Wednesday, 12 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 96 - 99


Kisah Rukyah 2: Halaman 96 - 99


Salah - Nasiriyah


Saya melihat Al-Syed Ahmad Al-Hassan berjalan ke kapal dan berdiri di barisan hadapan Al-Syed dan berkata kepada saya supaya pergi ke tempat pemerhatian dan saya pun pergi dan saya melihat dua kapal yang mendekati. Saya berkata, Tuan, saya melihat tidak jauh ada dua kapal, Beliau berkata kepada saya: Apakah jenis pakaian mereka. Saya berkata: Adapun yang pertama pakaian mereka hitam dan panji mereka berwarna hijau yang ditulis padanya Asyhadu An La Ilaha Illa Allah, kapal kedua pakaian mereka berwarna putih, panji mereka berwarna putih ditulis dengan perkataan yang panjang termasuk perkataan pertolongan, saya tidak ingat yang lain, dia berkata kepada saya lihatlah sekali lagi. saya melihat kapal yang jauh sedang menuju kepada kita, yang terbesar dan yang paling indah dan yang paling kuat saya memerhatikannya dan melihat pakaian mereka berwarna merah dan mempunyai panji besar. Ditulis di atasnya dengan sokongan Jibrail, dikuatkan oleh Mikael dan dibantu oleh Israfil. Di bawah kata-kata ini adalah perkataan baik yang ditulis di dalamnya, Ya Fathimah Al-Fawathim Qad Fathamati Wa Talathamati dan dua perkataan lagi saya tidak mengingatinya, Al-Syed berkata kepada saya, Pegang panji ini dan dia berikan kepada saya sebuah panji kecil (kayu yang panjangnya setengah meter lebih kurang.) tertulis padanya (kami di sini adalah Ahl Al-Bayt, dan di sana dari Allah) lalu saya mengangkat panji itu dan mengibarkannya, panji menjadi panji yang sangat besar dan berat di tangan saya, lalu saya berkata, Tuan, panji ini terlalu berat di tangan saya. Lalu dia berkata, Salah hertawakkallah kepada Allah dan kibarkannya dan katakan La Haula Wala Quwata Illa Billah dan saya pun mengibarkannya tiga kali, lalu kayu panji itu turun ke laut, dan panji itu naik ke langit dan lebih tinggi dari awan dan kelihatanlah panji yang memenuhi langit dari dari semua arah. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Dhia’ - Nasiriyah


Satu hari saya berbincang dengan orang yang saya kenal mengenai sebahagian ulama Najaf yang membuat kerusakan dan penolakan mereka atas dakwah Imam Mahdi dan wasiat, dia membela salah seorang daripada mereka. dan dalam alam rukya, saya melihat orang itu membela Yazid bin Muawiyah (laknahumu Allah), Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Luftah - Al-Nassiriyah


Aku melihat dalam alam rukya bahawa saya adalah seorang pemimpin (komander) sekumpulan ansar dan ia adalah kumpulan tentera (bersenjata) dan kami telah dibahagi-bahagikan kepada markaz-markaz dan kami berada di bangunan kekuasaan polis. Tentera Amerika bersedia untuk menangkap kami. Mereka memberi tumpuan kepada pemimpin (komander) dan mengulangi perkataan ini: kami mahukan komander, kami mahukan Luftah. Apabila mereka sampai kepada kami dan kami bertemu muka-ke-muka pada mulanya berasa takut. Saya berkata kepada diri saya sendiri, mengapa rasa takut bukankah kita adalah ansar Imam Mahdi (as) dan jika kita terbunuh kita berada di pihak yang benar. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Abu Sajad - Najaf


Saya melihat dalam alam rukya bahawa saya membawa bersama Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang memegang (Jafjir Kabir) daripada kayu dan kami berjalan di jalan-jalan seperti jalan raya (Al-Hawisy  berhampiran Imam Ali (as)) sehingga kami mendapat di sana banyak (yang lurus). Al-Syed berpaling kepada saya dan berkata, ini adalah apa yang kamu cari. Berdekatan dengan kami adalah Syeikh Nadzim 3uqaili mengajar di halaqah dan wajahnya seperti cahaya sinaran bulan, saya berkata kepada Al-Syed, kita berikan yang lurus. Dia berkata berikan saya. Maka saya faham dia mahu yang dipegang itu lalu saya berikan kepadanya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Salah seorang Ansar - Al-Majar

Saya melihat ansar bekerja dalam pembinaan Husseiniyah, Al-Syed Ahmad berkata kepada mereka: sebagaimana kamu letih dalam pembinaan ini akan datang kepada kamu suatu perkara yang lebih meletihkan lagi. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Syed Karim - Imarah


Saya melihat dalam alam rukya ruangan bawah tanah (Sirdab) berada telah dimasuki air dan mereka berkata: akan datang Imam (as) untuk memasuki ruangan bawah tanah itu, dan datang seorang lelaki berserban di tangannya ada sebuah kitab yang diletakkan di dadanya. Lalu masuk dari arah yang saya tidak ketahui dan dia menghilang. Mereka berkata bahawa dia adalah Imam Mahdi (as). Kemudian saya tetap hairan dengan apa yang berlaku dan tiba-tiba ramai orang berlari dan mereka berkata bahawa dia adalah Imam Mahdi (as). Saya tidak mampu mengejar dengan kelajuan gerakannya; saya tetap hairan dengan perkara itu. tiba-tiba saya bersama tiga orang lelaki, salah seorang daripada mereka berkata kepada saya: Sedih betul aku lihat kamu bimbang dengan perintah Imam (as) selepas dua hari Imam (as) akan menerangkan kamu dan rapat dengan kamu. dan diberikan kepada saya tasbih hitam. Selepas rukya ini beberapa hari kemudian, Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam (as) datang ke bandar kami dan dia pergi dengan cepat. Saya tidak bernasib baik untuk menemuinya, dan rukya itu menjadi nyata kepada saya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


‘Alaa’ - Nasiriyah

Saya melihat dalam rukya bahawa Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as) di Nasiriyah telah siap, Al-Syed Ahmad dan sekumpulan ansar bersedia untuk solat berjama'ah. Kami memanggil salah seorang dari ansar untuk menyertai solat, kami mengambil inisiatif untuk menyertai solat dan kemudian datang sebelum didirikan solat empat ulama dari para ulama Syiah. Mereka adalah Al-Syed Abu Al-Qasim Al-Khoei, Al-Syed Muhammad Sadiq Al-Sadr, Al-Syed Sistani dan Al-Syed Muhammad Hussein Fadhlallah. Muhammad Hussein Fadhlallah berdiri di pintu Husseiniyah, dia berkata, Saya tidak yakin pada dakwah ini. Kemudian masuk Al-Syed Al-Khoei dan menyertai solat dan masuk Al-Syed Al-Sadr memberi ucapan menjelaskan dakwah ini. dia berkata, Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah benar dan seruan dakwahnya benar dan kemudian Al-Syed Sistani masuk dan turut serta tetapi dia tetap berdiri. Saya menghampirinya dan mahu mendorongnya dan saya memberitahunya supaya menyertainya kerana Al-Syed Khoei menyertai solat dan mereka semua berada dalam saf terakhir. Allah menjadi saksi atas apa yang saya katakan.


Sebelum✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment