Kisah
Rukyah: Halaman 29 - 31
berbagai peringkat dari mereka yang
berpakaian Arab lama, termasuk (baju dan seluar) dan orang-orang itu duduk di
hadapan Imam Mahdi (as) dalam rangka, untuk menguji mereka. dan saya duduk di
sebelah kanan Imam Mahdi (as) dan rapat dengan beliau dan orang-orang berada di
hadapan kami. Di hadapan Imam Mahdi (as) ada kertas putih dan di tangannya ada pen
dakwat hitam dan beliau menulis pada kertas itu (ujian dalam hal (dakwah) Imam
Mahdi) dan kemudian beliau menulis satu soalan yang kemudiannya diedarkan
kepada mereka kertas ujian itu dan orang ramai melihat soalan mereka masing-masing
dan mereka keliru tidak boleh menjawabnya. Mereka sibuk berfikir untuk
menyelesaikan ujian ini dan kemudian saya melihat apa yang tertulis di dalam
kertas soalan itu dan saya dapati ia soalan yang sangat mudah dan tidak sepatutnya
mereka terfikir-fikir dengan semua soalan ini dan saya pelik mengapa orang-orang
tidak boleh menjawab soalan ini, dan Al-hamdu Lillahi saya telah mencapai rukya
ini.
Abu Taqi - Najaf
Selepas saya bertukar kepada seruan dakwah Imam
Mahdi (as) saya bermohon kepada Allah melihat Imam Mahdi (as) dalam rukya dan tetap
menekankan dengan permintaan ini selama beberapa hari dan pada suatu malam saya
melihat dalam mimpi bahawa saya mencari Imam Mahdi (as) di beberapa tempat dan
kemudian saya masuk ke dalam sebuah tempat khusus untuk berwudhuk untuk solat
dan di mana ramai orang berwudhuk untuk bersolat, jadi saya pergi ke salah sebuah
sinki dan saya dapati seorang yang besar berwudhuk dan orang itu berpaling ke
arah saya, Dia telah seleai membasuh tangan kirinya, dan terlihat wajahnya yang
berseri-seri sehingga saya sangat terkejut dengan kehebatan dan cahaya wajahnya
dan saya mengetahui bahawa dia adalah Imam Mahdi (as). Saya mendekatinya dan memberi
salam kepadanya dan saya melihat ke mukanya, dan saya berkata kepada diri saya
sendiri bahawa Imam Mahdi (as) di pipi kanannya ada tahi lalat seperti yang
dinyatakan dalam riwayat-riwayat. Saya melihat di pipi kanannya ada tahi lalat pada
pipi kanannya (as) itu. Imam jauh lebih tinggi daripada saya dan dia terpaksa
membongkok kepada saya. Dia menasihatkan saya pada tiga nasihat, tetapi
malangnya apabila saya bangun dari tidur saya terlupa segala nasihat itu, dan
Allah adalah saksi atas apa yang saya katakan. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Abu Zahra - Najaf
Selepas hampir setahun setengah bersama dakwah
Al-Syed Ahmad Al-Hassan utusan Imam Mahdi (as). Pada suatu malam saya berjalan bersama
Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan saya merasakan bahawa akan berlaku suatu ujian dan percubaan
kepada ansar Imam Mahdi (as), saya memberitahu Al-Syed Ahmad mengenainya. kata Al-Syed:
Ya, ia akan menjadi ujian yang susah. Kami bermohon kepada Allah supaya
memperkukuh pertolongan kepada Imam Mahdi (as). Jadi saya menyembunyikan perkara
itu dan pulang ke rumah dengan penuh kesedihan dan memencilkan diri di dalam
bilik saya untuk bersolat dan berdoa dan bermohon kepada Allah SWT dengan hak
Fatimah Al-Zahra’ (as) supaya menjadikan saya orang yang teguh mendokong Imam
Mahdi (as) dan sehingga ianya membawa saya keletihan dan saya melihat dalam alam
mimpi: Saya berada di dalam sebuah bilik dan bersama saya ada sekumpulan ansar,
lalu datang kepada kami Fatimah Al-Zahra’ (as) berpakaian hitam berdiri di
hadapan kami dan berkata: Kamu adalah umat yang terbaik, Kamu adalah umat yang
terbaik, Kamu adalah umat yang terbaik,... dan Allah adalah saksi atas apa yang
saya katakan. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Hassan - Nasiriyah
Dalam alam rukya saya telah melihat bahawa
saya membaca Doa
Al-3ahd... dan saya melihat Imam Mahdi (as) dan juga saya melihat orang
lain dalam rukya itu. dan Imam berkata kepada saya: Orang ini akan masuk ke
dalam dakwah ini dan namanya adalah (Fulan bin Fulan) dan rukya berakhir. Pada waktu
paginya saya memberitahu keluarga dan saudara-saudara saya rukya saya itu dan
nama orang tersebut tetapi mereka semuanya berkata yang mereka tidak mengenalinya,
Hanya beberapa jam kemudian datang kepada keluarga saya untuk bertanya tentang dakwah
ini dan apa yang perlu diketahui apabila masuk dakwah ini dan namanya adalah
nama yang sama yang diberitahu Imam kepada saya. Maka saya beritahu keluarga saya
megenainya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Al-Syeikh Al-Khadim makam Al-Dafas (3alahi Al-Rahmah)
Diriwayatkan Al-Syeikh
Al-Khadim di makam Al-Syed Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahadh Al-Dafas – 3alahi Al-Rahmah
- (yang telah mati syahid dalam perlawanan menentang kezaliman Abbasiyah) di daerah
Al-Dafas di Al-Imarah (Maisan) ia adalah Sheikh yang dijangkiti penyakit yang sangat
teruk dan banyak mengganggunya, dan dia menceritakan rukya ini, yang telah memberi
kesan sembuh ke atas penyakitnya sepenuhnya: -
Pada satu hari, ketika
saya sedang tidur datang kepada saya dalam alam rukya, suara dan cahaya yang saya
kenal bahawa ia adalah suara Imam Mahdi (as) dan saya sedang tidur dalam rukya lalu
dikejutkan oleh Imam Mahdi (as) dari tidur dan berkata kepada saya: aku datang
kepadamu untuk menutupinya. Dalam sekelip mata aku telah di tutupi jubah, saya
melihat saya memakainya dan Ia ditutup dengan bulu hijau, dan apabila saya
meletakkannya saya merasa ringan, dan di samping itu penyakit saya hilang. Kemudian
saya meminta kepada Imam (as) untuk terbang dengan sayap-sayap ini dan kemudian
dia membiarkan saya terbang di atas makam seperti burung. Maka saya melihat beribu-ribu
orang ramai memenuhi tempat di antara jalan dan makam dan kemudian Imam (as) memberi
isyarat untuk mendarat dan saya mematuhinya
... Imam
Mahdi (as) berkata kepada saya, yang merujuk kepada beberapa orang yang berdiri
di belakangnya (mereka ini para ansarku, mereka akan datang kepadamu dan terimalah
dari mereka dan layanlah mereka), rukya berakhir.
Beberapa hari kemudian datang arahan kepada
ansar supaya pergi ke makam Al-Syed Al-Dafas kepada ansar dari pejabar (di bandar
Al-Imarah) dan ia adalah sangat sukar, bagaimana hendak meyakinkan Khadam Al-Syed
Al-Dafas mengenainya terutamanya mengenai dakwah ini yang tidak dialu-alukan
oleh orang ramai dan hauzah itu dan apabila beberapa ansar pergi mencari Al-Syeikh
dan mereka teragak-agak dan nampak jelas seperti yang dijangkakan penolakan itu
dan mereka tidak menyelesaikan kata-kata mereka sehingga mata Al-Syeikh berlinangan
dengan air mata dan mereka terkunci untuk mengatakannya sebelum mereka selesai
bercakap - Al-Syeikh berkata - (telah datang kepada saya Imam Mahdi (as) dalam alam
rukya, dan saya melihat rupa kamu, diri kamu sendiri dan bersama ada kamu orang-orang
lain yang menyuruh saya supaya menerima kamu dan saya sedia berkhidmat kepada kamu
semua dan apa yang kamu semua mahukan).
No comments:
Post a Comment