Monday, 17 August 2015

Gangguan Syaitan dalam Mimpi


Gangguan Syaitan dalam Mimpi

Soalan 20: - Saidi, telah disebut dalam riwayat bahawa syaitan hadir dalam rukya (mimpi) Fatimah Al-Zahraa’ (as) bahawa Nabi (S) dan Ali (as) dan kedua Al-Hassanan (as), menurut apa yang saya ingat [64 Riwayat Penuh nota kaki]. Bagaimana syaitan boleh berbuat demikian? Bukankah malakut Allah di tangan Allah? Dalam tafsiran Kebawah, Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا﴾

{Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita.} [65 Al-Mujadilah 58:10].

Dan juga, apakah makna rukya (mimpi) bukan Syiah, seperti Ahli Sufi dan Sunni melihat Nabi (S), dan terdapat banyak rukya (mimpi) diriwayatkan daripada mereka, bahkan juga secara kasyaf, jadi bagaimana mungkin bahawa Rasulullah (S) datang kepada mereka atau dimisal kepada mereka padahal mereka berada di atas kebatilan. Dan juga Syiah Ushuli mempunyai rukya (mimpi) melihat para Imam walaupun mereka di atas kesesatan. Bolehkan tuan menyembuhkan hati kami dengan hembusan jawapan yang memuaskan lagi menyegarkan, Maulai?

Jawapan Soalan 20: Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as). Ini adalah kata-kata para Imam (as) dan bukan hanya kata-kata saya, dan ia bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi Allah melaknat kebencian orang yang buta dan segala rahsia kejahatan yang dilakukan oleh ulama yang tidak beramal pada hari ini yang mengatakan dengan kejahatan kata-kata dan mendakwa bahawa syaitan  menyerupai Rasulullah Muhammad (S) dan para Imam (as) [74]

Kepada soalan anda mengenai rukya (mimpi) Al-Zahraa' (as), adakah anda percaya bahawa syaitan mengetahui perkara yang ghaib dalam usaha untuk dia melihat yang ghaib, sesungguhnya Allah SWT berfirman:

﴿فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ﴾

{Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.} [75 Saba' 34:14].

Maka tiada apa yang tinggal kecuali satu perkara: bahawa Syaitan melemparkan pada akhir rukya (mimpi) dalam perkara ini yang merupakan kematian Al-Rasul Muhammad (S), dan sejak adanya pelindung bersamanya, dan baginda adalah Rasul Allah Muhammad (S), maka Allah memberi kuasa kepada baginda (S) supaya dia memperjelaskan kepadanya (as) bahawa sesungguhnya suara yang dia telah dengar di akhir rukya (mimpi) bukan dari rukya (mimpi), sebaliknya ia adalah dari syaitan yang mahu dia rasa sedih dengannya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


✡✡✡✡✡


-----------------------------------
[64] Ali bin Ibrahim meriwayatkan di dalam Tafsirnya, beliau berkata:
Firmannya-Nya SWT:
﴿إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئاً إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ﴾
{Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.} [Al-Mujaddalah 58:10]
dia berkata: (Sesungguhnya bapa ku menceritakan kepada ku dari Muhammad bin Abi Umair, dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata: (sebab turunnya ayat ini adalah bahawa Fatimah (as) melihat dalam tidur bahawa Rasulullah (S) hendak keluar dari Madinah dengan Fatimah, Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein (Shalawatu Allah 3alaihim), maka mereka keluar sehingga mereka melepasi tembok Madinah, jadi dua laluan telah ditunjukkan kepada mereka, maka Rasulullah (S) mengambil jalan yang di sebelah kanan, sehingga mereka sampai ke tempat di mana ia mempunyai pokok-pokok kurma dan air, Lalu Rasulullah (S) membeli seekor yang besar, dan ia adalah salah seekor yang mempunyai titik putih di telinganya, maka baginda memerintahkan supaya ia disembelih. Oleh itu, apabila mereka memakannya, mereka mati di tempat mereka itu. Jadi Fatimah perhatikan hal itu sambil menangis ketakutan. Dia tidak memberitahu Rasulullah (S) mimpinya itu. Kemudian apabila dia bangun, Rasulullah (S) datang dengan keledai, jadi dia menyuruh Fatimah menunggangnya, dan dia telah memerintahkan Amir Al-Mukminin, Al-Hassan dan Al-Hussein keluar dari Madinah, sama seperti bagaimana Fatimah melihat dalam tidurnya. Kemudian, mereka meninggalkan tembok Madinah dan dua laluan telah ditunjukkan kepada mereka, maka Rasulullah (S) mengambil jalan di sebelah kanan, seperti yang dilihat Fatimah (as)  di dalam tidurnya, sehingga mereka sampai di tempat di mana di dalamnya terdapat pokok-pokok kurma dan air, maka Rasulullah (S) membeli seekor yang besar, seperti yang dilihat Fatimah (as). Baginda memerintahkan supaya ia disembelih. Lalu ia disembelih dan dipanggang. Apabila mereka mahu memakannya, Fatimah bangkit dan betul-betul menarik dan mencegah mereka sambil menangis kerana takut mereka mungkinmati. Lalu Rasulullah (S) memanggilnya, dan berdiri mendekatinya sambil dia tetap menangis, dan baginda bersabda: "Apa yang kamu mahu wahai anakku?" Fatimah berkata: "Ya Rasulullah, semalam aku lihat dalam tidurku begini dan begitu dan engkau baru sahaja lakukan betul-betul seperti apa yang kulihat dalam tidurku, lalu aku menghalang kamu, kerana aku tidak boleh melihat kamu semua mati ".Lalu Rasulullah (S) dirikan solat dua rakaat dan mengadu kepada Tuhannya, maka Jibrail (as) datang kepadanya dan berkata:" Wahai Muhammad, ini adalah dari syaitan yang memaparkan cakap-cakap kosong, dan itulah yang dilihat Fatimah dalam rukya ini bagi menyakitkan orang-orang mukmin dalam tidur mereka untuk membuat mereka sedih ".Lalu Jibrail (as) diperintahkan untuk membawanya (syaitan) kepada Rasulullah (S), jadi dia membawanya kepada Rasulullah (S), maka baginda bersabda kepadanya: "Adakah kamu yang telah menunjukkan Fatimah rukya ini?" Dengan itu, dia berkata:" Ya, wahai Muhammad! "Maka hendaklah ia meludah kepadanya tiga kali supaya dia menikamnya dalam tiga tempat. Kemudian Jibrail (as) berkata kepada Muhammad (S): "Katakanlah! Wahai Muhammad Jika kamu atau seorang dari orang-orang yang beriman melihat dalam tidur mereka sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia berkata:

أَعُوذُ بما عاذَتْ بِهِ مَلائِكَةُ اللهِ المُقَرَّبُونَ وَأَنْبِياءِ اللهِ المُرْسَلُوْنَ وَعِبادِهِ الصّالِحُونَ مِنْ شَرِّ ما رَأَيْتُ مِنْ رُؤْيَايَ،

A3uzhh Bimaa 3aazhat Bihi Malaikatu_Llahi l-Muqarabun Wa Anbiaa’i_ Llahi l-Murshaalun Wa 3ibaadihi_sh-Shaalihun Min Syarri Maa Ra'aitu Min Ru’yaaya,

(“Aku berlindung yang dengannya berlindung para malaikat Allah al-Muqarabun dan Nabi-nabi Allah yang diutus dan hamba-hamba-Nya yang soleh dari kejahatan apa yang kulihat dalam rukya ku,

dan membaca Al-Hamd (Al Fatihah 1) dan Al-Mu3uwazhatain (Al-Falaq113 dan Al-Nas 114), dan Qul Huwa Allahu Ahad {Al-Tauhid 114) dan meludah tiga kali di sebelah kiri. Maka ia tidak memudharatkan apa yang telah dilihatnya itu". Maka Allah menurunkan ke atas Rasul-Nya ayat
إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ
{Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan) Tafsir Al-Qummi 2,halaman 355.
[74] - Rasulullah (S) bersabda: (Sesiapa yang melihat ku maka ia benar-benar telah melihat ku, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai ku atau salah seorang dari Aushiakku) Al-Sirath Al-Mustaqim jilid 3 halaman 155.
Dan baginda (S) bersabda: (Sesiapa yang telah melihatku dalam tidurnya maka ia benar-benar telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai ku atau salah seorang dari Aushiakku dan tidak boleh menyerupai salah seorang dari Syiah mereka. Dan sesungguhnya rukyah yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian Nubuwah) Raudah Al-Wa3dzain: Halaman 234.
Dan baginda (S) bersabda: (Sesiapa yang melihatku ia benar-benar telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak boleh menyerupai ku dan sesiapa yang telah melihat salah seorang dari Aushiakku, maka dia telah melihatnya, kerana sesungguhnya syaitan. tidak boleh menyerupai mereka) Al-Muhtadhir: Halaman 18.
Dan baginda (S) bersabda::. (Sesiapa yang melihatku dalam tidur, maka dia benar-benar telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak boleh menyerupai ku. Sama ada semasa tidur atau ketika jaga, juga tidak boleh pada salah seorang dari Aushiakku sehingga hari kiamat) Madinah Al-Ma3ajaz: jilid 2, Halaman 93.
[75] - Saba' 34:14].



No comments:

Post a Comment