Thursday, 2 May 2019

Soalan 145:


Soalan 145: Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآياتِنَا لا يُوقِنُونَ﴾

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis dabbah (yang melata) dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. } [1].
         
Apakah maksud yang dikehendaki daripada ayat ini?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Seorang lelaki berkata kepada Abi Abdillah (as): "Aku telah dimaklumkan bahawa orang ramai membaca ayat ini begini:[ تَكلمهم] {akan bercakap kepada mereka} sebagai [تجرحهم]. “akan mencederakan mereka", maka dia (as) berkata: "Allah (akan) bercakap kepada mereka dalam Neraka, ia tidak akan diturunkan kecuali akan bercakap kepada mereka dengan perkataan" [2].

Dan dari Al-Ridha (as) mengenai firmanNya Yang Maha Tinggi itu: {Kami keluarkan untuk mereka sejenis dabbah dari bumi, yang akan bercakap kepada mereka}. ​​dia (as) berkata: "Ali (as)" [3].


___________              
[1] Al-Naml 27:82.
[2] Bihar Al-Anwar: Jilid 53, halaman 53.
[3] Banyak riwayat menunjukkan bahawa Al-Daabah Al-Ardh adalah Ali bin Abi Talib (as) dan ini adalah semasa al-Raj'ah, maka rujuk dan teliti dalam riwayat ini: Bihar Al-Anwar Jilid 53, halaman 53 dan Madinatul Al-Mu3aajaz oleh Al-Bi7raniy: Jilid 3, halaman 90 ; dan yang selepasnya dan sebagainya.


          ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 40


Jadi Al-Daabah (yang melata) di dalam ayat ini adalah manusia, dan kita mendapati bahawa riwayat menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib (as), dan ini akan berlaku semasa Al-Raj'ah, maka Ali (as) adalah Yang Melata Di Bumi [147], di Raj'ah, yang akan bercakap kepada umat manusia dan dia akan membezakan dengan jelas yang beriman dan yang kafir dengan tanda-tanda Allah Yang Maha Suci.Dan sebelum Al-Raj'ah akan bangkit Al-Qa'im (as); dan juga Daabah (yang melata) yang bercakap kepada manusia"[148], dan menjelaskan kepada mereka yang imannya lemah dengan ayat-ayat Allah - yang sebenar dalam Kerajaan Lelangit (Al-Malakut Al-Samaawaat); dan ia adalah Rukya (dalam tidur) dan diperlihatkan (kasyaf) dalam jaga; dan menjelaskan kepada manusia bahawa sepanjang perjalanan umat manusia di bumi ini, kebanyakan mereka tidak meyakini dengan ayat-ayat (tanda-tanda) Kerajaan Allah (, dan tidak beriman dengan Al-Malakut Al-Samaawaat)Rukya; dan diperlihatkan (kasyaf) dalam Al-Malakut Al-Samaawaat; kerana mereka telah terbelenggu dengan pandangan mereka di bumi ini; dan pada kebendaan dan itulah sejauh-jauh pengetahuan yang sampai pada mereka tidak menanggapi kepada yang lainnya;

﴿ذَلِكَ مَبْلَغُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَى﴾

Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.} [149].

Dan di sisi lain nabi-nabi, para washi, para Rasul dan sahabat mereka yang beriman kepada ayat-ayat Allah, dan beriman dengan Rukya dan Kasyaf dalam Al-Malakut Al-Samaawaat dan yang demikian itulah cara Allah SWT memberi wahyu. dan mereka tidak akan menjadi nabi jika tidaklah kerana iman mereka yang seperti itu; dan untuk ini mereka telah dipuji oleh Allah SWT, maka Dia berfirman:

﴿وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾

{Dan Kami panggillah dia: "Ya Ibrahim, * sesungguhnya kamu telah membenarkan rukya (mimpi) itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. } [150].

Dan Dia berfirman:

﴿وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ﴾

dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-Kitab-Nya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.[151].

Dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman mengenai rukya:

﴿نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴾

{Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelumnya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.} [152].

Maka Dia SWT memuji Ibrahim (as), kerana dia membenarkan Rukya; dan memuji Maryam atas hal yang sama, kerana dia membenarkan Rukya dan juga memuji Yusuf kerana dia membenarkan Rukya dan pada keuramaannya.

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنْبُلاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ لَعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

{"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya".} [153].


___________              
[147] Riwayat daripada Ahli Bait Maksum menunjukkan bahawa Ali adalah Dabbah Allah secara khusus, namun berkongsi dengannya gelaran Yang melata  Bumi ini adalah Mahdi Pertama (as​​). Dan dari riwayat hadits Abi Bashir dari Abi Abdullah (as​​) telah berkata: "Rasulullah (S) datang kepada Amirul Mukminin (as) ketika beliau tidur di masjid, baginda kemudian mengumpulkan pasir dan meletakkan kepala baginda di atasnya, kemudian Rasulullah (S) menggerakkan kaki baginda kepadanya dan sambil bersabda: "Wahai Dabbah Allah"; seorang lelaki, dari para sahabat, berkata: "Wahai Rasulullah adakah seseorang (lain) dari kalangan kita dinamakan dengan nama itu " baginda bersabda:" Tidak, demi Allah, tidak untuk sesiapa kecuali dia khususnya; dan dia adalah yang melata  yang disebut Allah Ta’ala dalam KitabNya: {Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis yang melata  melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.} " Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: halaman 43; dan perhatikan bahawa hadits Rasulullah (S) telah menyebut pertamanya, Dabbah Allah adalah khusus untuk Ali (as), kemudian baginda menyebut {Yang melata  Bumi} di dalam ayat Al-Quran; dan Apakah kebaikan perbezaan di antara keduanya ini [antara Dabbah Allah, dan dabbah bumi]
[148] Profesor Ahmad Hatab telah menyatakan soal ini dalam buku "Thali3 al-Masyriq wa Daabbat Al-Ardh"; sila rujuk.
[149] Al-Najm 53:30.
[150] Al-Shaffat 37:104 - 105.
[151] Al-Tahrim 66:12
[152] Yusuf 12:3.

          ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 41

Pada hari ini, kita dapati ramai dari kalangan manusia yang mengingkari hakikat Rukya; padahal sesungguhnya ia adalah Wahyu dari Allah Yang Maha Suci lagi Yang Maha Tinggi (SWT) dan itu adalah kerana jiwa mereka yang kotor dan mungkar serta tidak percaya dengan Allah SWT, tetapi mereka tidak mengetahui. Kerana mereka kufur kepada Allah dalam Alam Zhar dan mereka kufur dengan Wilayah Al-Ilahiyah (Wilayah Kekuasaan Ketuhanan); dan mereka tidak pernah mengakui kepada waliy (penguasa) dari Auliak Allah dalam hati mereka, sebaliknya Allah telah menjadikan mereka mengakui dengan lidah mereka kepada sebahagian kebenaran, agar Allah menghindarkan mereka dari Auliak-Nya  [154].

Dan Rukya adalah cara Allah berbicara kepada hamba-hambanya [155] – dengan kesemua mereka, Nabi-nabiNya, Rasul-rasulNya, Auliak-Nya, dan musuh-musuh-Nya; yang beriman dan yang kafir. Sesungguhnya Allah mengilhamkan (mewahyukan) kepada Firaun Mesir yang kafir dengan Rukya yang Yusuf (as) telah mendapat faedah untuk penngukuhan ekonomi negara:

﴿وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنْبُلاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيايَ إِنْ كُنْتُمْ لِلرُّؤْيا تَعْبُرُونَ﴾

Raja berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat menta'birkan mimpi".  [156].

Dan Allah telah mewahyukan kepada Muhammed (S) dengan Rukya baginda mengetahui apa yang akan berlaku kepada Ahl Bait selepas baginda; dan penguasaan Bani Umaiyah (laknahumu Allah) ke atas ummat baginda:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَاناً كَبِيراً﴾

Dan (ingatlah), ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon yang terkutuk dalam Al Quran. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka. [157].
                       
Dan sesungguhnya Allah SWT Diri-Nya telah menjadi saksi kepada orang-orang kafir dengan Nubuwah Muhammad (S), jika mereka meminta KesaksianNya. Dan bagaimana Allah SWT, memberikan penyaksian kepada mereka yang kafir melainkan melalui Rukya;
              

---------------------------     
[153] Yusuf 12:46.
[154] - Perhatikan hadits yang disebutkan dari Imam Al-Shadiq (as) (... kemudian beliau (as) berkata: "Sesungguhnya Allah menciptakan kaum-kaum untuk neraka jahannam, maka Dia memerintahkan kami untuk: menyampaikan kepada mereka, seperti mana kami telah sampaikan kepada mereka dan mereka menghinanya, dan hati mereka menjauh dan tidak kembali kepada kami, dan mereka tidak boleh membawanya dan mendustakannya, dan mereka mengatakan kami ahli sihir pendusta, lalu Allah meterai hati mereka dan melupakan mereka, kemudian Allah pisahkan lidah mereka dari sebahagian kebenaran itu, lalu mereka mereka tidak dapat berbicara mengenainya dan hati mereka ingkar. Ini berlaku supaya mereka mengakui Auliak-Nya dan orang-orang yang taat kepada-Nya dan jika tidak seperti itu maka tidak akan ada hamba-hamba Allah di bumi-Nya, maka Dia memerintahkan kita menjauhkan diri daripada mereka, tempat tinggal dan penyembunyian mereka, lalu mereka menyembunyikan apa yang telah diperintahkan Allah untuk menahan diri daripadanya, dan mereka terlindung dari Allah apa yang telah diperintahkan berlindung dan menyembunyikan [diri] dariNya) Al-Kafi Jilid 1, halaman 402.
[155] Dari Amir Al-Mukminin (as) yang berkata: "Rukya orang beriman adalah aliran kata-kata Tuhan yang diucapkan kepadanya " Bihar Al-Anwar: Jilid 58, halaman 210.
[156] - Yusuf 12:43.
[157] - Al-Israa' 17:60 dan diriwayatkan daripada Sulaim bin Qais dari Amir Al-Mukminin (as) dan ketika beliau berkhutbah mengenai Mu'aawiyah – (laknahu Allah): ".. dan Allah menurunkan kepada kamu firman Nya Azza wa Jalla:
{Dan Kami tidak menjadikan mimpi (Rukya) yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon yang terkutuk dalam Al Quran.};
dan itulah yang dilihat Rasulullah (S) (dalam mimpi baginda) bahawa dua belas Imam-imam, berbanding Imam-imam yang sesat, di atas mimbarnya yang telah menyesatkan masusia berundur ke belakang - dua orang lelaki dari dua keluarga Quraisy yang berlainan, sepuluh daripada Bani Umaiyyah; sepuluh orang pertama adalah sahabat kamu yang kamu tuntut bela atas darahnya, maka kamu dan anak-anak kamu adalah tujuh orang dari anak-anak Al-Hakam bin Abi Al-3ash, yang pertama daripada mereka adalah Marwan dan Rasulullah (S) telah melaknatnya, dan mengusirnya dan anak-anaknya apabila dia mahu untuk mencuri dengar perempuan (isteri) Rasulullah (S) " Kitab Sulaim bin Qais: halaman 308; Ta7qiq Muhammad Baqir Al-Anshari


          ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 42


Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِنْدَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab". [158].

Berfirman Yang Maha Tinggi:
﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ﴾
Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka,
Maka perkataan telah jatuh (yang akan berlaku) ialah kemunculan Al-Qaim (as) dan ia adalah Kiamat Kecil [159],
﴿ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآياتِنَا لا يُوقِنُونَ﴾
Kami keluarkan Dabbah (yang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. [160],
Al-Dabbah (yang melata) itu: ia adalah Mahdi Pertama [161] yang bangkit sebelum Al-Qaim (as​​) dan bercakap kepada manusia dan untuk mengecam mereka, dan menjelaskan kepada mereka mengenai kekufuran mereka dengan ayat-ayat Allah Al-Malakutiyah (Rukya dan Kasyaf) pergantungan mereka kepada kebendaan dan keinginan nafsu dan mereka mengelakkan dari Malakut Al-Samawaat.
Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di seluruh wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa ia itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? [162].

Disebut dalam riwayat dari mereka (as):
(أَنَّهُ الْحَقُّ)
[bahawa ia itu adalah benar] iaitu: bangkitnya Al-Qaim (as), dan pada ayat: memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di seluruh wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, adalah seperti yang telah diriwayatkan oleh mereka (as); di ufuk-ufuk (segala wilayah bumi): (dilontarkan ujian (fitnah) dari langit ), dan dalam diri mereka sendiri: (Al-Masakh - perubahan) [163].


--------------------    
[158] Al-Ra'd 13:43.
[159] - Daripada Amir Al-Mukminin (as) mengenai Firman-Nya, Yang Maha Tinggi:
(إذا وقع القول عليهم أخرجنا لهم دابة من الأرض تكلمهم أن الناس كانوا بآياتنا لا يوقنون)
[Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis yang melata  melata dari bumi yang akan berkata-kat kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami] ; di mana beliau berkata: (dan ​​mereka tidak menganggap ia dengan pertimbangan yang sewajarnya, aku akan khabarkan kepada kamu tentang raja terakhir Bani Fulan ", kami berkata, Ya wahai Amir Al-Mukminin, beliau berkata: "Satu jiwa akan dibunuh secara haram, pada hari yang haram, di negeri yang haram, dari kaum Quraisy dan mereka yang menyebarkan benih dan menghembuskan nafas, mereka tidak akan mempunyai raja selepasnya kecuali berlalu lima belas hari ") Ghaibat Al-Nu3mani: halaman 259 ; dan di sini Amir Al-Mukminin (as​​) telah menyambung pada kata yang akan keluar sejenis yang melata  melata dari bumi yang akan keluar di antara keluarnya Al-Qaim (as) 15 hari selepas pembunuhan jiwa suci (Al-Nafs Al-Zakiyah).
[160] - Al-Naml 27:82.
[161] Tidak syak lagi Yang melata  Bumi (Daabbah Al-Ardh) yang bercakap kepada manusia di Raj3ah adalah Amir Al-Mukminin (as); dan untuk itu terdapat banyak riwayat yang terdahulu dan sebahagiannya dalam  jawapan kepada soalan 145; tetapi terdapat juga Yang melata  Bumi (Daabbah Al-Ardh) yang keluar di akhir zaman, dan ia bercakap kepada manusia dan mengecam mereka atas pendustaan mereka dengan ayat-ayat Allah, dan menamakan mereka untuk membezakan orang yang beriman dari yang kafir; Amir Al-Mukminin (as) berkata: "keluarnya Yang melata  Bumi yang membebaskan dengannya Mohor Sulaiman, dan Cokmar Musa diletakkan Mohor (cop) di muka setiap orang yang beriman, maka ia dicop menandakan ia mukmin sebenar dan ia dicop di muka setiap orang kafir, maka dicop menandakan ia benar-benar kafir.. Kemudian Yang melata  Bumi akan mengangkat kepalanya melihat antara dua mata angin dengan izin Allah, selepas matahari terbit dari barat iaitu apabila (pintu) taubat diangkat, jadi tidak akan diterima taubat dan tidak akan diangkat amal dan tidak akan berguna suatu jiwa pun imannya kerana ia tidak beriman terlebih dahulu atau usaha mendapat imannya.") Al-Tafsir Al-Shafi: Jilid 4, halaman 75 dan ia adalah jelas bahawa ini adalah pada kemunculan Al-Qaim (as) dan bukan pada Al-Raj3ah; dan Yang melata  Bumi di sini ialah Al-Yamani dan Mahdi Pertama (as).
[162] Fushilat 42: 53.
[163 ] Dari Al-Imam All-Shadiq (as) yang berkata: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka dalam diri mereka Al-Masakh – (perubahan); dan Kami akan menunjukkan kepada mereka di ufuk-ufuk (di segenap Wilayah): yang ketidakserasian daripada ufuk-ufuk kepada mereka, maka mereka akan melihat Kudrat Allah Azza wa Jalla, dalam diri mereka dan di segenap Wilayah. Dikatakan: sehingga menjadi jelas kepada mereka bahawa ia adalah benar, dia berkata: Keluar Al-Qaim (as) adalah yang benar daripada Allah, Azza wa Jalla yang penciptaan akan melihat bahawa ia mestilah daripada-Nya.
Dan dalam riwayat: Penghinaan, perubahan dan laknat; disoal sehingga diterangkan', itu adalah bangkitnya Al-Qaim (as))  Tafsir Al-Shafi: Jilid 4, halaman 364-365; dipetik dari Al-Kafi.


          ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 43

Dan juga pada ayat di ufuk-ufuk Al-Malakutiyah iaitu di seluruh wilayah Langit, dan dalam diri mereka adalah dalam (rukyah dan kasyaf), maka Allah akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaanNya (Malakutiyah) sehingga jelas kepada mereka bahawa ia adalah benar, iaitu keluarnya Al-Qaim.

Bahawa yang bercakap kepada mereka adalah: (Mahdi Pertama dari Dua Belas Mahdi-mahdi). dan ini tanda-tanda sebagai alamat (petunjuk) yang dikaitkan dengan Mahdi Pertama, dan untuk menjelas kepada manusia bahawa kebenaran adalah dari Tuhan mereka.

Jadi tanda-tanda di ufuk-ufuk (seluruh wilayah) dan pada diri iaitu diri yang akan bercakap dengan Yang melata di Bumi yang mengecam manusia; kerana mereka tidak beriman kepadanya. Ia adalah tanda-tanda dalam Kerajaan Lelangit, dan ia adalah Rukya dan Kasyaf.

Dan di sini kita lanjutkan sedikit pada Rukya untuk kita mengetahui kepentingannya dari Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi di dalam al-Quran. dan di sisi Rasulullah (S), dan di sisi Ahl Al-Bait baginda (as).

Adapun di dalam Al-Quran: Allah SWT memanggil Al-Rukya "Ahsan Qishash - cerita terbaik" [164], yang menceritakan kepada kita Rukya Yusuf (as) ([165] dan Dia menerangkan hakikat kenyataan sebenar di bumi.

Ia telah menceritakan kepada kita Rukya (banduan) di penjara [166] dan hakikatnya di dunia nyata dan kehidupan bumi, dan menceritakan Rukya Firaun yang kafir itu [167] dan kepercayaan kepada Yusuf (as) pada masa menjadi seorang Nabi dan mengukuhkan ekonomi negara berdasarkan Rukya ini, dan kemudian dinyatakan dalam kehidupan sebenar. Al-Quran menceritakan kepada kita kisah Balqis Ratu Sabaa’, dia mengetahui bahawa Sulaiman adalah seorang nabi yang mulia melalui Rukya, jadi dia membenarkan Rukya dan percaya pada akhirnya:

﴿قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ﴾

Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia [168],

Maka darinyalah dia mengetahui bahawa pesanan (tulisan) yang mulia itu tidak lain melainkan dari Allah dengan Rukya. Dan begitulah semua nabi-nabi Allah dan Rasul-rasulNya dan AuliakNya SWT, mereka tidak dipisahkan dari Rukya, satu tanda besar dari tanda-tanda Allah, dan cara Allah Yang Maha Suci berbicara kepada mereka. Jadi Rukya adalah (sumber) permulaan wahi Ilahi.


---------------------------
[164] – Yang Maha Tinggi berfirman:
(نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ)
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. [Yusuf 12:3].
[165] - Yang Maha Tinggi berfirman:        
(إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ)
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".[Yusuf 12:4].
[166] Yang Maha Tinggi berfirman:
(وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانَ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْراً وَقَالَ الآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزاً تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ)
Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang diantara keduanya: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memeras anggur". Dan yang lainnya berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung". Berikanlah kepada kami ta'birnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mena'birkan mimpi). [Yusuf 12:36]..
[167] - Yang Maha Tinggi berfirman:
(وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا أَيُّهَا الْمَلأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ)
Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat menta'birkan mimpi". [Yusuf 12:43]..
[168] – Al-Naml 27:29.


          ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 44


Adapun pada Al-Rasul: Sesungguhnya Rukya sangat penting; sehingga setiap hari selepas solat fajar (Subuh) baginda berpaling kepada sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka: "Adakah berita-berita yang menggembirakan, adakah Rukya." [169]. Dan pada hari itu tidak ada seorang pun sahabat memberitahunya Rukya mereka, lalu baginda bersabda kepada mereka: Sebelumnya Jibrail telah mendatangiku, dia berkata: Bagaimana kita boleh mendatangkan mereka dan menunjukkan kepada mereka suatu Rukya manakala terdapat kotoran di kuku mereka?!
                                     
Dan baginda (S) bersabda: "Sesiapa yang melihat ku (dalam mimpi – Rukya) maka sesungguhnya dia telah melihat ku kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku dan tidak juga dari salah seorang Aushiakku" [170]. Dan baginda bersabda.., dan bersabda.., dan bersabda mengenai Rukya; sila rujuk "Dar Al-Salam"[171] dan ia adalah empat jilid yang kaya dengan riwayat yang khusus berkaitan dengan mimpi benar - Rukya.

Sebagaimana diakui Rasulullah (S) Rukya adalah jalan kepada hidayah dan iman, maka diakui iman Khalid bin Sa3id bin Al-3Aash Al-Umawiy dalam Rukya di mana beliau melihat baginda (S) [172], dan baginda mengakui Rukya seorang Yahudi yang melihat Nabi Allah Musa (as) yang memberitahu kepadanya bahawa adalah benar bersama Muhammad (S) [173]. Dan Rasul Allah (S) mengakui bahawa Rukya adalah benar dari Allah, dan ia adalah perkataan yang dibicarakan Tuhan kepada hamba-Nya [174].

Bagi Ahli Al-Bait (as) bahawa telah diriwayatkan dari mereka (as): "Sesiapa yang melihat kami maka sesungguhnya dia telah melihat kami kerana syaitan tidak boleh menyerupai kami" [175].


----------------------
[169] - Lihat: Al-Kafi: Jilid 8, halaman 90 ; Bihar Al -Anwar: Jilid 66, halaman 177.
[170] - Bihar Al-Anwar: Jilid 30, halaman 132 ; Dar Al-Salam: Jilid 1, halaman 59.
[171] - Kitab ini ada empat bahagian; Kumpulan Syiekh-syiekh Hadits: Al-Mirza Hussein Al-Nuri, Pemilik Mustadrak Al-Wasail.
[172] - Diriwayatkan oleh Ibn Sa3ad: (Dari Muhammad bin Abidullah bin 3amru bin 3uthman, beliau berkata: Adalah Islamnya Khalid bin Sa3id pada masa dahulu, bahawa dialah yang pertama dari adik-beradiknya memeluk Islam, dan permulaan penerimaannya terhadap Islam kerana dia melihat di dalam tidurnya bahawa dia berdiri di ambang api. Dia ingat sejak saat itu apa sahaja yang Allah beritahu kepadanya, dan dia melihat di dalam tidurnya itu seolah-olah bapanya telah menolaknya ke dalamnya (api), dan dia melihat Rasulullah memegang pinggangnya daripada dia terjatuh, kemudian dia terbangun dari tidur dan berkata: aku bersumpah demi Allah bahawa Rukya ini benar..) Al-Thabqaat: Jilid 4, halaman 94.
[173] - Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari ; yang berkata: (Jandal bin Janadah, seorang Yahudi dari Khaibar, datang menemui Rasul Allah (S), maka beliau berkata: "Wahai Muhammad. beritahu padaku apa yang tiada bagi Allah, dan apa yang tiada di sisi Allah, dan apa yang Allah tidak ketahui". maka Rasul Allah (as) berkata:" Adapun apa yang tiada bagi Allah, tiada bagi Allah sekutu, dan yang tiada di sisi Allah, maka yang tiada di sisi Allah adalah menzalimi hambaNya, dan adapun apa yang tidak diketahui Allah adalah perkataan kamu wahai masyarakat Yahudi: bahawa 3uzair adalah anak Allah, dan Allah tidak tahu, Dia mempunyai anak.". Maka Jandal berkata:
أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله حقاً.
"Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Engkau adalah Rasul Allah yang sebenar." Tambahan pula beliau berkata:" Wahai Rasulullah, semalam aku melihat dalam tidurku, Musa bin 3imran (as​​) mengatakan kepadaku: "Wahai Jandal, Islamlah kamu di tangan Muhammad dan berpeganglah kamu kepada Aushiak selepasnya." Maka aku telah serahkan (Islam) diriku, dan Tuhan telah memberikannya kepadaku... ") Bihar Al-Anwar: Jilid 36, halaman 304 -305.
[174] - Sebelumnya hadits dari Imam Ali bin Abi Talib (as), Lihat: Bihar Al-Anwar: Jilid 58, halaman 210.
[175] - Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Shaduq dari Abi Al-Hassan - Ali bin Musa Al-Ridha (as​​) bahawa (dia diberitahu oleh seorang lelaki dari penduduk Khurasan: "Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah dia berkata kepadaku: Bagaimana kamu jika sebahagian daripada ku dikebumikan di negerimu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu adalah bintangku?" Lalu Al-Ridha (as​​) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di negerimu; bahawa aku sebahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Azza wa Jalla, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as​​) bahawa Rasulullah (S) bersabda: "Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa seseorang dari Syiah mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah.") Man La Ya7dhuruh Al-Faqih: Jilid 2 halaman 584.

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 45


Dan diriwayatkan dari mereka (as): Itu Rukya di akhir malam tidak dusta tidak khilaf [176], dan bahawa Rukya di Akhir Zaman tidak dusta [177], dan pada Akhir Zaman yang tinggal adalah pengelihatan orang mukmin dan Rukyanya [178].

Dan Imam Al-Hussein (as) mengakui iman Wahab Al-Nashrani pada Rukyahnya di mana dia melihat Isa (as) dan Imam Al-Ridha (as​​) mengakui iman sebahagian dari Al-Waqafiyah (orang-orang yang 'berhenti ' - mempercayai kurang daripada 12 Imam) dalam penglihatan (Rukyah) dia melihat; telah datang kepadanya Abu Al-Hassan Al-Ridha (as) dalam satu penglihatan (Rukyah) dan berkata kepadanya: Demi Allah supaya kamu kembali kepada kebenaran [179].

Dan jika kita mahu melanjutkannya maka perkara ini akan menjadi panjang, tetapi apa yang akan kamu lakukan bagi seseorang yang menafikan kamu pada waktu tengah hari, dan bagaimana kamu akan membantah seseorang yang mengatakan "ini adalah tengah malam" padahal ia adalah waktu tengah hari. Dan tiada daya untuk kita kecuali hanya dengan mengatakan:

إنا لله وإنا إليه راجعون، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، وسيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون.

Kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali..

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ * أَلا إِنَّهُمْ فِي مِرْيَةٍ مِنْ لِقَاءِ رَبِّهِمْ أَلا إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطٌ﴾

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di seluruh wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? * Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. [180].

Maka keingkaran mereka dalam Rukyah ini adalah dari tanda-tanda diri sendiri, Bahawa mereka ini sesungguhnya disebabkan mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Dan pujian adalah untuk Allah Semata-mata.


         
 ----------------------                             
[176] - Riwayat Al-Kulaini dari Abi Abidillah (as​​) bahawa dia berkata: "Bagi yang benar [Rukyah] itu adalah jika dia melihat selepas dua pertiga malam, dan dengan kedatangan para malaikat yang ada sebelum Sahur, maka ia adalah benar dan tidak khilaf jika Allah kehendaki.. " Al-Kafi: Jilid 8 halaman 91. hadits 62.
[177] - Lihat: Syarah Ushul Al-Kafi oleh Al-Mazandaraniy: Jilid 1 halaman 476.
[178] - Dari Imam Al-Shadiq (as) yang berkata: "Pengelihatan dan Rukyah orang mukmin di akhir zaman adalah sepertujuh puluh bahagian dari bahagian nubuwah." Dar Al-Salam: Jilid 1 halaman 18.
[179] - Dari Hassan bin 'Ali Al-Wasya, berkata: (Kami bersama seorang lelaki di kota Maru dan bersama kami itu adalah seorang lelaki Waqifi (bukan Syiah Dua Belas), jadi aku berkata kepadanya: "Takut Allah, sesungguhnya aku seperti kamu, kemudian nur Allah masuk ke hatiku, maka aku berpuasa pada hari-hari Rabu, Khamis dan Jumaat dan bersuci diri (berwuduk) dan bersolat dua rakaat dan mintalah kepada Allah untuk menunjukkan kepada kamu dalam tidur kamu apa kesimpulan atas perkara ini." Maka aku kembali ke rumahku dan sememangnya surat daripada Abi Al-Hassan mendahuluiku, di dalamnya dia menyuruhku menyeru perkara ini kepada lelaki tersebut, maka saya bergegas kepadanya; dan memaklumkan kepadanya dan berkata: " Puji Tuhan dan memohon ampun seratus kali" dan berkata kepadanya: "Saya mendapat surat daripada Abi Hassan sebelum balik ke rumah, (di dalamnya menyebut) apa yang aku katakan kepada kamu. Aku berharap Allah menerangi hatimu, maka lakukanlah apa yang aku beritahu padamu dengan berpuasa dan solat." maka dia datang kepada ku pada hari Sabtu semasa Sahur dan berkata kepadaku: "Aku bersaksi bahawa Imam itu sepatutnya ditaati." aku berkata: "Bagaimana boleh demikian?" beliau berkata: "Telah datang Abu Al-Hassan kepadaku semalam di dalam tidurku, dan dia berkata: "Wahai Ibrahim, Demi Allah kamu kembali kepada kebenaran." dan beliau mendakwa bahawa beliau tidak diberitahu kecuali oleh Allah) Bihar Al-Anwar: Jilid 49, halaman 53 -54.
[180] Fushshilat 41:53 - 54.


✡✡✡✡✡
                     
Sebelum✡✡Menu✡✡Tamat


No comments:

Post a Comment