat bapa kepada umat ini, dan pada hari ini simpanan dari Aali Muhammad adalah mereka berdua Al-Hujah ibn Al-Hasan (as) dan Al-Syed Al-Mansur Mahdis Pertama Ahmad Al-Hassan (as).  bapa saya di dalam rukya itu adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Salah seorang ansar

Saya melihat dalam tidur, Al-Syed Ahmad Al-Hassan duduk di taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan Al-Syed sedang sibuk bertafakkur kepada Allah SWT dan Allah menampakkan cahaya pada tangan kirinya yang bertulis (Muhammad) dan pada tangan kedua cahaya bertulis (Ali) dan kelihatan mata di langit memandang dan tanpa bulu mata, dan selepas itu imej mata itu menjadi Imam Hussein (as ) dan saya mendengar suara yang melafazkan: telah zahir kebenaran dan yang batil telah lenyap" (tiga kali), apabila saya mendengar suara itu saya pergi dengan cepat ke (tempat perhimpunan- masjid) dan bila melangkah ke tempat perhimpunan - masjid itu telah diulangi: Telah zahir kebenaran dan yang batil telah lenyap. seolah-olah kata-kata ini adalah Azan terhimpun dalam rukya itu, tetapi yang menghairankan saya melihat bahawa orang-orang tmeninggalkan masjid-masjid dan melarikan diri ke rumah mereka dan menutup pintu dari anak-anak dan isteri-isteri mereka, pada masa yang sama muncul di langit orang yang sangat tua memakai serban bertongkat, dan dia adalah (burung) di langit dan tidak bergerak, seolah-olah berdiri di atas tanah. selepas itu saya masuk ke dalam masjid dan didapati tiada orang dan tiada jemaah yang solat. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan: -

Azan sini adalah kemunculan urusan Imam Mahdi (as) kerana ia adalah permulaan kepada solat dan dalam solat adalah diwajibkan patuh mengikit imam oleh Yang Maha Suci dan telah dihuraikan dalam Al-Mutasyabihat dan di sini adalah peraturan (gambaran atau pertuturan) kepada Imam (as). mengelak dan menyembunyikan kepalanya di dalam tanah seperti burung unta, akan sesat jalan. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Seleas


No comments:

Post a Comment