Soalan 817: Ingin bertemu Al-Yamani – Rukya meninggalkan
dakwah
Al-Salamu 3alaikum, Tuan dan Maulai, Adakah
saya akan mendapat penghormatan tuan, untuk melihat tuan suatu hari nanti? Dan
mengapa salah seorang ansar melihat saya seolah-olah saya telah meninggalkan
dakwah walaupun saya berpegang teguh dan mengorbankan segalanya untuknya?
Pengirim: Ali / Baghdad – Iraq
Jawapannya:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Berkenaan dengan permintaan anda untuk melihat
Ahmad Al-Hassan, saya meminta kepada Allah untuk memudahkan tempat yang selamat
bagi kita dari limpah kurnia-Nya dan sejumlah orang yang benar-benar beriman
yang akan dilindungi dari musuh-musuh Allah dan menghalangi Iblis dan
tenteranya dari mereka yang menguasai bumi ini agar kita dapat mendirikan solat
dengan orang-orang yang beriman dan wanita yang beriman dan bertemu dengan
mereka dan menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menyingkap akidah-akidah yang
batil yang menyimpang dari agama Allah dari ulamak sesat dalam mengepalai
kesaksian sebagaimana Allah mempermudahkan Yatsrib dan para penyokong (ansar)
Rasulullah Muhammad (S). Dengan itu Muhammad (S) sebelum berhijrah ke Yatsrib
(Madinah Al-Munawarah). Baginda menghabiskan waktu bertahun-tahun tidak aman
dan terpaksa bersembunyi dari orang-orang kafir Quraisy di ceruk-ceruk dan di
gua / lereng-lereng bukit dan berhijrah ke Taif. Tetapi para penduduk tetap
juga ingin membunuhnya, jadi dia melarikan diri dari mereka, dan orang-orang
Islam berhijrah ke Habasyah, di mana mereka dizinkan oleh Najasyi yang
dikurniakan Allah keamanan dan seterusnya sehingga Allah menghendaki RasulNya,
dan Islam diperteguhkan dan
ditolong, ketika Rasulullah (S) ditolong oleh Al-Aus dan Al-Khazraj, dan mereka
membuka kota mereka dan menyenangkan di dalamnya dengan keamanan dan meyakinkan
manusia dengan dakwah agama kebenaran, hujahnya muncul kepada semua manusia,
kebenaran muncul dan kepalsuan tersingkap, dan ini adalah sunnah Tuhan dan
dunia adalah tempat penderitaan dan ujian, dan dengan tahap kesusahan mendapatkan
ganjaran pahala dan orang pertama yang mengalami kesusahan dan keletihan dan ganjaran
yang ditanggung olehNya adalah Khalifah Allah di bumiNya
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ
الْبَأْسَاء وَالضَّراء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللهِ قَرِيب﴾
Apakah kamu mengira
bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh
malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat. [Al-Baqarah 2:214]
Perhatikan sehingga Rasul berkata: Bilakah
datangnya pertolongan Allah? Iaitu, sehingga pertolongan sampai di ambang
keputusasaan; Sehingga Rasulullah sendiri hampir kehabisan kesabaran dan
meminta pertolongan kerana baginda hampir tidak dapat mempertahankan kesabaran
ketika baginda dalam keadaan berpindah dan berperang)
﴿حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ﴾
Sehingga apabila para
rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini
bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami,
lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak
siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa. [Yusuf 12:110]
Secara umum, risalah dimulai dengan dakwah,
dan ketika Utusan mengumumkan seruannya, dia mampu untuk jangka waktu muncul di
hadapan manusia dan menyeru mereka kepada kebenaran oleh dirinya sendiri, dan
ketika seruannya bertambah serius dan ansarnya meningkat, para ulama (penunggang
agama) takut akan kedudukan mereka yang batil, oleh itu, mereka merancang dan memperdaya
untuk membunuh Rasul pada orang-orang yang menyembah mereka (ulamak sesat) selain
Allah, dan pengikut-pengikut yang sesat tidak menyangka bahawa alasan
fatwa-fatwa ini adalah kelemahan rujukan ulamak sesat dan ketidakupayaan
kepalsuan mereka untuk berdiri di hadapan kebenaran. Para utusan terpaksa
bersembunyi sehingga Allah memungkinkan mereka. Inilah perjalanan perjuangan yang
dilalui para rasul dan bersembunyi untuk suatu jangka masa sehingga Allah
membukakan jalan (kemenangan) kepada mereka. Apabila ada jumlah dan peralatan
yang mencukupi untuk mencegah dan menangkis kejahatan tentera iblis dari penunggand
agama yang bersifat Iblis di mana mereka disembah di samping Allah.
Mengenai apa yang anda katakan bahawa salah
seorang dari mereka melihat rukya bahawa anda meninggalkan dakwah kebenaran,
maka anda harus memberikan sumbangan, dan Insya Allah, Allah akan melindungi
anda dan meneguhkan anda di jalan yang lurus.
Ahmad Al-Hassan
Rabi3
Al-Tsani / 1433 Hijrah
No comments:
Post a Comment