Wednesday 16 October 2019

Rukya Pencuri, Rukya Pengebumian Al-Saiyidah Al-Thahirah Nafisah, Rukya Bapa Kita Adam (as), Nabi Idris (as) czn Rukya-rukya Nabi (S)


Rukya Pencuri
       
Diriwayatkan dari Al-Shaduq dalam 3uyun dari Al-Redha (as), Dari Musa bin Jaafar, beliau berkata: Al-Shadiq sedang berjalan di lorong-lorong, dan bersama beliau adalah sekumpulan orang yang mempunyai wang. Telah diberitahukan kepada mereka bahawa ada sekumpulan "Bariqah" (orang yang bersenjata) di lorong tersebut yang merupakan perompak - ini mengejutkan dan menakutkan mereka. Maka Al-Shadiq berkata kepada mereka: "Apa yang tidak kena dengan kalian?"

Mereka berkata: "Kami mempunyai wang dan kami takut mereka akan merampasnya dari kami, jadi bolehkah tuan mengambilnya agar mereka mengelak dari kami apabila mereka mengetahui wang itu milik tuan?" Beliau menjawab: "Bagaimana kalian tahu mereka tidak akan mengambil wang dari ku? Mungkin ia akan hilang dari ku?"

Mereka berkata: "Jadi apa yang perlu kami lakukan? Patutkah kami menanamnya?"

Beliau menjawab: "Itu mungkin lebih buruk, mungkin ada orang lalu lalang yang akan menjumpainya dan mengambilnya," Kemudian mereka berkata: "Maka apa yang perlu kami lakukan, khabarkanlah kepada kami."

Maka beliau menjawab: "Simpanlah wang itu pada seseorang yang boleh menjaganya, melindunginya dan menambahnya - serta menjadikan satu bahagian darinya lebih besar dari segala apa yang terkandung dalam dunia ini. Kemudian dia akan memulangkannya kepada kamu dan mengurniakan kepada kamu suatu jumlah besar melebihi dari apa yang kamu perlukan."

Mereka bertanya: "Siapakah dia?" Beliau menjawab: "Dia adalah Tuhan sekelian alam." Mereka bertanya: "Bagaimana kami menyimpan wang pada Dia?" Beliau menjawab: "Belanjakannya kepada Muslim yang miskin." Mereka berkata: "Di mana kami boleh mencari orang-orang miskin apabila yang kami jumpai hanyalah seperti mereka?" Beliau menjawab: "Bertekadlah untuk membelanjakan 1/3 darinya agar Allah akan melindungi bakinya dari apa yang kamu takutkan." Mereka berkata: "Kami bertekad." Beliau lalu berkata: "Maka kamu telah berada dalam perlindungan Allah, pergilah." Jadi mereka pergi dan mereka terserempak dengan kumpulan Bariqah tersebut, dan perasaan takut mula menguasai mereka." Maka Al-Shadiq berkata: "Mengapa kamu berasa takut sedangkan kalian berada dalam perlindungan Allah?" Maka kumpulan Bariqah datang kepada mereka, turun dari kuda, lantas berjalan ke arah Al-Shadiq lalu mencium tangannya.

Kumpulan Bariqah itu berkata: "Semalam kami bermimpi Rasulullah dan keluarganya memerintahkan kami untuk datang kepada mu - maka inilah kami berada di depan kamu, dan kami akan menemani kamu, serta melindingi mereka dari musuh dan pencuri."

Maka Al-Sadiq pun berkata: "Kami tidak perlukan kalian. Dia yang melindungi kamu akan melindungi kami. Maka mereka pulang dengan aman dan membelanjakan 1/3 bahagian wang mereka, lalu perniagaan mereka diberkati dan bagi setiap dirham yang mereka belanjakan telah digandakan 10 kali lipat.

Berkatalah mereka: "Betapa besarnya berkat Al-Shadiq."

Lalu Al-Shadiq membalas: "Kamu telah mengetahui berkah dalam mu3amalah (urusan) Allah AWJ. Maka tetaplah dengannya "

Adalah jelas mengikut riwayat yang diriwayatkan dengan tiga jalan imam-imam maksum. Bahawa pencuri percaya dan mematuhi perintah Rasulullah (S).Mereka tentunya tidak memahani agama dan tidak mengumpulkan riwayat-riwayat, bagaimana pula dengan fuqaha’ yang sesat yang khianat dengan agama yang tidak percaya kepada yang ghaib, malah mereka mengikut perompak jalanan. Aduhai malangnya atas umat yang dipimpin oleh fuqaha’ yang membawa umat ke jurang neraka.


Rukya Menentukan Tempat Pengebumian Al-Saiyidah Al-Thahirah Nafisah
                               
Dalam Is3af Al-Raghibin... bahawa Al-Saiyidah Nafisah binti Al-Hasan bin Zaid bin Al-Hasan Al-Mujtaba (as) ketika dia meninggal dunia di Mesir. Suaminya, Ishaq bin Al-Mu'tamin bin Imam Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) ingin memindahkannya ke Madinah dan dikuburkan di Baqi3. Orang-orang Mesir memintanya supaya dia ditinggalkan bersama mereka untuk keberkat dan memberinya banyak wang.

Tetapi dia tidak menerimanya. Maka dia melihat Nabi (S) (dalam rukya) bersabda kepadanya: "Ishak, jangan menentang orang-orang Mesir mengenai Nafisah, barkah diturunkan ke atas mereka dengan keberkatannya."

Tempat Al-Saiyidah tokoh besar wanita ini terkenal oleh penduduk Mesir dan banyak karamah atasnya. Penentuan tempat pemakaman melalui rukya itu hanya ditinggikan dengan kehendak Allah karena dia dipilih oleh Allah AWJ. Adakah ini disengajakan.


Rukya Bapa Kita Adam (as)

Dalam Tafsir Al-Burhan dari Ja’far Al-Shadiq (as) dalam sebuah hadits yang panjang tentang penciptaan Adam (as) (... Ketika Adam (as) tidur Allah AWJ menciptakan dari sisi kanan tulang rusuk pertama yang mulia (rusuk mengawal perut) Ia adalah tulang rusuk yang bengkok sehingga dia menciptakan Hawa, tetapi ia dinamakan kerana ia dicipta dari kehidupan dan itulah yang Allah berfirman:
       
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا

(Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; )

Hawa diciptakan ke atas Adam dan dengan kebaikan dan kecantikannya. Dia mempunyai tujuh ratus dandanan tocang yang berkilauan... Apabila Allah Taala menciptakannya dia duduk di kepala Adam (as). Adam (as) melihatnya dalam tidurnya dan telah meletakkan kasih di hatinya. Dia berkata: Berlaku kepada Adam (as) dalam tidurnya dengan berkata, Ya Tuhanku siapakah orang ini? Allah nerfirman: Ini adalah Hawa yang mengunjungi. Ya Tuhan, untuk siapakah orang ini diciptakannya? Allah nerfirman: untuk orang yang mengambilnya sebagai amanah dan paling boleh dipercayai pengakuannya. dia berkata, Ya Tuhan, aku menerimanya, dan kahwinkanlah aku dengannya. Allah berfirman, kahwinlah sebelum masuk Syurga. Amirul Mukminin (as) berkata: Aku melihatnya dalam mimpi dan dia (Hawa) bercakap kepadanya: Aku dikunjungkan Allah dan engkau adalah Abdullah (Hamba Allah) maka percakapanku dari Tuhanmu.

Dari riwayat ini yang dirriwayatkan oleh Imam Al-Shadiq (as) dan disaksikan di dalamnya ada perkataan Amirul Mukminin... Banyak manfaat, darinya, bapa kita Adam (as) yang mengenali Hawa dengan rukya dan meminta darinya untuk bercakap dengannya dari Allah melalui rukya dan sekiranya tidak ada rukya akan sukar untuk perkahwinan mereka berdua kerana tidak ada pihak lain, dan Allah lebih tahu sebab utama untuk semua penciptaan ini bukan pada alasan lain melainkan amat buruk apa yang mereka tetapkan itu.


Nabi Idris (as) Membina Piramid Dengan Rukya                                    

Dalam Tarikh Al-Hukama' dari Abu Mu3asyir Al-Balkhi, bahawa Idris (as) adalah yang pertama memberi amaran akan berlaku banjir dan bahawa dia melihat bencana dari langit akan menyerang bumi dengan air dan api dan rumahnya di Mesir yang membayangkan bahawa dia membina Haikal piramid dan bandar-bandar di daratan (sahara).  Dia takut keghilangan ilmu oleh banjir, lalu dia membina di daratan (sahara) dan di dalamnya ada gambar semua keluaran hasil tangan dan meletakkan tulisan dan gambar semua peralatan ... dikhuatiri ilmu pengetahuan lukisannya (tulisan) akan hilang.

Ini menunjukkan bahawa keajaiban terbesar di dunia, ia adalah piramid yang bukan dibina oleh Firaun atau jurutera mereka, tetapi dibina oleh Nabi Idris dan orang-orang Madain di daerah Mesir. dan semua rahsia-rahsianya tidak didedahkan oleh para saintis, walaupun perkembangan sains adalah wahyu ilahi dan perintah Allah adalah melalui rukya ... Bagaimana ia boleh disangkal oleh orang-orang yang bodoh.


Nabi (S) Memasuki Dan Membuka Mekah Dengan Rukya

Dalam Tafsir Ali bin Ibrahim dari Abi Abdillah (as) katanya: Sebab turunnya Surat Al-Fath dan ini adalah pembukaan yang besar yang Allah AWJ perintahkan Rasulullah (S) dalam tidur supaya memasuki Masjidil Haram dan bertawaf dan bercukur rambut bersama-sama. Baginda memneritahu kepada para sahabatnya dan memerintahkan mereka keluar. Al-Thabrisi berkata pada firman Allah Taala:
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ
(Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram) .
Mereka  berkata bahawa Allah TWT memperlihatkan NabiNya dalam tidur di Madinah sebelum dia pergi ke Al-Hudaibiyah. Sesungguhnya orang-orang Islam memasuki Masjidil Haram lalu Allah menurunkan ayat ini dan memberitahu mereka bahawa RasulNya benar dalam tidurnya (mimpinya) tidak pula palsu dan mereka juga telah memasukinya.


Mimpi lain kepada baginda (S) pada siapa sebenarnya Bani Umaiyah

Dalam Tafsir Ali bin IIbrahim, Allah Taala berfirman:
وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآن
Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. [Al-Isra' 17:60].
Dia berkata, Aku turunkan apa yang dilihat Nabi (S) di dalam tidurnya seolah- olah kera-kera naik ke atas mimbarnya, maka keburukan itu membuatkan baginda merasa sedih yang amat sangat, lalu Allah menurunkan ayat tersebut.

Dalam Nahj Al-Bayan oleh Syaibani dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as) bahawa Nabi (S) melihat pada suatu malam di Madinah seolah-olah empat belas ekor kera telah menaikkan mimbarnya satu demi satu. Maka apabila baginda menceritakan kisah rukyanya kepada para sahabat, mereka bertanya kepada baginda mengenainya? Baginda bersabda mereka naik mimbarku ini selepasku sekelompok orang Quraisy dan mereka itu tidak dialu-alukan. Al-Shadiq (as) berkata: Mereka adalah Bani Umaiyah [a3anahumu Allah.


Satu lagi mimpi baginda (S) malam Badar

Dalam Tafsir Nahj Al-Bayan pada firman Allah Taala:
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَى
(Dan Allah tidak menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira) bermakna rukya yang dilihat oleh Nabi (S) pada malam Badar tentang kemenangan mereka dan keberhasilan mereka, telah diberitahu kepada mereka sahabat baginda untuk menguatkan hati mereka.


Mimpi Baginda (S) Yang Lain
                                        
Telah diriwayatkan dari Abi Al-Thufail dari Nabi (S) bahawa baginda bersabda: Aku melihat dalam tidur kambing hitam yang, diikuti oleh kambing ‘Afar (iaitu berwarna tanah). Dan diertikan kambing hitam adalah orang Arab dan kambing ’Afar adalah orang ajam (bukan Arab). Mencukupilah dengan tahap rukya-rukya Al-Syed Al-Anam (S) antara yang kebanyakannya tidak diperluas pada tempatnya ataupun pada masa sekarang, tetapi ini hanya untuk menerangkan sirah dan sunnah Nabi yang membentuk kita dan pendekatannya yang digariskan kepada kita untuk berjalan di atasnya. Dengan  mengambil rukya dan mengiktirafnya dan menganggapnya sebagai hujah. Sesiapa yang membelakangkannya dia tidak mungkin termasuk golongan Muhammad (S) kerana dia tidak mengesahkan apa yang diakui oleh Muhammad (S).


 ✡✡✡✡✡                        

 Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas 


No comments:

Post a Comment