Kisah
Rukyah: Halaman 23 - 25
Syeikh Habib - Najaf
Saya mendengar suara yang memanggil di langit
bahawa Allah menanti kamu dan pergi ke tempat yang sama yang kamu dapati ada
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
.
Hasan - Najaf
Pada suatu hari, semasa kami bekerja
membina Husseiniyah ansar Imam Mahdi (as) dan bilangan orang yang bekerja seramai
sepuluh orang dan pada waktu rehat diabadikan untuk tidur dan dalam alam rukya,
seolah-olah kami bekerja membina Al-Husseiniyah itu bilangan pekerjanya seramai
dua belas orang. Dalam sekejap masa Imam Mahdi (as) datang menaiki kereta super
putih, sterengnya di sebelah kanan dan di tangannya ada kamera, seolah-olah dari
kamera itu keluar air mawar dan mengambil gambar kami sepuluh orang, tetapi
kedua-dua yang pada asalnya bukan ansar seolah-olah muka mereka hitam dan mereka
bersolat arah bertentangan kiblat, dan Imam Mahdi (as) berkata kepada kami: Sesungguhnya
aku akan menyimpan gambar foto kamu.
Syed Talib Al-Musawi - Najaf
Seseorang datang kepada saya dalam alam rukya
bernama Syed Kasim dan dia bertanya kepada saya tentang peperangan Ish-tha-khar
(padahal saya tidak pernah mendengar mengenainya sebelum rukya ini) dan dia bertanya
kepada saya siapa pemimpinnya dan saya berkata kepadanya: Al-Syed Ahmad
Al-Hassan, dia berkata: Jadi ke mana perginya Syeikh Haidar: dan saya berkata dia
pergi ke arah lain.
Seorang Ansar - Najaf
Telah datang kepada saya seseorang yang
tidak saya kenali, dan menyebutkan dua riwayat, bunuh membunuh, demi Allah
sekiranya dia anak Fatimah niscaya dia memiliki rasa belas kasihan. dan dia berkata,
Tidakkah kamu ketahui mengapa mereka berkata demikian? kerana ia bukan Imam
Mahdi (as), yang melakukan demikian, bahawa sebenarnya mereka tahu dia adalah
anak Fatimah dan tidak perlu bertanya kepadanya mengenainya, dan dia adalah Al-Syed
Ahmad Al-Hassan kerana mereka meragukan perkara itu. Sebenarnya saya tidak
pernah mendengar riwayat ini sebelumnya bahawa Imam membunuh .. dst ..
Syed Talib Al-Musawi - Najaf
Pada suatu malam di alam rukya, saya melihat
bahawa saya ziarah Imam Ali (as) dan saya sedang berdiri di atas tempat yang
tinggi dan berkata dalam ziarah itu (Bapaku, aku berharap kau akan
melepaskan dan membersihkan kami) dan ia adalah ucapan seorang anak kepada
bapanya, dan apabila saya mauk ke dalam bilik sebelah saya seorang yang bersolat
dan yang lain duduk di sebelah kanan saya dan berkata: Ini adalah Imam, lalu
saya berkata: Jika dia Imam tentu sujudnya lama, dan Imam sujud dan sujudnya
memang panjang, dan selepas seketika dilunjurkan kakinya dan meletakkan di atas
tanah, dan saya mencium kakinya dan meletakkan jubah saya dan menutupinya dan
pergi mengambil wudhuk, apabila saya selesai berwudhuk, dia keluar dari bilik
dan wajahnya cerah dan dia dilimpahi cahaya dan saya melihatnya dan memberi
tumpuan kepada hidungnya. Dan saya berkata (Ahmad Al-Hassan tidak terpuaskan bagiku
melebihi keberuntungan ).
Ahmad / Baghdad
Saya melihat Imam Mahdi (as) menunggang
kuda dan kaki kuda tidak jejak ke bawah, Saya memegang pelana kuda di satu
pihak dan di sisi lain dipegang oleh seseorang (kawan saya) untuk memperbaiki
kedudukan pelana kuda. dan kemudian Imam datang kepada kami seraya berkata: Biarkan
dia, pelana itu telah tetap sekarang adalah urusan Ahmad untuk melakukan pertempuran
dan tidak lama lagi ajukanlah diri untuk mematuhi urusan Imam..
Abu Mohammed / Nasiriyah
Setelah sampai dakwah Syed Ahmad, ia
membawa saya kekeliruan dalam urusan saya antara kekuatan hujah pada satu sudut
dan kesukarannya pada sudut kedua dan sikap para ulama pada sudut ketiga, saya bermohon
kepada Allah SWT - yang tidak mengecewakan sesiapa yang meminta – Saya diberi
nikmat untuk melihat Saidi wa Maulai Al-Hujah anak Al-Hassan, Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkan beliau di bumi), Orang berdosa ini tidak tahu bagaimana membayarkan
hutangnya dalam ujian ini dan telah menjadikan pendengaran para ulama tuli dan oengelihatan
mereka buta mengenainya maka mereka tidak dapat mendengar: (Sesiapa yang
melihat kami maka telah melihat kami, kerana syaitan tidak boleh menyerupai
kami Ahl Al-Bait) sehinggakan tidak berlalu semalaman atau selang dua malam, melainkan
saya melihat Saidi wa Maulai Al-Hujah anak Al-Hassan (ke atasnya Allah curahkan
selawat) saya bermohon kepada Allah SWT untuk memberikan nikmat ke atas orang
yang berdosa dan serba kurang ini keampunan dan kemaafan, dan mengakhiri seruan
kami dengan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Dhia’ - Nasiriyah
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد واله
الطاهرين
Enam atau tujuh tahun yang lalu saya
melihat dalam suatu rukya bahawa Al-Imam Shohib Al-Zaman (Semoga Allah menempatkan
beliau di bumi) telah mengutus seorang utusan dan dia berkata kepada saya - dan
tempat di dalam gua di mana ada mimbar Imam Al-Hussein (as). Dan terdapat dua
pintu selain pintu utama gua - dan utusan itu memberitahu saya termasuk
kandungannya (yang saya adalah utusan Imam Mahdi (as), jika kamu hendak keluar,
keluarlah dan tutup pintu di belakang kamu) kemudian orang ini ghaib dari saya,
dan saya tidak melihat dia di tempatnya lalu saya memegang mimbar dan menangis,
dan apabila saya terjaga daripada tidur, rukya itu membawa saya pendekatannya dan
tidak lama kemudian, saya melihat dalam alam rukya sekali lagi, imam atau peribadi
tersebut (saya tidak ingat secara khusus). Dia berkata bahawa tafsiran rukya itu
bukanlah apa yang saya sampaikan kepadanya apa yang saya fahamkan darinya dia
memberitahu saya apa kandungannya akan diberitahu tafsirannya nanti, Saya bermohon
kepada Allah SWT agar menyempurnakan nikmatNya dengan mengukuhkannya dan supaya
saya menolong auliaNya, Wal-hamdu Lillahi Wahdah.
Hassan Al-Kinani - Najaf
Saya melihat dalam alam rukya bahawa saya tidur
kira-kira 20 tahun dan saya terjaga dan berjalan bertentangan dengan manusia. Saya
dapati banyak buah-buah delima yang ranum di atas tanah, lalu saya memakannya
dan kemudian saya berjalan lagi dan saya dapati wang syiling di atas tanah dan
kemudian datang
No comments:
Post a Comment