Mimpi Yang Membawa Aku Beriman Kepada Imam
Ahmad Al-Hassan (as)
FikreALI – Amirah Arab Bersatu
بسم الله
الرحمن الرحيم
ولا
حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
sekalian alam. Dan Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan Aali Muhammad,
para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Pada tahun 2010 kerika aku (A3uzhu billahi Min
Al-Ana – Aku berlindung dengan Allah dari ego keakuan). sedang berjalan untuk
mengambil Kitab Ahl Al-Bait (as) aku terjumpa Kitab yang dikenali
sebagai Ghaibat Al-Nu3maani dan aku membaca sepenuhnya. Selepas beberapa hari membaca
kitab ini Allah telah memberkati aku dengan ziaarah Imam Al-Hussain
(as), Maka selepas kembali dari Karbala, aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana) mendapat
tahu mengenai dakwah Al-Yamani dibuat oleh Ahmad Al-Hassan yang dijanjikan yang
datang sebelum Imam Al-Mahdi (as) dan dia kelihatan untuk dari generasi
ke-6 Imam Al-Mahdi (as), dan ucapannya adalah berbeza daripada ucapan
penceramah lain, di mana semua ini mengenai Al-Yamani yang ditulis dalam kitab-kitab
tersebut (seperti Ghaibat Al-Nu3maani) tetapi aku masih perlukan penyelidikan
lanjut.
Oleh itu, ia ada dalam fikiran ku, dan pada minggu
itu, Aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana) mula mencari nama Ahmad Al-Hassan di
youtube dan telah dapat Khutbah Haji (iaitu panjangnya 50 minit lebih kurang) yang
disampaikan oleh Ahmad Al-Hassan, dan terdapat terjemahan Bahasa Inggeris jadi aku
mula mendengar khutbah dan dalam hatiku, aku mohon kepada Allah jika ia
benar, aku akan menangis ketika mendengar khutbah ini. Di mana peluang
menangis sangat kurang bagi ku disebabkan apa yang beliau ucapkan pada
permulaan adalah mengenai memuji Tuhan dan perkara-perkara yang sama dengannya,
tetapi satu kenyataan benar-benar membuat aku menangis apabila Ahmad Al-Hassan berkata:
"Ini
telah dikatakan kepada ku oleh bapaku Amir AI-Mukminin (as)"
Sebaik sahaja aku mendengarkannya aku mula
menangis, sebab aku tidak pernah mendengar seorang pun dalam hidup ku memanggil
Amir AI-Mukminin (as) sebagai "Bapa" kecuali diri ku
sendiri (aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana), iaitu sekali ia berlaku ketika aku menceritakan
kepada seseorang tentang pembunuhan Amir AI-Mukminin (as) dan kata-kata
yang keluar dari mulut ku
"Apabila
bapa ku telah ditetak dengan pedang"
sebagai ganti kata-kata
"Apabila
Amir AI-Mukminin telah ditetak dengan pedang"
Aku hairan dengan diriku apabila menyedari ketika
aku berkata Amir AI-Mukminin (as) sebagai bapa kerana aku dari keturunan
Ali Ibn Abu Talib (as) jadi aku boleh tidak mengatakan
Astaghfirullah untuk perbuatan ini, dan menerima perbuatan ini adalah berat
untuk ku, jadi ia tidak sengaja berlaku kepadaku dan ia sangat manis. dan aku baru
mendengar Ahmad Al-Hassan berkata yang sama, dan aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana)
tahu keikhlasan orang yang memanggil Imam Ali (as) sebagai bapa,
dan secara tak langsung yang membuatkan aku menangis dan begitulah bagaimana
hasratku telah tercapai, oleh itu aku membincangkan perkara ini mengenai apa
yang berlaku denganku dengan orang lain dan berkata bahawa kita benar-benar.
perlukan penyelidikan mengenai tajuk ini, dan aku pun masuk tidur.
(Rukya Pertama)
Oleh itu, apabila aku masuk tidur pada malam itu
juga aku melihat (bermimpi) salah seorang dari sepupu ku mengajak ku datang ke
suatu majlis. Aku melihat semua orang duduk di majlis itu tetapi terdapat
gambar seseorang pada poster dan semua orang senyap duduk seolah-olah mereka
berada di sana kerana poster itu. Kemudian aku keluar dari tempat itu dan aku dapati
diri ku berada di Karbala, lalu apa yang aku lihat di Karbala adalah Makam Maula
Al-Abbas di mana Makam itu tidak ada lagi di sana tetapi terdapat sebuah
katil di dalam tempat Makam tersebut dan Maula Al-Abbas berbaring di
atas katil dan ada kain panjang putih di atasnya yang mencecah lantai, Ia
adalah suatu perasaan yang Maula Al-Abbas hampir keluar dari kubur dan
tidak jauh dari kain itu, dan kemudian aku melihat Imam Al-Hussain (as) dan
walaupun Imam Al-Hussain (as) adalah dengan cara yang sama di mana makam
itu tidak ada dan dia telah keluar dari kubur dan berehat di atas katil yang
ditutup dengan kain putih, ia adalah satu perasaan seolah-olah raja kepada
raja-raja sedang berehat dan akan berdiri, dan aku sangat hampir dengan Imam
Al-Hussain sejarak tidak lebih daripada sehasta denganku, jadi aku melihat
mukanya di bawah kain putih, dan aku merasakan bahawa aku perlu sentiasa berada
dalam kedudukan ini dan tiada apa-apa lagi yang diperlukan, tetapi tiba-tiba aku
melihat orang-orang masuk menghampiri katil Imam Al-Hussain (as) dan
meninggalkan selipar mereka berhampiran dengan tempat tidur, dan kemudian aku (A3uzhu
billahi Min Al-Ana) menjadi tidak selesa dan aku mahu biarlah ada seseorang yang
mengalihkan selipar-selipar itu dari sana, tetapi tiada siapa berbuat demikian,
maka akhirnya aku perlu mengambil dan mengalihkan selipar-selipar itu dari
sana, tetapi ketika aku kembali ke tempat Imam Al-Hussain (as) aku
melihat orang lain akan berziarah Imam Al-Hussain (as) jadi aku
merasakan bahawa: ya semua orang perlu diberikan peluang untuk berjumpa Imam,
bukan hanya untuk ku. Kemudian aku bercadang untuk pergi ke arah Maula Al-Abbas
(as) dan aku pun terjaga.
Sejak dua tahun yang lalu aku mahu melihat Imam
Al-Hussain (as) dalam mimpi (rukya)ku tetapi ia tidak pernah berlaku sebaliknya
apabila aku melihat seseorang yang mengaku sebagai Yamani dan aku tidur
kemudian aku melihat Imam Al-Hussain (as) jadi aku memahami tanda ini
seperti apabila anda melakukan kerja-kerja yang baik dan tidur maka anda bermimpi
Maksumin (as) dalam mimpi anda, Oleh itu ia adalah benar-benar satu
tanda tuntutan dan mimpi.
Kemudian aku mula membaca dakwah Yamani
dari laman www.thearrived.com, sehingga aku dapat membaca banyak hadits
dan dilampirkan juga dengan rujukan yang tepat, dan akhirnya apa sahaja soalan yang
pernah datang dalam fikiranku telah dapat dijernihkan dengan membaca buku-buku
dan artikel di laman web ini, dan kemudian aku membaca tentang orang lain lebih
daripada 1000-an orang yang mendakwa melihat Ahl Al-Bait (as) di dalam rukya
(mimpi) mereka, dan hadits-hadits yang berkaitan tentang mimpi menjadi tanda akhir
zaman, dan kemudian aku melihat tafsiran mimpi daripada Imam Ja’far Al-Shadiq
(as) mengenai makna jika anda melihat Imam Al-Hassan (as) atau Imam
Al-Hussain (as) dalam mimpi anda, di mana dia (as) berkata
"ia bermakna anda telah bertemu dengan seorang Adzim Syiah (Orang besar
Syi’ah) pada malam itu atau anda akan mencapai syahaadah"
Oleh itu aku melihat klip youtube Ahmad Al-Hassan
akhirnya menjadikan beliau seorang Adzim Syiah oleh itu ia menjadikan aku
lebih dekat dengan tuntutan itu.
Terdapat banyak hadits-hadits yang
benar-benar masuk akal dan baik dan perasaan yang lebih jelas untuk difahamkan
seperti pergerakan Sufyani, Yamani dan Khurasani, yang akan berlaku sekali
10.313 akan berkumpul dan apa yang telah Berlaku adalah Zuhur dan bukan khuruj.
Oleh itu, satu perkara yang aku kagumi ialah aku
membaca dalam Ghaibat Al-Numaani di mana Al-Rasul (S) mengatakan "Ibu
kepada Mahdi adalah seorang hamba perempuan berkulit hitam, oleh itu ini
tentulah ibu Ahmad Al-Hassan, kemudian selepas membaca lebih banyak artikel aku
mendapat tahu bahawa ibu kepada Ahmad Al-Hassan adalah seorang hamba
perempuan berkulit hitam.
Inilah bagaimana aku menghabiskan masa selama
dua bulan mengkaji dan meneliti mengenai perkara ini dan melalui hadits-hadits aku
pasti bahawa dakwah ini adalah benar dan aku hanya memerlukan pengesahan
daripada Allah, dengan itu aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana) membuat istikharah
melalui Al-Quran dan dalam hatiku aku telah berkata kepada Allah supaya tidak
menunjukkan sesuatu pernyataan yang rumit di mana sebagai satu perkataan adalah
baik, dan ketika aku membuka Al-Quran di sudut atas kanan terdapat perkataan
"Hujaaiy’" (yang menunjukkan Dia Datang) dan di hujung
ayat.
Al-Hamdu Lillah perkataannya cukup jelas dan dan
betul-betul berlaku apa yang diminta (satu perkataan) seterusnya aku mula
membaca ayat berikutnya adalah
"ini adalah orang-orang yang bertakwa
kepada Allah dan beramal soleh"
dan ayat seterusnya adalah
"terdapat rahmat untuk mereka di dunia
dan di akhirat ini akan sangat berbahagia"
dan kemudian ayat seterusnya ialah
“Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat
(janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”
Maka pada kalimah kemenangan (yang aku telah dibaca
dalam hadis Al-Kisa’ di mana Al-Rasul bersabda: Oh Ali kamu dan SyI’ah
kamu dalam kemenangan) hati aku telah mengesahkannya sepenuhnya.
Jadi sekarang aku mesti benar-benar menerima
dakwah ini tetapi aku masih dalam ketakutan jadi aku memberikan diri aku sebab bagi
menangguhkannya dari mengajak semua ahli masyarakat bersama-sama supaya kami
semua perlu melakukan bai’ah bersama-sama (jadi ini akan memberikan aku lebih
masa dan tuntutan (dakwah) itu akan sampai kepada orang-orang lain)
tetapi ketika aku masuk tidur aku melihat mimpi
ini
(Rukya Kedua)
Aku berasa bahawa seseorang seperti Imam
Al Mahdi membimbing orang lain untuk menyertai beliau untuk berperang, jadi
apa yang datang dalam fikiranku adalah bahawa mereka mungkin melakukan beberapa
jenis filem Iran, oleh itu lebih baik tidak melihat mukanya, kemudian apabila aku
akan memikirkan Imam Al Mahdi (as), muka orang-orang ini akan muncul,
jadi aku pun pergi dari sana tetapi kemudian aku merasakan Imam Al
Mahdi (as) sebenar berteriak "Tiada siapa yang membantu ku"
Selepas mendengar kata-kata ini semua benda
mula menangis dan berkata: Aduhai Imam kita
menangis. semua batu mula menangis, semua zarrah menangis, dan aku juga
menangis, dan aku melihat gunung menangis dan lebur dan menyekat jalan raya,
jadi aku merasakan bahawa Imam Al Mahdi (as) menolak gunung itu jauh dari
jalan raya (menggambarkan kerana aku menjerit dan memanggil anda untuk membantuku
tetapi aku sendiri boleh menggerakkan gunung itu)
Maka ketika aku bangun pada waktu pagi aku
tidak dapat menghalang lagi kerana jelas aku memahami bahawa pemanggil (yang Seperti
Imam Al-Zaman) adalah berbeza tetapi ia seolah- diri Imam Al Mahdi (as)
yang menyeru. jadi aku berdoa kepada Allah SWT melalui istikharah sama ada
orang yang dalam mimpiku yang Seperti Imam Al-Zaman adalah Ahmad Al-Hassan
(as)? Jadi jawapan yang datang adalah Ya..
Jadi dengan begitu, aku tidak dapat membiarkan
Imam Al Mahdi ku menangis, dan aku perlu berbai’ah dengan segala
jiwa dan ragaku di mana aku tahu bahawa kita tidak dapat berpatah balik jika
anda mengambil langkah ini, kerana seseorang yang telah melihat hadits dari
Imam iaitu jika anda lahir dalam din (agama) dan anda keluar daripadanya
sekali maka dibunuh anda adalah wajib dan permohonan maaf tidak akan
diterima daripada anda. sehingga mengetahui semua aspek ini sangat sukar
tetapi aku perlu mengambil langkah ini segera kerana aku tidak boleh membiarkan
Imam Al Mahdi (as) menangis.
Oleh itu, aku akhirnya menerima dakwah ini
tetapi ketakutan masih ada lagi dalam diriku, dan kemudian aku melihat mimpi
yang lain
(Rukya Ketiga)
Maula Al-Abbas (as)
datang dalam mimpiku dan dia (as) berkata kepadaku:
Jangan takut kerana sekarang kamu mahfudz
(dilindungi).
Sejak hari itu hingga hari ini aku tidak berasa
takut dengan dakwah ini dan juga aku mendapat pengesahan dari Maula Al-Abbas
(as) mengenai dakwah ini.
Kemudian terdapat hadits yang berbeza yang
menyebut tentang Hazrat Jundab menerima dakwah melalui mimpi, dan Hazrat Wahaab
Al-Kalbi melihat Isa (as) dalam mimpi dan datang menolong Imam
Al-Hussain (as) dan syahid di Karbala dan semua Syiah menghantar salam
kepadanya hanya kerana mimpinya.
Oleh itu, kami mula bercakap tentang dakwah
dengan rakan-rakan kami dan mula menyeru (berdakwah) di negara asal kami India
- Hyderabad dan meminta mereka untuk membaca tentang dakwah Ahmad Al-Hassan
(as) tetapi setiap kali kami berdakwah terdapat hanya satu jawapan ya kita
akan baca nanti, kita sangat sibuk, maka aku terkejut mengapa seseorang boleh menganggap
perkara dakwaan ini sesuatu yang ringan di mana aku benar-benar tidak berehat
selama dua bulan untuk membuat keputusan mengenai dakwaan ini adakah benar atau
salah, dan mereka tidak pun merasa bimbang mengenainya. Maka baharulah aku tahu
bahawa mereka tidak tahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab, kerana ia
mungkin sukar bagi mereka untuk membaca tentang dakwaan itu,
Maka saya mula menterjemah artikel dari Ahmad
Al-Hassan (as) dalam Bahasa Urdu.
"Pertemuan Ku Dengan Imam Al-Mahdi"
dan aku membacakan artikel ini pada masyarakatku
Kemudian hari-hari berikutnya aku melihat
mimpiku ini,
(Rukya Keempat)
Beberapa orang sedang bersolat dan abang ku
juga dalam solat itu tetapi aku sampai untuk bersolat ketika hampir salam lalu
apa yang aku lakukan dengan mereka adalah 3 takbir (menggambarkan bahawa aku
juga masuk dalam jamaah) dan semua orang mengatakan bahawa Ahmad Al-Hassan
(as) ada di depan tetapi kami dapat melihat bahawa beliau bukan yang telah mengimamkan
solat tetapi selepas solat ketika kami membaca doa pada masa itu Imam Ahmad
Al-Hassan (as) telah menunjukkan kepada kami satu senaman yang perlu
dilakukan, tetapi tiada siapa yang mengulangi senaman itu, tetapi aku merasakan
bahawa Hujjat telah menunjukkan sesuatu maka tidak kira orang lain melakukannya
atau tidak kita harus melakukannya dan aku cuba yang terbaik untuk menirunya
seberapa banyak yang aku boleh dan kemudian aku bertanya kepadanya sama ada aku
melakukannya dengan betul, maka dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan
kepalanya (dengan berkata ya) dan kemudian Imam Ahmad Al-Hassan (as)
dengan sahabat-sahabatnya yang akan pergi memberi tumpuan ke arahku dia berkata
"Shukriyaa Allu" (bermakna terima
kasih Allu - itulah nama yang dipanggil oleh orang yang rapat denganku)
Kemudian orang mula memanggil ku supaya
meminta dia berhenti (kerana dia (as) mengenaliku) dan kerana
mereka ingin bertanya beberapa soalan, jadi aku berjalan ke arah Imam Ahmad
Al-Hassan (as) dan dia (as) pergi ke puncak sebuah gunung. Jadi
ketika aku sampai di puncak gunung itu aku melihat dua tikar solat dan di atas
tikar ada cahaya daripada Imam Al-Mahdi (as) dan Imam Ahmad Al-Hassan
(as) kerana kedua-dua mereka akan pulang kembali sekarang, lalu cahaya mula
naik begitu juga dengan tikar solat mula terangkat,
Aku mahu minta mereka untuk berhenti tetapi
apa yang aku boleh beritahu mereka adalah “orang mahu menyoal tuan mengenai dakwah
"
Lalu sebaik sahaja aku mengatakannya
kedua-dua cahaya yang pantas pergi ini, salah satu daripada kain solat itu
datang ke arah aku.
Kemudian salah seorang memberitahu ku bahawa
kerana tindakan Ahmad Al-Hassan (senaman selepas solat) ini yang
menyebabkan orang mengatakan dia adalah dari Mazhab Hindu.
Lalu aku mula menerangkan kepada mereka
bahawa Hujjat tahu lebih daripada yang kita tahu dan apa yang pernah mereka tunjukkan,
kita perlu sentiasa ikuti dan bukannya memikirkan mazhab apa yng dia ikuti.
Maka dengan cara ini aku sendiri mula menjawab soalan-soalan mereka, dan
kemudian aku (A3uzhu billahi Min Al-Ana) terbang dari gunung-gunung dan turun
di mana solat dilakukan oleh adik-beradikku. Dan kemudian aku terjaga daripada
mimpi itu.
Jadi apa yang perlu dikatakan adalah rukya
(mimpi) keempat ini jika ia datang buat kali pertama itu sendiri maka tidak ada
ujian dan aku akan dengan mudah menerima dahwah, tetapi semua orang mempunyai
beberapa jenis ujian kerana perbuatan mereka sendiri, dan semua orang perlu
pergi melalui peringkat ini tetapi mereka harus ikhlas terhadap dirinya sendiri
dan terhadap haq (kebenaran),
Seperti yang kita dapati dalam hadits bahawa
akan sangat sedikit yang akan melakukan Bai’ah kepada Imam (as) jadi sudah
tentu kita perlu berfikiran terbuka dan kekal di atas kebenaran.
Oleh itu, aku mendoakan semua orang mukmin
untuk dibimbing ke arah kebenaran - Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan haq
Amir AL-Mukminin.
Ilaahi Amin
اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً كثيراً.
Bangun pada 03:40 16 / Nov / 2014 pagi 22
Muharram Ahad dan menulis mimpi ku ini
Aku melihat diri ku dikelilingi oleh keluarga
dan saudara-mara aku serta masyarakat di mana semua mereka mengutuk ku kerana Imam
Ahmad Al-Hassan (as),
dan kemudian selepas ruang yang terdapat dalam
sebuah (atau penjara) dan Imam Ahmad Al-Hassan (as) sedang berdiri di
sana,
Aku melihat Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan
aku memandang lurus dan terus seperti mengatakan kepadanya - Adakah tuan
melihat semua kutukan yang aku sedang alami dan sedang ditanggung oleh diri ku
hanya untuk tuan kerana tuan sepatutnya muncul.
Jadi Imam Ahmad Al-Hassan (as) bergerak
ke belakang di dalam bilik tersebut memberi padaku petunjuk untuk datang dekat kepadanya,
Lalu aku pergi ke bilik itu ketika aku pergi ke sana aku masih menimbulkan
soalan yang sama pada air muka ku menanyakan sebab mengapa dia tidak muncul,
Di sana, beliau menunjukkan ke arah tempat di
mana Imam Al-Mahdi (as) sedang duduk dan memberitahu aku dia (Imam
Al-Mahdi (Makaana Lahu Fi Al-Ardh)) adalah sebab dan dia
benar-benar menunggu perintahnya, dan aku am terkejut dan aku mendapat soalan
bagaimana datang Imam Al-Mahdi (as) Makaana Lahu Fi Al-Ardh di
sini jadi Imam Ahmad Al-Hassan (as) membuat aku memahami bahawa mana saja
dia (Imam Ahmad Al-Hassan (as)) ada, Imam Al-Mahdi (as) akan
sentiasa ada di sana, tetapi sudah tentu tidak ada yang dapat melihatnya, sehingga
ada sebab dan kemudian Imam Ahmad Al-Hassan (as) memberitahu Imam Al-Mahdi
(as) Makaana Lahu Fi Al-Ardh tentang aku dan aduan aku.
Sebaik sahaja aku melihat (aku tidak melihat sebenarnya tetapi aku rasakan
(faham) dia mempunyai janggut putih dan wajah yang putih dan kelihatan sangat
tua) itu melihat Imam Al-Mahdi (m.a.f.a - semoga Allah menempatkannya di
bumi). aku lakukan sujud dan aku melihat dia sayang padaku seperti datukku
sendiri Imam Al-Mahdi (m.a.f.a) mencurahkan kasih sayang padaku seperti
kegembiraan seorang datuk yang tua apabila melihat kepada cucunya, dia
menghibur ku ketika mana aku menangisi dengan soalan ku dan pada masa yang sama
sangat gembira dapat berjumpa Imam Al-Mahdi (Makaana Lahu Fi Al-Ardh
- semoga Allah menempatkannya di bumi)., aku melihat Imam Al-Mahdi (m.a.f.a)
sangat mengembirakan ku dan dia membuatkan aku lupa sama sekali rasa sakit yang
disebabkan oleh orang-orang di sekeliling ku dan ia membuatkan aku selesa, dan
kemudian mimpi itu berterusan.
No comments:
Post a Comment