Monday, 10 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 90 - 93


Kisah Rukyah 2: Halaman 90 - 93


Abu Ibrahim - Baghdad


Dalam pembentukan tentera Imam Mahdi (as) saya pergi ke hadrat Imam Al-Kadzim dan meminta dan berdoa kepadanya: Jika ini ya Maulai adalah tentera Imam Mahdi, sebenar, jadikanlah aku di kalangan mereka, dan aku bukan di kalangan mereka maka jadikanlah aku ansar Imam Mahdi dan tenteranya, dan saya balik ke rumah pada waktu matahari terbenam. Pada malam itu, saya diberi penghormatan untuk melihat rukya Saidi wa Maulai Imam Mahdi dalam tidur. saya duduk dan memuji Allah, dan selepas hampir tujuh hari dari rukya datang kepada saya atas dakwah Imam Mahdi (as) dan mendapati bahawa sesiapa masuk ke dalamnya akan diredhai agamanya ia benar dan jujur, dan ia menunjukkan sesuatu yang meyakinkan lalu saya memasukinya, dan saya berterusan seperti ini hampir dua bulan atau kurang kemudian saya melihat rukya kedua:


2 - Abu Ibrahim - Baghdad


Saya melihat bahawa saya duduk di dalam sebuah bilik. Di hadapan saya ada Syeikh Haidar Musyattat, dia mencium lelaki berjanggut yang memakai disydasyah putih dan ada tanda-tanda kebenaran, dia sedang duduk, salah satu dari lututnya di atas Syeikh Haidar Musyattat dan dia berbisik di telinganya, dan kemudian dia bangun dan duduk di sebelah kanan saya dan memberitahu saya: (darinya ia sanggup menghilangkan agamanya) dan menunjuk kepada Haidar Musyattat. Saya berkata kepadanya: Syeikh Haidar ini saksi kepada Syed Ahmad atas dakwah untuk Imam Mahdi (as), Dia yang menjalankan dan membawa dakwah, beliau berkata: (Dia Dajjal bermata satu), saya berkata kepadanya: Saya yakin bahawa dia adalah Syeikh Haidar, dia berkata: Dia Dajjal bermata satu dan ia sanggup menghilangkan agamanya mendatangkan hari kamu mengikutinya) dan rukya berakhir.

Apabila saya duduk kembali kepada dakwah ansar Imam Mahdi (as) secara menyeluruh saya pergi ke Basrah dan seperti biasa  saya menuju ke Al-Majar di Imarah bertemu dengan salah seorang ansar, lalu dia berkata kepada saya: Al-Yamani telah muncul. Ia suatu kejutan kepada saya dan saya bertanya kepadanya: Siapakah dia? Maka dia berkata kepada saya, Haidar Musyattat Saya berkata kepadanya: Apabila saya ingin tahu daripadanya soalan di mana saya dapati dia dan selepas seketika saya teringat rukya saya, maka saya merujuknya dan menceritakannya dan saya berkata kepadanya: Kamu ambil terlebih dahulu; rukya dari Allah. Apa yang dikatakan tentang ini tidak ada jawapannya. Dan Maha Suci Allah, Allah tidak menolakku melainkan menyempurnakan cahayaNya pada malam itu, Dia menyediakan dua orang ansar dari Najaf Al-Asyraf membawa kenyataan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan bahawa Haidar Musyattat keluar daripada ansar Imam Mahdi dan dakwaannya dari dirinya sendiri bukan dari Imam Mahdi (as). Maka saya dapati bahawa rukya itu adalah kenyataan murtadnya Haidar Musyattat. selepas kurang daripada satu bulan dari rukya yang telah saya lihat mengenai Haidar Musyattat bahawa dia adalah dajal yang murtad dan kumpulan yang bersamanya  dan dakwaannya sebagai Al-Yamani adalah dusta dan palsu telah menjadi seorang lagi dajal. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Dhia’ - Nasiriyah

Allah memberkati saya pergi mengiringi Al-Syed Ahmad Al-Hassan dalam satu masa dan kami menziarahi rumah salah seorang daripada ansar dan pada malam itu saya melihat rukya: Imam Mahdi (as), yang memegang Kitab (Ushul Al-Kafi) dan diberikannya kepada saya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Ulasan: -

Al-Kafi cukup untuk menjadi seorang Syiah seperti yang diriwayatkan dalam khabar dari simpanan Aali Muhammad (as), ia adalah perkara berat kedua dari wasiat Rasulullah –Tsaqalain - iaitu Aali Al-Bayt (as). Adakah mungkin untuk mana-mana orang waras untuk mengatakan bahawa saya patuh kepada kepercayaan yang bertentangan dengan Ahl Al-Bayt (as), dan memberi kepada saya kehidupan (kekayaan) ini, Kita kepunyaan Allah dan kepadaNya kita kembali. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Najih - Al-Basrah


Saya melihat seolah-olah saya menziarahi makam Saidi wa Maulai Abi Abdillah Al-Hussein (as). Ketika saya berziarah itu kemudiannya saya mengangkat tangan ke langit menjadi lebih tinggi daripada halaman suci itu, dan saya melihat di pintu halaman Imam Hussein (as) dan saya berkata kepada Imam (as): Saya mahu menjadi Khadammu. Beliau berkata, kamu adalah dari Khadam kami (dengan demikian saya dari kalangan yang beriman dengan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan). Dan di tangan saya ada sesuatu yang berbentuk persegi dan panjangnya satu meter dan lebarnya empat jari dan di mana terpancar darinya turus cahaya di antara (makam) Al-Abbas dan Imam Al-Hussein (as) dan saya menghidu bau wangi yang tidak pernah saya mencium bau yang seperti itu sebelumnya dan bau itu kekal selama dua hari ketika dalam jaga. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Syeikh Badr - Najaf

Saya melihat dalam tidur bahawa seorang lelaki tua yang berjanggut rapi di atas permaidani hijau mengangkat tangan kanannya melambaikan salam dan berkata (Imam Al-hujah akan dilapangkan selepas tiga minggu) dan selepas pergi dan berlalu rukya ini seperti yang dikatakan tiga, tetapi dalam tahun, jatuhkah Saddam. saya pergi menemui salah seorang dari kawan-kawan saya (seorang ansar Imam Mahdi (as)). Dan saya dapati dia ada tetamu para ansar, termasuk seorang lelaki tua, yang pernah saya cakapkan dan lelaki itu bercakap-cakap dan saya memerhatikannya. Saya berkata di dalam hati: Saya kenal lelaki ini. tetapi di mana saya mengenalinya? Dia berkata kepada saya, sebagaimana yang saya katakan "Permaidani hijau" dan saya tidak mengatakan perkataan itu, maka saya teringat rukya bahawa dialah yang duduk di atas permaidani hijau. Perhatikankah bahawa dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah benar kerana dia adalah salah seorang dari ansarnya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Kasim - Basrah


Saya melihat dalam tidur bahawa Syed Ahmad berjuang dengan berperang semata-mata, dan hanya kami para ansar bersamanya sahaja tiada sekutu yang lain, Ia adalah peperangan seperti sinar laser, dan saya melihat manusia ada yang terbakar kepalanya, ada yang terbakar pakaiannya dan ketiga ada yang terbakar janggutnya, Salah seorang yang terbakar bertanya siapa dia ini (hai syanu). Kami berkata kepadanya: Ini adalah utusan Imam al-Mahdi (as). Mengapa kamu tidak beriman kepadanya dan masuk bersama kami dalam dakwah, dan kemudian kami dikumpulkan oleh Al-Syed untuk solat dan bersama kami orang-orang yang terbakar itu. Dan solat bersama kami di masjid yang diperbuat daripada rotan adalah sama dengan rumah tamu dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan hanya empat meter dari kami dan Imam Al-Sajad (as), saya tahu dalam fikiran saya dan dia memakai pakaian Ahl Al-Bayt (as) tetapi dia lemah kurus dan selepas solat saya membantu sekumpulan dari orang-orang yang solat yang datang kepada kami kerana takut tidak secara sukarela. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Ulasan: -

Adalah suatu kebiasaan Al-Syed Ahmad Al-Hassan memakai pakaian Ahl Al-Bayt yang telah diminta oleh Imam Al-Hujah ibn Al-Hasan (as) dan mewakilinya juga menjelaskan kepada manusia dengan penampilan Imam Al-Sajad secara khusus, ia adalah kerana mengambil revolusi Imam Al-Hussein dan Allah lebih mengetahui, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas


No comments:

Post a Comment