Wednesday 12 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 99 - 100


Kisah Rukyah 2: Halaman 99 - 100


Ghalib - Nasiriyah


Saya mendengar bahawa dakwah Imam Mahdi (as) dan washinya di Najaf. Lalu saya memikirkan mengenainya. Kemudian saya melihat dalam alam rukya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (Ini adalah rukya sebelum saya melihat dia (as)) memegang tangan saya dan saya bersalamaan kepada Imam Mahdi (as) Wal-Hamdu Lillahi Wahdah      .


Seorang wanita ansar - Nasiriyah


Saya melihat Al-Syed Ahmad Al-Hassan dengan sekumpulan ansar berjalan di atas air dan kemudian dia solat bersama ansar. Selepas solat Al-Syed pun pergi. Ketika wanita itu bertemu dengan ansar, saya teringat sifat-sifat Al-Syed. Maka ia betul-betul sama kepadanya (as). Adalah diketahui bahawa wanita itu tahu nama dan sifat-sifatnya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Salah seorang ansar


Anak perempuan saya sakit, doktor-doktor tidak berupaya untuk merawatnya. Dan dalam dalam rukya saya pergi menziarahi Al-Syed Ahmad Al-Hassan dengan sekumpulan ansar dan kami masuk ke rumah lalu menghadapkan anak gadis saya kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dia mendoakannya agar sembuh dari penyakitnya, dan apabila saya terjaga daripada rukya dan ia pada waktu pagi, anak perempuan saya telah sembuh dengan kuasa Allah SWT dan berkat doa Al-Syed kepadanya. Saya meminta atas sifat-sifat Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dijelaskan sifat-sifatnya dalam rukya itu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Hassan / Rifai


Saya melihat paparan skrin yang besar yang dibahagikan kepada beberapa skrin, setiap satu darinya memaparkan rukya yang membuktikan kebenaran Amirul Mukminin (as) dan mengutuk musuh-musuhnya, dan melalui skrin ini membuktikan kebenarannya (as) maka saya menjadikan contoh gambar Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dan bahawa rukya itu membuktikan kebenaran Amirul Mukminin (as) maka ia adalah sama membuktikan kebenaran Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Abdul Qadir - Basrah


Saya melihat dalam alam rukya Imam Al-Hussein (as) memakai perisai bersedia untuk berperang. Apabila menelitinya saya melihat Imam (as) menangis dan lalu saya berkata kepadanya: Saidi, apa yang membuat tuan menangis, dia (as) berkata, Aku menangis kerana kasihankan mereka yang celaka ini (yang dimaksudkan adalah ulama Najaf) dan kemudian tersembunyi ke dalam dadanya yang mulia. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Abdul Qadir - Basrah



Saya melihat dalam kasyaf (mukasyafah) Imam Al-Hussein (as) telah masuk masjid Kufah, dan dia membawa pedangnya. Di masjid itu, ada seorang yang berserban yang mempunyai pengikut tidak mempedulikan perintah Imam Al-Hussein (as) dan kemasukannya, Imam marah atas kedudukannya dan kemudian meninggalkannya lalu ansar  mengepung di sekelilingnya – ansar Imam Mahdi, yang ada pada saat ini - dan kemudian mereka keluar dari masjid Kufah. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Sebelum ✡✡Menu✡✡ Tamat



No comments:

Post a Comment