Sunday, 5 May 2019

Pengenalan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، مالك الملك ،مجري الفلك ، مسخر الرياح، فالق الإصباح ، ديان الدين ، رب العالمين، الحمد لله الذي من خشيته ترعد السماء وسكانها وترجف الأرض و عمارها ، وتموج البحار ومن يسبح في غمراتها .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemgasoh

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Pemilik Kerajaan Alam Yang menetapkan peredaran bintang-bintang di langit tinggi, yang menggerakkan angin, yang memisahkan hari, pentadbir segala sesuatu, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah! Kerana takut pada-Nya langit tinggi dan penghuninya bergoncang, dan bumi datar dan penghuninya bergegar, dan lautan dan apa yang berenang dalam gelora dan kedalamannya airnya.


اللهم صل على محمد وال محمد الفلك الجارية في اللجج الغامرة ،يأمن من ركبها ويغرق من تركها ، المتقدم لهم مارق ، والمتأخر عنهم زاهق، واللازم لهم لاحق .


Ya Allah! Selawat dan salam itu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang belayar di laut dalam, Sesiapa yang belayar bersamanya akan selamat, Sesiapa yang ketinggalan akan tenggelam, yang mendahului mereka akan terpesong dan yang berada di belakang mereka akan binasa, dan yang mengiringi mereka akan bersama kebenaran.

Penyampaian Nyata
Halaqah 2
Hujah Rukya
Bahagian 1

Rukya yang disebut dalam kitab ini semuanya rukya yang dilihat oleh mereka yang beriman deengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan kecuali yang dinyatakan sebaliknya, ini menunjukkan betapa benarnya tuntutan dan kebaikan daripada mereka yang beriman dengannya. Sukar dibayangkan bahawa terlalu banyak rukya-rukya dan puluhan yang lain, kesemuanya mendokong pemilik dakwah dan sahabat-sahabat beliau dan menjadikan ia tidak sepadan dengan kenyataan ini atau kenyataan menjadikan ianya dakwah yang batil kerana ia disokong oleh sejumlah besar riwayat para  Imam (as).

(يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ)

Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba itu, tiada datang seorang rasulpun kepada mereka melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya. (Yasin 36:30)

Allah SWT sendiri mewajibkan diriNya memberi rahmat dan rahmat itu mendahului murka-Nya dan bahawa Dia memperlakukan manusia dengan rahmatNya berbanding keadilan-Nya dan ini dari sifat kehalusanNya SWT. Semua orang tahu bahawa Allah telah mengutus kira-kira 124 ribu nabi dan sesetengah ulama mutakhirin mengatakan bahawa Allah SWT telah mengutus nabi-nabi dan rasul-rasul lebih daripada bilangan ini dan apabila melihat sejarah dan kedudukan umat terdahulu dengan para nabi dan rasul adalah mereka bersikap memperolok-olok, takbur dan degil terhadap Allah, malaikat-malaikat dan rasul-rasul-Nya

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ  * قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلَّا  بَشَرٌ مِثْلُكُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَمُنُّ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَمَا كَانَ لَنَا أَنْ نَأْتِيَكُمْ بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ)

(Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keraguan-keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkan (siksaan)mu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata". * Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi kurnia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.) (Ibrahim 14:10-11)

Dan bahawa Allah SWT tidak pernah dan tidak akan meninggalkan hujah kepada pembantah, tetapi sebaliknya akan mengukuhkan hujah mereka yang degil itu selepas (ketika) berhujah, dan Allah SWT memberi peringatan kepada manusia dengan mengutus para rasul kepada mereka, maka sesiapa yang mendapat bimbingan adalah intuk dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat akan melihat dunia yang hina dan akan diazab di akhirat, Firman Allah Taala:

مَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

(Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan bimbingan, maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat adalah bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.) (Al-Isra’ 1715).

Seruan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah dakwah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad (S) dan para imam maksum, dan malaikat-malaikat Allah dan orang-orang yang soleh dan pemimpin dakwah ini sebelum dan selepas Ahmad Al-Hassan adalah Imam Mahdi (as).

Walaupun orang-orang Islam dan orang-orang Syiah khususnya, diperintahkan supaya mengetahui kebenaran dakwah ini mengenai perkara yang sangat besar yang tidak boleh dijawab selain Imam Mahdi (as), atau orang yang diutusnya kepada manusia mewakili beliau. Sesungguhnya untuk kita menemukan hujah kepada manusia kita tawarkan kepada mereka beberapa dalil atas kebenaran dakwaan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dan agar tidak dikatakan esok kepada Imam Mahdi (as) saya masih ragu-ragu atau dakwah ini tidak ada dalil, dan dari dalil-dalil atas kebenaran risalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan ini ada khabar-khabar ghaib hasil dari ramai orang-orang mukmin yang melihat singkapan-singkapan (kasyaf-kasyaf) terhadap para imam yang suci dan meyakinkan mereka bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan berada atas kebenaran, dan dia adalah utusan Imam Mahdi (as), dan rukya yang telah dilihat oleh berpuluh-puluh orang yang beriman dan melihat Imam Mahdi (as) atau salah seorang imam yang suci atau Fatimah Zahra’ (as) di dalam tidur dan mereka menegaskan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan diutus oleh Imam Mahdi (as) dan manusia mesrti menolongnya.

Ini adalah pengesahan dari Allah SWT. Jika bukan dari Allah SWT dan bukan dari Imam Mahdi (as), bagaimana untuk menjelaskan pengesahan ini dari Allah SWT, dan Allah telah berfirman”
              
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

(Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?) (Fushshilat 41:53)

dan rukya dari tanda-tanda pada diri lebih besar daripada tanda-tanda di ufuk-ufuk (alam). Al-Rasul (S) telah berkata mengenaimya

(Sesiapa yang melihat kami telah melihat kami, syaitan tidak boleh menyerupai kami),

dan dari baginda (S) katanya

(Sesiapa yang melihatku maka telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku dalam tidur maupun ketika jaga, dan tidak pada salah seorang daripada washi-washiku hingga hari kiamat) Kitab Dar Al-Salam J 4 hal 273.
                  
Adapun sesiapa yang berkata bahawa rukya itu bukan hujah, kita katakan kepadanya ia adalah benar bahawa ia bukan hujah pada tempat-tempat tertentu, tetapi ia adalah hujah di tempat-tempat lain, ianya bukan hujah pada sebahagian bidang yang Allah nashkan dalam kitab suci atau disebut oleh nabi yang mulia dan keluarga baginda sebagai sunnah, contohnya, masalah pembunuhan atau zina, - semoga dilindungi Allah – yang pertama dua saksi dan berikutnya empat orang saksi yang adil, dalam bahagian ini ia adalah nash yang tidak boleh dilanggar.

Dalam perkara-perkara lain, rukya dijadikan hujah dan kita ditunjukkan mengenainya di dalam Al-Quran Al-Karim dengan firman Allah dalam hal penyembelihan Ismail oleh Nabi Ibrahim dan Allah SWT berfirman:
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
(sesungguhnya kamu telah membenarkan rukya itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.) (Al-Shaaffaat 37:105)
dan perihal Yusuf (as) dan rukya Nabi (S) apabila baginda melihat anjing-anjing dan babi-babi naik atas mimbarnya. Allah SWT berfirman:

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَاناً كَبِيراً

Dan (ingatlah), ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan rukya yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka. (Al-Isra’ 17:60),

dan firmanNya lagi

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

(Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran rukyanya dengan sebenarnya (yaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram,) (Al-Fath 48:27).

Ada banyak takwil dari mufasirin mengenai rukya ini, ada yang mengatakan bahawa mereka adalah nabi-nabi, kita katakan bahawa Allah memerintahkan kita untuk saling membantu dan berakhlak dengan akhlak para nabi, dan berjalan di atas jalan merela. Allah SWT berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
(Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik.) (Al-Ahzab 33:21)
dan Allah berfirman lagi:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ
(Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia.) (Al-Mumtahinah 60:4)
dan para nabi adalah manusia seperti kita, dan Allah telah berfirman:
قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَراً رَسُولاً
(Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?) (Al-Isra’ 17:93)
dan Allah berfirman lagi:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
(Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu,) (Al-Kahf 18:110 )

Dan diriwayatkan dari Ahl Al-Bayt (as) yang mendorong supaya saling membantu dan berakhlak dengan akhlak para nabi dan para imam sehingga kita mencapai darjat dan kesempurnaan diri yang tertinggi, seperti Salman Al-Muhammadi, yang mana Rasulullah (S) bersabda mengenainya (Salman daripada kami Ahl Al-Bayt).
Contoh rukya para Nabi, adalah rukya tahanan Aziz (Mesir) bersama Yusuf (as) yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan rukya ibu Imam Mahdi, Narjis (as) dan kisah perkahwinannya yang masyhur dan sesiapa yang mahu melihatnya bolehlah dirujuk kitab Ilzam Al-Nashib J 1, hal. 285 dan Ikmal Al-Din oleh Al-Shaduq,
dan rukya Khalid bin Said bin Al-3ash Al-Umawi dan rukya Wahab Al-Nashrani yang menolong Al-Hussein (as) dan dia masuk Islam yang sebelumnya menyaksikan rukya bersama Isa (as). dan sebagai tambahan adalah  kepada perjalanan hidup orang-orang mukmin yang bijaksana pada masa kita ini dan bagaimana mereka berurusan dengan rukya!!!

Sekiranya seseorang  melihat Nabi (S) dalam tidurnya atau melihat salah seorang imam tentu akan menceritakan rukyanya kepada salah seorang ulama atau tok-tok guru (syeikh-syeikh) atau selain mereka untuk bergembira dengan rukya itu dan mereka memberinya khabar gembira yang baik, walaupun sekiranya ada yang melihat dalam tidurnya suatu rukya yang menakutkan tentu akan menceritakan rukyanya kepada mereka dan mereka akan  memberitahunya supaya menyembunyikanya dari diceritakan dan untuk menjaga orang yang takut dengan rukyanya itu. Cerita-cerita ini terlalu banyak dan kita hindari dari menyebutkannya yang menyempitkan kedudukan para nabi dan rasul, Kebanyakan mereka menerima berita mereka melalui rukya di alam tidur. Sila rujuk untuk memastikannya dati kitab Ushul Al-Kafi J 1, hal.195 dan yang selepasnya.

Pendapat yang mengatakan rukya tiada hujah kuat yang diperlukan mencalar ramai keperibadian aulia yang beriman dengan sebab rukya dan dengan kehinaan diri, harta dan anak-anak, untuk rukya yang dilihatnya. Adakah mereka telah beriman tanpa hujah bahawa mereka adalah tulus – jauh merek dari semua itu, tetapi ada pendapat yang mengatakan rukya tiada hujah kuat yang diperlukan untuk mencalar peribadi Rasul yang mulia (S) dan seluruh imam-imam kerana mereka berdiam diri dari orang yang beriman, kerana rukya itu, dan mereka tidak menjelaskan tiada hujah kuat rukya sebagai yang diketahui bahawa ketentuan Al-Ma'sum adalah hujah, Maka mengapa dan bagaimana kamu menilai dan bertindak balas kepada semua yang berkata dengan kemungkinan mewakili Syaitan terhadap mana-mana peribadi Al-Maksumin dalam alam rukya.

Saya katakan kepada mereka bahawa lebih baik bagi mereka beragama dengan yang lain dari agama Muhammad (S) kerana kata-kata ini adalah pelanggaran besar dengan berteriak terhadap kata-kata Ahl Al-Bayt (as).

Diriwayatkan dari Imam Al-Redha (as) katanya (bapaku memberitahuku dari datukku dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) bersabda Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku, dan tidak boleh menyerupai salah seorang daripada washi-washiku dan tidak boleh menyerupai salah seorang daripada Syiah mereka dan sesungguhnya rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah) sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah) Dar Al-Salam J 4 hal. 272, Kitab Man La Yahduruhu Al-Faqih J 3 hal 585, Bihar Al-Anwar J 49 hal 284.

Imam Al-Shadiq (as) berkata: (Apabila seorang hamba itu bermaksiat kepada Allah AWJ dan dia mahu melihat yang baik dalam tidurnya rukya yang menakutkannya supaya dia dapat mejauhkan diri dari dosa itu dan sesungguhnya rukya yang benar (rukya Al-Shadiqah) sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah) Al-Ikhtishash oleh Al-Mufid hal. 241, Bihar Al-Anwar J 14 hal 435.

Rasulullah (S) bersabda: "Tidak ada nubuwah selepasku melainkan Al-Mubasysyirat. Telah ditanyakan: Wahai Rasulullah, apa dia Al-Mubasysyirat? Baginda bersabda: rukya Al-Hasanah (rukya yang baik) - Bihar Al-Anwar J 58 hal 193

Dan dari Abi Ja’far (as): seorang lelaki berkata kepada Rasulullah (S) mengenai firmanNya AWJ
 ﴿ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا﴾ 
(Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia ) Baginda bersabda (Ia adalah rukya Al-Hasanah (rukya yang baik) dilihat oleh orang mukmin, berita gembira padanya di dunia ) Bihar Al-Anwar J 58 hal 181,

Ada puluhan hadits-hadits lain yang mengesahkan bahawa rukya Nabi (S) atau salah seorang imam maksum, atau salah seorang daripada orang-orang mukmin dari Syiah mereka dimana rupa mereka semua tidak boleh diserupai oleh syaitan. Sila rujuk Kitab Dar Al-Salam oleh Al-Mirza Al-Nuri,

dan Allah Taala berfirman

أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,) (Al-Ra3d 13:19)

Aku katakan kepada kalian wahau kaumku,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ

(Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.) (Al-Taubah 9:128)

dan janganlah sombong kepada Allah dan Rasul-Nya dan Imam kamu Al-Mahdi (as) dan kamu mengikuti Fulan dan Si Fulan yang akan menjauhkan kamu dari Imam Mahdi (as) dan dari utusan Imam dan pada masa penyesalan tidak berguna lagi di hadapan Imam Mahdi (as), atau di hadapan Allah SWT dan jadilah kamu orang yang membenarkan firman Allah:

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً * يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلاناً خَلِيلاً * لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولاً

(Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". * Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). * Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari peringatan itu ketika ia telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.) (Al-Furqan 25: 27-29),

Sumber kitab ini diterima dari ansar Imam Mahdi (as) diambil iktibar dari – Halaqah 2 - dari  Kitab Al-Balagh Al-Mubin (Penyampaian Nyata) dan saya minta pembaca yang mulia dengan keagungan:

Keajaipan dalam alam Al-Malak (malaikat),
Atau keajaiban dalam Alam Malakut?
Dan kemudian pertimbangkanlah kepentingan kitab ini.

Berikut ini ada berpuluh-puluh rukya yang berbicara mengenai kebenaran dakwah Syed Ahmad Al-Hassan, Jika Alam Malakut berada di tangan Allah AWJ, dan Allah telah menjadikan malaikat di atasnya yang kasar, keras, dan alam ini (Alam Malakut) menyokong Al-Syed Ahmad Al-Hassan,, apakah nilai alam Al-Malak (malaikat) berbanding Alam Malakut yang mereka ambil iktibar, wahai orang yang berakal .

Terdapat beratus-ratus rukya yang berbicara kepada orang yang beriman, tetapi kami pilih sekumpulan darinya untuk menyempurnakkan hujah kepada manusia yang menasehat dan mengingatkan mereka, yang akan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman, Allah Taa;a berfirman

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ

(Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikannya." ia tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.) (Al-An3am 6:90)


Sebelum✡✡Menu✡✡ Selepas







No comments:

Post a Comment