Kisah
Rukyah: Halaman 44 - 48
Syed Dhia’ – Najaf
Lima atau enam tahun lalu, saya melihat
dalam alam rukya, seolah-olah saya sedang duduk di sebuah kedai membaiki
perakam. Saya adalah bekas pekerja di kedai itu. Tiba-tiba Rasulullah (S) datang
kepada saya dan saya berkata kepada baginda: Ya Rasulullah ajarkanlah aku solat
yang betul (saya adalah seorang yang solat), Lalu baginda bersabda kepada saya:
akan datang kepada kamu selepas lima minit.
Seperti yang saya fahami bahawa solat yang betul
adalah membai’ah Imam Mahdi (as).
Abu Murtadha – Najaf
Enam atau tujuh tahun yang lalu saya melihat
di alam rukya seolah-olah Imam Mahdi (as) solat berjamaah bersama sekumpulan
orang dan saya bersolat di belakang Imam Mahdi (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Umm Haidar - Nasiriyah
Saya melihat di alam rukya saya bersama anak
saya yang paling tua telah menziarahi makam Imam Amirul Mukminin (as) dan
kemudian kami pergi ke kuburannya dan mendapati Imam sedang duduk dan kemudian
saya membawa anak saya bermain-main dengan Imam, Kemudian menemukan sesuatu
yang asing dengan tingkah laku anak saya tetapi Imam Ali (as) meredhainya. Wal-Hamdu
Lillahi Wahdah.
Abu Ali - Najaf
Saya mendengar suara dalam alam rukya
mengatakan bahawa Al-Husseiniyah adalah hari Allah yang teragung (atau yang agung)
seolah-olah suara itu keluar dari Rasulullah (S)
Abu Zahra’ - Karbala
Saya melihat dalam alam rukya, bersama saya ada beberapa orang
ansar dan di hadapan kami Nabi (S) berdiri dengan memakai (Asymagh hijau) di
kepalanya, dan berdiri di belakangnya seorang lelaki memakai serban putih, yang
tidak dikenali, dalam masa yang sama, turun sekumpulan malaikat dari langit,
membawa sesuatu ... dan Nabi (S) berteriak kepada mereka: Ke mana kemu semua
hendak pergi, dan apa yang kamu semua bawa, Maka semua malaikat berhenti, lalu mereka
berkata, Kami membawa rahmat kepada Al-Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as). Maka Al-Rasul
(S) bersabda kepada mereka, Datanglah kamu semua... Letakkan sesuatu dari apa
yang ada pada mereka dan baginda bersabda demikian juga dari saya ((pada mereka
Kekayaan manusia dan kurangkannya, dan kamu akan menjadi anggotanya)). Wal-Hamdu
Lillahi Wahdah.
Penutup
Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari (Jandal
bin Janadah ibn Jabir Al-Yahudi masuk menemui Rasulullah (S) lalu dia berkata
(... Kemudian saya lihat kelmarin dalam tidur
Musa bin Imran berkata:. 'Ya Jandal masuklah Islam di tangan Muhammad, penutup
para Nabi dan berpeganglah kamu dengan aushiaknya selepasnya, Aku berkata: masuklah
Islam: Maka pujian kepada Allah. Aku masuk Islam dan bimbinglah aku. Kemudian dia
berkata, "Khabarkan padaku, ya Rasulullah, aushiakmu selepasmu supaya aku
dapat berpegang dengan mereka. Baginda bersabda: aushiakku ada dua belas orang.
Jandal berkata: Maka kami dapati mereka ini
dalam Taurat dan berkata, Wahai Rasulullah namakanlah mereka kepadaku. Baginda bersabda...)
Ilzam Al-Nashab J 1 hal. 178.
Dari Muhammad bin Abi Nasr Al-Baizanthi berkata,
Aku bertanya kepada Imam Al-Redha (as) berkenaan rukya, Imam Al-Redha (as) berkata
(Sekiranya kami memberi kepadamu semua yang kamu mahu nescaya akan terputus
leher pemilik urusan ini), sebagai penutup, saya memohon kepada Allah apa yang berhubung
dengan rukya yang akan memutuskan leher pemilik urusan ini? Adakah kamu bertanya
pada diri kamu sendiri? Adakah kita memberi perhatian kepada hadits Aali Muhammad?
Al-Syed Al-Shafi
3 / Rabi3 Al-Tsani 1425 H
﴿قُلْ
هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ ۚ قُلِ اللَّـهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ ۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن
لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰ ۖ فَمَا
لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ ﴾
(Katakanlah:
"Apakah di antara sekutu-sekuturmu ada yang menunjukkan kepada
kebenaran?" Katakanlah "Allah-lah yang menunjukkan kepada
kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjukkan kepada kebenaran itu
lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali
(bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu
mengambil keputusan?) (Yunus: dari ayat 35)
No comments:
Post a Comment