Kisah
Rukyah 2: Halaman 76 – 78
Hasan - Nasiriyah
Saya melihat Amirul Mukminin serta Imam Al-Hassan
dan Imam Al-Hussein (as), mereka memakai serban putih, berjalan di atas jalan
Imam Al-Hussein (as) dan bersama mereka ada kuda Rasulullah (S) yang membawa
panji-panji ansar bertulis (Pertolongan dari Allah dan pembukaan (kemenangan) yang
hampir) dan Imam Ali (as) berdiri maka ansar berkumpul dan kami bergembira.
Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Kadzim - Nasiriyah
"Saya diberi kehormatan dalam alam rukya dengan
rukya Imam Mahdi (as). Kami duduk di (bilik) Imam (as) berbual dengan saya, ia perbualan
yang panjang, saya bertanya kepadanya mengenai hadiah kerana dia memberikan hadiah
kepada sebahagian ansar, katanya: Aku memberi mereka hadiah dan mereka memberi
saya hadiah (sejumlah perhiasan, maka saya berkata kepadanya (as): Hadiah ini
sukar untuk mendapatkannya, lalu beliau memberi saya hadiah sederhana, walaupun
selembar benang saya mendapat berkah dengannya,), Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Ulasan: -
Imam memberitahu seorang ansar bahawa dia
memberi kepada sebahagian ansar hadiah dan rukya menjadi kenyataan di bumi nyata
dengan diberikan oleh salah seorang ansar tasbih sebagai hadiah dari Al-Syed
Ahmad Al-Hassan. Alhamdulillah sahaja.
Syeikh Badr - Najaf
Saya melihat nabi Allah Isa (as), nabi
Allah Elia (as), Al-Khidir (as) dan utusan Imam Mahdi (as) (Ahmad Al-Hassan)
dan di belakang mereka semua ada (313) orang. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Ulasan: -
Mereka ini adalah empat rukun-rukun (tunggak-tunggak)
Imam Mahdi (as), dan yang paling unggul ialah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (semoga
Allah membantunya dan memuliakannya) dengan itu ia dipanggil tunggak yang
unggul (Al-Rukun Al-Syadid). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Hassan - Imarah
Aku melihat dalam tidur bahawa kuburan Imam
Al-Hussein (as) terbuka dan Imam Al-Hussein (as) di sisinya dan saya melihat
Al-Syedah Al-Thahirah Zainab Al-Haura’ (as) berditi berhampiran Imam Al-Hussein
(as) yang dekat dengan sekumpulan orang-orang tertentu, tetapi mereka hanya
sedikit bilangannya. Al-Syed Ahmad Al-Hassan berhampiran dengan kaki Imam Al-Hussein
(as ) dan semua orang menangis pada Imam Al-Hussein (as) dan aku termasuk dari
orang-orang yang menangis dan memandang Al-Syed Ahmad Al-Hassan washi dan
utusan Imam Mahdi (as) dan dia bangkit dari tempatnya dan berkata kepada saya: marilah
ke tempatku, sehingga saya menangis lebih banyak lagi. Lalu saya bertanya
kepadanya: Mengapa kita yang hampir dengan Imam Al-Hussein dan menangisi atas
Imam Al-Hussein (as) begitu sedikit, Al-Syedah Al-Thahirah Zainab Al-Haura’ (as)
menjawab: Mereka ini golongan (313) orang ansar Imam Mahdi (as) mereka
hanya memperhatikan Imam Mahdi (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Ulasan: -
Dan rukya melihat kuburan Imam Al-Hussein
(as) terbuka dan Al-Syedah Al-Thahirah berdiri dekat dengan beliau (as)
menekankan bahawa perkara Imam Al-Hussein telah terbuka dan bahawa ia adalah
masa untuk menuntut bela atas (revolusi Al-Hussein) dan kehadiran Al-Syed Ahmad
Al-Hassan, berhampiran di kaki Imam (as) bermakna dia yang bertanggungjawab atas
perkara ini. Inilah sebabnya Al-Syedah Al-Thahirah menyebut ansar Imam Mahdi (as).
Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Muhammad - Imarah
Dalam alam syahadah (di dalam kehidupan dunia
ini) di dinding-dinding (rumah) kita ada gambar salah seorang daripada imam-imam
(as). saya memberitahu kepada isteri saya bahawa gambar secara umum memberikan
persamaan dengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as) dan pada malam yang
sama isteri saya melihat dalam tidur bahawa orang-orang berteriak bahawa Imam
Mahdi (as) telah zuhur dan dia menyampaikan berita itu kepada ibu bapanya (keluarganya)
bahawa dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah benar, dan sesungguhnya suami saya
telah memberitahu kamu berulang kali tetapi kamu tidak percaya padanya,
sebenarnya telah datang kepada kamu Imam sendiri sekarang dan kemudian dia melihat
(Abu Muhammad) masuk ke rumah dan pergi ke bilik mandi untuk bersuci dan
memakai pakaian putih dan seluar (Khaki) dengan memakai peralatan perang dan
senjata dan berkata: (Hari ini Abu Saleh muncul - zuhur). Wal-Hamdu Lillahi
Wahdah.
Ulasan: -
Pergi ke bilik air merujuk kepada
pembersihan untuk masuk keoada dakwah Imam Mahdi (as) dan memakai pakaian, ia
adalah firman Allah
(وَلِبَاسُ
التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ)
(Dan pakaian takwa itulah yang paling baik)
dan dijelaskan kata-kata ini di dalam (Al-Mutasyabihat) dan pakaian ini dari
kain putih, ada pun seluar, ia merujuk kepada pergerakan jihad bersenjata, yang
akan dilakukan oleh orang mengikuti pergerakan Imam. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
.
Syeikh Badr - Najaf
Saya melihat seorang dari kawan-kawan, dan
dia bukanlah seorang yang beriman dengan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan
tangannya ada kitab, dia berkata ia adalah Quran dan di tangan saya ada Quran dan
Al-Quran yang ada di tangan saya berkata-kata dan Al-Kitab yang ada di
tangannya diam (senyap) tidak berkata-kata dan ia menekankan, dan memperingatkan
serta berkata kepadanya, bercakaplah bercakaplah bercakaplah. Wal-Hamdu Lillahi
Rabbi Al-3alamin.
Ulasan: -
Adalah diketahui bahawa Al-Quran yang berkata-kata
adalah Imam ma'sum maka sesiapa yang berpegang dengan Tsaqalain akan selamat
jika tidak ia termasuk dari golongan orang-orang yang binasa ia adalah semula
jadi (biasa), kitab tidak akan berkata-kata bagi sesiapa yang tiada seorang
imam. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
No comments:
Post a Comment